Abang, Bola dan REVOLUSI | 3

18 1 0
                                    

AYAM berkokok kuat ditepi tingkap betul-betul bersebelahan katil aku. Dengan rasa geram terhadap ayam itu aku banggun dan membaling kotak tisu ke luar tingkap mengena ayam itu.

"Kkkokok!"

Ayam itu berkokok dengan nada yang terkejut. Aku pula hanya ketawa jahat. Rambut panjang aku terus diikat menjadi sanggul sambil menuju kearah pintu dan keluar daripada bilik aku.

Bunyi riuh dari ruang tamu mula menyapa telingga aku. Aku tak segera ke ruang tamu sebaliknya aku ke dapur untuk membersihkan muka dan gigi.

Aku mengaku, aku lebih suka membersihkan muka dan gigi di sinki dapur berbanding sinki di bilik air.

"Ahhuuuu~"

Siulan yang tak menjadi mula kedengaran. Aku segera melakukan apa yang patut dan berlalu dari situ.

"Apa dah jadi?" Soal aku setelah menapak diruang tamu.

Aku memerhatikan muka-muka mereka, abang-abang aku.

Abang Daus

Abang Dani

Abang Arun

Abang Azi

Abang Yie

Mereka masih mendiam membiarkan soalan aku berlalu pergi. Masing-masing buat muka seposen seperti menghadiri tahlil kematian.

"Fah, pergi mana tinggal abang?" Soal Abang Azi tiba-tiba.

Kening aku sudah berkerut. Drama apa yang abang aku cuba buat. Sementara, abang-abang aku yang lain menyembunyikan senyuman jahat.

Aku memutarkan bola mata aku sebelum mengapai alat kawalan jauh daripada tangan Abang Yie. Rampas untuk lebih spesifik.

"Ipah. Apa ni kami tengah tengok kan!" abang arun mula teriak.

"Entah Malaysia lawan Indonesian ni. Malaysia menang konfem satu Malaysia cuti." abang Yie pula memberi maklumat.

Aku memandang mereka. "abang-abang sekalian. Ini Malaysia lawan Indonesia tiga minggu lepas punya."

Mereka memandang sesama sendiri sebelum abang Dani menepuk dahinya. "Aduh aku baru nak plan tido sampai terbongkang esok."

"Habis cuti?" Abang Yie menyoal aku dengan matanya yang berkaca menahan tangisan.

Tuhan betul ke mereka ini dalam lingkungan umur yang sesuai untuk mengundi?

"Tak ada cuti Abang Yie." Dengan itu abang Yie mula bangkit dan berlari ke dapur. Agaknya dia nak menagis kot.

"Malaysia dah menang kan? Asal dia orang tak bagi cuti argh." Soal Abang Daus sambil memukul bahu Abang Arun memandangkan dia duduk bersebelahan.

"Aduh! Mana lah aku tahu. Yang kau pukul aku ni dah kenapa? Dah Gila?"

"Ini tak boleh jadi. TAK BOLEH JADI! Dimanakah keadilan kita sebagai Rakyat Malaysia? KENAPA KITA DI DISKRIMINASI BEGITU SEKALI?"

"Negara kita perlukan REVOLUSI!"

"Perlukan apa gais?!"

"REVOLUSI!"

"REVOLUSI!"

"REVOLUSI!"

Bernyanyilah mereka lagu Revolusi nyanyian kumpulan BunkFace buat seketika sebelum keluar dengan cangkuk tanah.

"Cangkuk tanah tu nak buat apa?"

"REVOLUSI!"

Aku mula menggeleng. Ada-ada saja lah abang-abang aku ni. Gelengan aku semakin perlahan sebelum penglihatan mata aku menjadi semakin kabur dan...

BUK!

napthen |ONGOING Where stories live. Discover now