001

502 209 47
                                    

"Haechan, fighting."ucap Yena dari belakang.

Cawan yang berada di tangan Haechan itu hampir sahaja terlepas kerana terlalu gementar. Hanya tuhan saja yang tahu betapa gementarnya diri.

"Dah boleh start?"soal Baekhyun yang bersedia menekan button start pada jam randik yang dipegang olehnya.

Haechan mengangguk lemah.

"Okay, start."kata Baekhyun setelah menekan button start tersebut.

Haechan perlahan-lahan menghirup air panas tersebut. Dia hampir sahaja menangis akibat sakit yang dirasai.

"Aargh, sakit!"Haechan dengan pantas menjauhkan bibirnya daripada muncung gelas yang tersisa separuh lagi air panas yang tinggal.

"Cepat, Haechan. Kau ada 5 saat je lagi."kata Taeil yang memerhati jam randik pada tangan Baekhyun di sebelahnya.

"Tak boleh, tekak aku dah sakit sangat ni. Aku tak boleh-"belum sempat Haechan mengahabiskan ayatnya, kesemua lampu dirumah itu terpadam.

Kesemua ahli perempuan menjerit katakutan.

"time's up." bisik seseorang di telinga Haechan. Dirinya mulai takut dengan hukuman yang bakal menimpa.

"Aargh!!" teriak Haechan setelah merasai tangan kanannya dikelar beberapa kali.

Secara tiba-tiba, lampu yang tadinya tertutup kini kembali terbuka.

"Haechan!"teriak Mark cemas.

Tangan Haechan yang dipenuhi darah itu membuatkan kesemua pemain berkerumun di sekelilingnya.

"Bawa dia pergi hospital, cepat!"arah Mark.

Taeyong pantas mendapatkan kunci keretanya dan menghidupkan enjin manakala Xiumin dan Taeil memapah Haechan dengan berhati-hati ke arah kereta.

"Tahan sekejap ya, Haechan."ucap Taeyong sebelum memecut keluar dari kawasan rumah itu.

"Sekarang, kita kena sambung main sebab 10 minit Haechan dah lama habis."kata Kai memecah sepi.

"Aku tak nak terlibat kau faham tak. Aku tak nak main."bantah Nako.

"Betul tu. Aku tak nak benda yang jadi kat Haechan jadi kat aku."sokong Hitomi.

"Kan rules dah cakap, tiada jalan keluar. Kalau kau tak nak benda yang jadi kat Haechan kena kat kau, kau kena sambung game ni."balas Kai.

"Aku tak nak, kau faham tak?"bantah Nako lagi.

"Kau memang nak kena punishment ke?"soal Kai.

"Hei Kai, kau dengar sini. Kitorang lagi sanggup kena punishment daripada terlibat dengan game gila ni!"Hyewon mula bersuara.

"Kalau punishment dia kau kena mati, kau nak?"soal Kai.

Respon yang baru diberikan oleh Kai tadi membuatkan semua orang diam membisu.

"Jadi, jom sambung." sambung Kai.

Botol yang berada ditengah itu dipusingkan 360 darjah. Dan kali ini botol itu terpusing ke arah Yujin.

Yujin hanya akur dengan keputusan yang telah berlaku. Apa yang dia boleh buat hanyalah yakin yang dia boleh lakukan misi kali ini.

Balang mission diambil oleh Yujin. Dia mula menarik keluar kertas mission yang dipilih oleh dirinya.

'Once it's arrived, you have to choose it.'

Period: -

"Apa pula ni? Tak ada tempoh masa? Biar betul?"pelbagai soalan dilemparkan oleh Yujin kerana misinya agak berbeza dengan yang lain.

Ting!

Telefon milik Yujin berdering menandakan ada notifikasi yang masuk.

Yujin segera melihat inbox. Dia pelik kerana aplikasi yang tidak dia muat turun tiba-tiba diminta untuk update.

Updated | decline

Ting!

Satu mesej masuk.

You have updated fatum.
Congratulations!
Rewards will arrive soon!

"Fatum? Apa benda ni?"soal Yujin.

"Fatum tu nama game ni. Kalau tak silap aku, maksud dia nasib."kata Chen membalas pertanyaan Yujin itu.

"Jadi, kau berjaya?"soal Sehun.

"Aku rasa, ya sebab dia ada kata congratulations so, maybe berjaya."balas Yujin.

Semua orang melepaskan keluhan lega. Nasib baik tiada sebarang malapetaka yang menimpa lagi.

"Korang, tengok apa aku dapat!"teriak Suho teruja.

Semua orang mengalihkan pandangan mereka ke arah Suho.

"Wah, daebak."kata Chanyeol dan meneliti jam rolex milik suho itu.

"Aku rasa, ini rewards kau sebab berjaya buat mission pertama tu."kata Chen.

Suho hanya mengangguk tanda setuju.

"Korang agak-agak, bila rewards aku sampai?"soal Yujin.

"Nanti sampai-" ayat Johny dipotong oleh deringan loceng rumah itu.

Kyungsoo lantas bangun untuk melihat gerangan yang menekan loceng rumah itu.

Terlihat seorang lelaki berpakaian serba hitam memegang sebuah kotak bersaiz sederhana.

Kyungsoo segera keluar untuk melihat lebih dekat lelaki itu. Tetapi, lelaki itu memakai mask yang menghalang Kyungsoo untuk melihat mukanya.

"Ini, untuk cik Ahn Yujin."kata lelaki tersebut dan berlalu pergi dari situ.

Kyungsoo hanya menyambut kotak itu dan masuk semula untuk memberikan kotak itu kepada Yujin. Mungkin ini merupakan rewards miliknya.

___


[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now