Chance |8

17 1 0
                                    

SELURUH tubuh badan Erman bergetar apabila mendengar permintaan aku. Aku yakin bagi dia permintaan aku ini sangat tak masuk akal.

"You Gila ke?"

Kening aku terangkat sebelah. "Kenapa pulak I yang gila sekarang ni?" Soal aku.

"You nak I kahwin dengan dia? Baby bukan ke I dah cakap yang you cinta pertama dan terakhir I? Kenapa- baby jangan hukum I macam ni."

Aku memutarkan kedua bola mataku pada ayat dia yang terakhir. Jangan hukum I macam ni konon.

"Siapa cakap I nak hukum you? Seriously, Erman you don't worth it." Kata aku. "I just nak you betul kan silap you. Just marry her and everyone will be happy."

Mata Erman memandang tajam kearah aku. Wajah dia sudah pun berubah. "Bukan I. I tak akan happy. Iffah you ada fikir pasal I bila you suruh I buat macam ni?"

Ewah Ewah tengok siapa yang bercakap.

"You ada fikir pasal I bila you start masalah ni Lima tahun lepas?"

Dia terdiam.

Aku pula mengeluh. "Erman I tak akan you kahwin dengan Ruqiyah saja saja tau. You dan Ruqiyah yang mulakan dan kenapa you tak nak tamatkan dengan hubungan yang halal?"

"Okay I akan stop jumpa dia."

"Haha kalau lah semudah macam tu." Kata aku. Aku berani mati beberapa hari nanti dia akan berjumpa dengan Ruqiyah dan buat benda yang sama.

Aku kenal dia macam mana.

"I'm giving you and Ruqiyah a chance to make it right. Erman, you tak takut tuhan ke?"

Mungkin. Kerana aiu sudah lama tak nampak Erman solat dan mengaji seperti awal perkahwinan kami dulu.

"I tetap taknak kahwin dengan Ruqi." tekad dia.

Aku mengangguk. "Okay kalau macam tu I akan laporkan pada jabatan agama. We will see apa yang akan jadi."

"You minta cerai daripada I ke?"

Walaupun aku mahu aku tahu aku tak boleh. Aku tak boleh bercerai dengan dia buat masa sekarang ni.

"Tak. I akan laporkan apa yang you buat belakang I sepanjang Lima tahun ini." Kata aku sambil memegang Jello. "Dan video ni akan jadi bukti."

"You nak aibkan I?"

Menggeleng. "Tak. I nak selamatkan maruah bakal bekas kawan baik I." Kata aku.

"You pilihlah Erman. Sama ada jabatan agama yang paksa you kahwin atau you dengan rela hati kahwin dengan Ruqiyah."

napthen |ONGOING Where stories live. Discover now