002

478 206 86
                                    

"Yujin, nah. Ada orang hantar and kotak ni untuk kau."Kyungsoo menghulurkan kotak tadi kepada Yujin.

"Wah. Dah sampai."Yujin menyambut huluran Kyungsoo.

Yujin terus membuka kotak tersebut. Tetapi, ternyata di dalam kotak tersebut mempunyai dua barang.

Kotak pertama di angkat keluar bersama kotak kedua. Yujin baru menyedari bahawa terdapat nota pada kedua-dua barang tersebut.

'Congratulations for Ahn Yujin. Accept this as a rewards!'

Yujin mengambil hadiah yang berupa kasut tersebut kerana terdapat namanya. Jadi, mungkin itu barang miliknya.

'This is for all of the players. Ahn Yujin have updated fatum games. This is the new way for playing fatum. Use this to do your mission.'

"Korang, tengok ni."Yujin memanggil semua orang untuk melihat kotak yang dikatakan 'cara baru' untuk melakukan game tersebut.

"Bukalah."kata Chenle.

Yujin pantas mengoyakkan kertas yang membalut kotak tersebut.

"Rolet?"soal Chenle pelik.

Mereka semua bertambah pelik kerana kesemua ruang pada rolet tersebut telah diisi dengan nama mereka.

Wonyoung yang berada di sebelah Yujin itu lantas mengambil nota yang terlekat pada rolet tersebut.

'you just received a 'new way' to play this game. All the space in this roulette is filled up with all of your name. A new way to do your mission is, spin the roulette and the mission will be sent to the 'fatum' application. Note, 'fatum' applications cannot be uninstalled. Please check all of your gadget as soon as possible.'

"Maksudnya, kita tak perlu pusing botol lagi kan?"soal Chenle.

Chen mengangguk.

"Aku rasa kita memang tak boleh lari dari game ni sebab kita tak boleh uninstalled app tu, and dia dah installed kat semua gajet yang kita ada."ucap Yujin.

"aku cadang, kita tak payah tengok semua gajet yang kita ada."cadang Yuta.

"Kau baca tak ni?"soal Yujin kepada Yuta. Ternyata terdapat sedikit nota di belakang kertas tersebut.

'you can't escape from this game. Once you escaped, punishment will hit you.'

"So, korang masih nak dengan keputusan korang?"soal Yujin.

Mereka semua menggeleng.

"Jom sambung."ajak Suho.

Mereka mengangguk.

Rolet itu mula dipusingkan oleh Suho. Perlahan-lahan pusingan itu berhenti dan anak panah pada rolet itu berhenti pada nama Na Jaemin.

"Aku?"soal Jaemin seakan tidak percaya bahawa itu merupakan gilirannya.

"Ya, kau. Siapa lagi nama Na Jaemin dalam rumah ni?"balas Renjun.

Ting!

Satu mesej masuk ke dalam telefon Jaemin. Ternyata mesej itu datangnya dari aplikasi 'fatum'.

Get some blood out of your body without making any noise. Gather all your blood into one container.

Length: 5 cm
Period: 1 hours

"Hoi, aku muda lagi untuk mati!"teriak Jaemin. Rambutnya diramas kasar.

"Sabar Jaemin. Kau kena buat juga. Kalau tak, nasib kau akan jadi macam Haechan tu."ujar Suho.

"So sekarang, aku nak kena buat macam mana?"soal Jaemin meminta pendapat yang lain.

"Kau guna pisau lipat yang kecil tu, lepastu kau tarik sikit je. Tak perlu panjang-panjang. Buat sakit kau je."cadang Kyungsoo.

Jaemin mengangguk.

"Tapi, aku boleh ke tarik sikit je?"soal Jaemin lagi.

"Aku rasa boleh kot. Sebab dia tak ada mention pula, nak panjang ke pendek."jawab Kyungsoo.

"Tapi, dia nak aku tarik 5cm lepastu kumpul kat balang. Untuk apa? Dia nak guna darah aku kah?"Jaemin mula pelik

"Eh,dah dah. Aku ada masa satu jam je. Jadi, mana korang letak pisau lipat tu?"sambung Jaemin.

"Entah, kau tanya Kyungsoo. Dia yang selalu kemas rumah."arah Chanyeol. Jaemin memandang ke arah Kyungsoo.

"Kenapa aku? Bukan aku seorang je yang kemas rumah."bantah Kyungsoo.

"Dah, sekarang tak perlu kisah siapa yang kemas rumah. Masalahnya, pisau tu mana?"soal Jaemin.

Semua orang hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu di mana pisau lipat itu berada.

"Kau guna jelah pisau kat dapur tu."cadang Sehun.

"Kau gila kah? Kan aku dah cakap, aku nak tarik pendek je. Kalau aku dah guna pisau dapur tu, silap-silap aku tarik sampai ke siku. Itu okay lagi, kalau aku terpotong urat? Kau nak tengok aku mati?"ucap Jaemin.

Semua orang terdiam.

"Hei korang, masa bergerak lah. Jomlah tolong dia cari."ajak Taeyong.

Mereka semua bergegas bangun dan mencari pisau lipat itu di merata tempat.

"Korang, cepat. Aku ada lagi setengah jam je ni!"teriak Jaemin dari atas.

Yang lain hanya mendengar sambil menyambung carian mereka

"Aku dah jumpa!"teriak Nako yang berada di dalam bilik Kai.

"Hoi, siapa suruh kau masuk bilik aku ha?"soal Kai bersama nada yang sedikit marah.

"Tapi, aku cuma nak cari-"

"Tapi ni bilik aku. Siapa bagi kau kebenaran nak masuk dalam ni!"kata Kai memotong ayat Nako.

Semua orang pelik dengan perangai Kai yang tiba-tiba sahaja memarahi Nako sedangkan Nako hanya membantu yang lain mencari pisau lipat sahaja.

___

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now