011

252 84 13
                                    

"Korang, tengok ni!" Jungwoo segera berlari ke arah mereka yang lain.

Remote tv dicapainya. Siaran buletin pagi itu dibuka dan volume dinaikkan.

"Seorang mangsa pembunuhan baru yang dikenali sebagai, Oh Sehun kini telah dijumpai. Suspek yang tertuduh masih lagi tidak dapat dijumpai."

Punat pada alat kawalan jauh itu ditekan oleh Baekhyun dan serta merta skrin tadi menghilangkan cahayanya.

"Gila."

"Tak hyung, benda tu betul. Walaupun sekarang kita nampak macam tengok berita, tapi sebenarnya bukan. Sistem tv kita kena godam lagi." terang Jungwoo, dia menunjukkan artikel semasa dan tiada satu pun berita tentang kematian Sehun.

"Dah tu?"

"Dia godam sebab nak bagitahu yang Sehun dah mati dalam tangan dia."terang Jungwoo lagi.

"Sekejap, macam mana kau tahu tv ni kena godam? Ke kau yang buat?" Suho mula ragu-ragu, sikap Jungwoo yang terlampau menggelabah itu terlalu pelik.

"Ni, Jungwoo jumpa dalam bilik Doyoung hyung." Jungwoo mula mengeluarkan sekeping beg plastik jernih bersama sekeping memory card di dalamnya.

Laptop milik Yujin diambil dan dimasukkan memory card tersebut. Di situ terpapar rakaman cctv yang berada di dalam rumah tersebut.

"Doyoung, kau ke tu?" soal Chaeyeon, memandang tajam anak mata Doyoung.

"Ya, itu memang aku. Tapi aku tak bunuh Sehun, sumpah." kata Doyoung, lima jarinya diangkat sebagai tanda dia berkata benar.

"Kenapa kau buat semua ni ha? Mesti kau yang bunuh Sehun kan!" bentak Suho, meja dihadapannya itu ditumbuk kuat.

"Bukan aku. Misi aku cuma godam tv ini, tu je. Aku pun tak tahu apa isi dia." bicara Doyoung. Memang benar yang dia ada menerima satu lagi misi selain misi memilih sebelum ini.

"Semua keluar, cari Sehun." arah Suho kepada yang lain.

Doyoung's focus

Kini Doyoung dan Nako berada di lokasi dan mempunyai niat yang sama, iaitu mencari Sehun. Cuma ada yang pelik, mata Nako kuyu, tidak bermaya dan kelihatan letih.

"Betul ke kita nak masuk gudang ni?" soal Doyoung apabila melihat lokasi mereka iaitu sebuah gudang usang. Nako mengangguk.

Doyoung dan Nako melangkah masuk ke dalam gudang tersebut. Bunyi pintu dirantai menarik perhatian Doyoung, Doyoung lantas menoleh.

"Nako, tolong aku buka pintu ni."arah Doyoung sebaik sahaja berlari ke pintu tersebut.

"Maaf Doyoung tapi kau bodoh, memang bodoh." lengan Doyoung direntap kasar oleh dua orang lelaki.

"Nako, ni ke mamat bengap tu?" lelaki itu tersenyum senget. Nako pula sibuk mengelap sisa solekan pada bawah matanya tadi, mata kuyu kononnya.

"Em"

"So boy, here I wanna ask. Kenapa kau bebal sangat pergi bagitahu misi kau kat semua orang?" dagu Doyoung ditarik mendekatinya.

"Aku tak sengaja."

"Tak sengaja kepala otak kau! Sudah lah, korang ambil dan bunuh dia. Kita dah tak boleh simpan dia lagi." arahnya lagi, yang lain hanya menuruti.

"Tolong! Tolong jangan bunuh aku!" Doyoung meraung kuat, jika boleh biar satu dunia dengar. Tapi malang, gudang itu mempunyai dinding kalis bunyi.

"Bro, I'm really glad that you joining this game and try to complete the task. But malang, aku terambil pemain bodoh macam kau." ucapnya sinis sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan tepat pada kepala Doyoung.

"Headshot." lelaki tersebut meniup hujung pistol tersebut.

"Nako, kan kau punya tempat cari dekat dengan Doyoung, tak kan kau tak nampak dia kat mana?" soal Yuri, risau akan keselamatan dua rakannya yang kini hilang.

"Kalau aku dengar diorang berdua kena bunuh, jangan harap aku lepaskan orang tu." bentak Jaehyun dengan amarah membuak-buak di dalam dada. Tingkap kereta dihapannya itu hampir ditumbuk sehingga pecah.

"Kita pergi report polis saja, senang." cadang Chaewon.

"Ya, aku setuju." sampuk Xiaojun dari arah keretanya di belakang.

"Tak, aku rasa tak perlu. Kita cari je dia sampai jumpa. Aku pasti, kita akan jumpa dia tak lama lagi." bantah Minju, mata yang lain direnung tajam.

Lidah Taeyong dan yang lain mula terkelu, perbuatan Minju itu amat mengelirukan mereka.

Sebenarnya, ada apa dengan Minju tu?

___

Sorry dah lama tak update, busy + no internet are the reason. So, jangan marah eheh.

___

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now