Unwanted Surprise |5

10 1 0
                                    

AKU teringat pada kata-kata aku sebelum ini dan tersenyum lebar. Berita brain cancer tak lah teruk sangat apabila aku tahu the good news daripada doktor Damia.

Serius! Aku rasa aku patut berhenti jadi kerani dan jadi ahli falsafah.

Aku sampai ke rumah aku bersama-sama Erman tepat pada pukul 11 malam.

Aku betul-betul tak sabar untuk memberi tahu dia tentang berita baik tu. Buang loceng ditekan sekali dua namun, sebarang jawapan ataupun suara Erman berkata "Rumah ni tak ada orang." langsung tak kedengaran.

Mungkin dia tidur.

Aku tersenyum. Telefon pintar dihidupkan dan ikon kamera ditekan dan swipe menjadi video.

Kunci dipulaskan pada pagar dan seterusnya pada pintu sebelum. Cahaya lampu terus memasuki retina mata aku semasa aku membuka pintu.

Pelik. Bukan ke, Erman perlukan suasana yang gelap segelapnya untuk tidur? Tak akan dia letih sangat sampai tak larat nak tutup lampu?

Menggeleng. Beg tangan aku diletakkan pada meja. Tangan aku masih lagi setia merakam setiap satu detik dari aku buka pintu sampai sekarang.

Aku  perlukan reaksi wajahnya semasa aku memberi tahu berita baik itu.

Aku melangkah kearah bilik tidur aku bersama-sama dia. Cahaya yang keluar dari celah pintu tak lagi memelikkan aku dengan senyuman yang lebar aku membuka daun pintu itu.

Senyuman aku mengendur. Otak aku mula memproses apa yang sedang berlaku.

Erman sedang berada di atas katil bersama-sama Ruqi dalam keadaan— Air mata aku terus jatuh. Tanpa membuat bunyi bising aku perlahan-lahan melangkah keluar dari rumah itu meninggal kan mereka berdua.

---

Sial dan tak guna.

Itu saja ayat carutan yang mampu aku keluarkan ketika ini. Walaupun kawan-kawan aku telah banyak mengajar aku ilmu mencarutan yang berkesan untuk menghilangkan amarah, aku masih tak mampu menyebutkannya.

Siut.

Hah, itu lagi satu. Aku tak pernah tahu 'siut' itu satu carutan. Bagi itu 'siut' itu satu expresi atau kata lain bagi menyebut 'wow' dalam bahasa kesat. Tapi entah lah. Apa kata korang bincang kan.

Fikiran aku semakin rasional sekarang. Dengan itu, aku menggunakan saat ini untuk mencari punca semua ini berlaku.

Ruqiyah dan aku sentiasa bersama-sama dari sekolah rendah sehiggalah  universiti dan disitu lah perkenalan antara Erman dan aku bermula.

Sepanjang perkenalan kami, Ruqiyah tiada langsung menunjukkan minat Terhadap Erman sebab itulah aku masih meneruskan perkenalan kami dari junior-senior kepada pakwe-makwe sehinggalah hari perkahwinan kami dan sekarang.

Mana silapnya?

Mana silapnya aku sehingga menyebabkan dia bertindak demikian.

Ting. Ting.

Bunyi notifikasi menyentakkan aku. Terlupa pula aku pada Jello (nama telefon pintar aku). Melihat Jello aku tiba-tiba teringat pada video tadi.

Patut ke aku tengok video tu?

Tak. Terlalu 18 above, nanti kau pengsan.

Tapi, itu satu-satunya maklumat yang aku ada untuk tahu sejauh mana hubungan dia orang.

Kalau kau nangis?

Aku akan jadikan tangisan aku tu air mata yang terakhir.

All the best.

Dengan segala kekuatan yang ada aku menekan butang play. Dan itulah saat paling neraka bagi aku.

napthen |ONGOING Where stories live. Discover now