003

404 193 34
                                    

"Nako, kau turun cepat boleh tak. Aku tak ada masa lah nak tunggu kau habis gaduh."arah Jaemin dari bawah.

Nako pantas berlari ke arah ruang tamu tanpa menoleh walaupun sesaat ke arah wajah Kai.

"Nah, kau isi darah kau dalam ni."Minju menghulurkan sebuah balang kecil kepada Jaemin.

"Thanks."ucap Jaemin dan menyambut huluran tersebut.

Pisau lipat itu dibuka dan perlahan-lahan darah menitis di dalam balang kecil itu selepas sahaja Jaemin mengelar tangannya.

"Stop."arah Jeno selepas mengetahui bahawa Jaemin telah menarik mengikut panjang yang ditetapkan.

"Kau jangan lap dulu darah kat tangan kau tu. Tunggu sampai dia berhenti dulu."pesan Baekhyun.

Jaemin mengangguk faham.

"Hyung, bila Haechan boleh discharge?"soal Renjun kepada Taeyong.

"Esok. Kenapa?"balas Taeyong.

"Hmm, Injun nak ikut boleh tak?"soal Renjun lagi.

"Boleh ja. Eo Renjun, malam ni hyung nak hantarkan makanan dengan baju untuk Hyuck tukar esok. Renjun boleh tolong pack kan tak?"pinta Taeyong.

"Boleh. Nanti, Injun buatkan."kata Renjun gembira.

"Taeyong, Renjun, turun cepat. Kitorang nak sambung main ni."panggil Chanyeol yang berada di ruang tamu itu.

Renjun dan Taeyong yang berada di kolam itu bangun daripada duduk mereka dan bergerak ke arah ruang tamu.

"Hyewon, aku nak rolet tu. Kali ni biar aku yang pusingkan."kata Minju.

Hyewon memberikan rolet yang berada ditangannya kepada Minju. Tanpa berlengah lagi, Minju mengambilnya dan memusingkan rolet tersebut mengikut arah pusingan jam.

"Yabuki Nako. Turn kau."ujar Minju kepada Nako yang sedang mengelamun itu.

"T..turn aku? O..oh ok."balas Nako yang masih mamai dengan lamunannya itu.

Nako pantas memeriksa notifikasi pada aplikasi 'fatum' untuk mengetahui misi yang harus dilakukan oleh dirinya.

'choose someone who you didn't trust and ask him/her to choose a place for you and him/her to meet.'

Period:2 hours
Note: keep it secret from all
of the player except the
player that you choose.

"Hmm, Kai. Boleh kita jumpa sekejap?"pinta Nako.

Sejak kejadian dia dimarahi Kai tadi, Nako telah mengesyaki Kai sebagai pengkhianat di dalam game tersebut.

Kai menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mereka berdua pantas bangun dan bergerak ke arah dapur.

"Hei Nako, bagitahu lah mission kau. Main blah je."tegur Yujin tetapi dihiraukan oleh Nako.

"Maaf, benda ni perlu dirahsiakan."balas Nako.

Mereka semua melepaskan keluhan berat.

Nako kembali berjalan ke arah dapur. Kai sudah pun duduk di kerusi dengan muka yang sedang menyampah.

"I..ini m..misi aku."Nako meletakkan telefonnya di atas meja.

"Jadi, kau tak percayakan aku?"soal Kai sebaik sahaja dia melihat misi yanh diterima oleh Nako.

Nako hanya terdiam.

"Okay, tak apa kalau kau tak percaya aku. Dah, jom ikut aku."arah Kai.

"Nak pergi mana?"soal Nako.

"Kau tengok balik mission kau."balas Kai dan pergi menghidupkan enjin keretanya.

"Kai, tunggulah!"panggil Nako.

"Kita nak buat apa dalam bilik ni?"soal Nako.

Kai hanya tersenyum sinis.

"Actually Nako, kau dah pilih orang yang betul dan kau memang patut tak percayakan aku. Sebenarnya, aku bawa kau ke sini ada sebab."ujar Kai.

"S..sebab apa?"soal Nako pelik.

"Kau ingat apa yang kau nampak dalam bilik aku haritu?"soal pula.

Nako menggeleng.

"Tak perlu menipu Yabuki Nako. Kalau kau tak ingat dan kau tak nampak, macam mana kau boleh jumpa pisau lipat tu."kata Kai sinis.

"By the way, aku ada bawak lagi satu. Special untuk kau."sambung Kai lagi dan mengeluarkan sebilah pisau lipat yang lebih besar berbanding yang sebelumnya.

Nako mula cemas.

"Sekarang kau beritahu aku, selain daripada kau, siapa lagi yang tahu pasal benda ni?"soal Kai. Pisau lipat tadi dibuka dan diarahkan ke arah leher Nako.

"Minju."balas Nako gementar.

"Lagi?"

"Hitomi."kini mata Nako mula mengalirkan cecair jernih.

"Lagi?"

Nako menggeleng tanda tiada lagi yang tahu.

"Kali ni aku lepaskan kau. Tapi ada syarat, malam ni kau bawak diorang jumpa aku. Pandai-pandai lah kau fikir strategi kau sendiri. Yang kedua, kau kena bersubahat dengan aku atau kau perlu mati."arah Kai.

Nako mengangguk faham.

"Okay, kau kena tepati janji. Kau bersubahat dengan aku and kau bawa diorang dua jumpa aku malam ni."ucap Kai sabelum mengalihkan pisau tadi dari leher Nako.

Nako mula melepaskan keluhan berat berserta dengan keluhan lega.


___

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now