BAD NEWS |4

19 1 0
                                    

HIDUNG aku mula terbau bauan yang menyengkat menyebabkan aku membuka mata secara paksa. Serentak dengan itu kepala aku mula berdenyut. Tubir air mata mula mengalir sedikit daripada mata aku.

"Puan? Puan?" Suara seorang perempuan memanggil-manggil nama aku. Aku kira dia seorang jururawat kerana uniform serba putih yang dipakai olehnya.

Jururawat itu kemudian memanggil doktor menggunakan butang merah yang berada dibawah katil aku sebelum kembali memanggil aku.

Seketika kemudian, doktor datang dan terus memeriksa nadi aku. Pupil mata aku tiba-tiba diluaskan oleh dia. Sesaat kemudian, doktor itu menyuluh mata aku menggunakan lampu suluh.

Aku mula mendengar bisikan halus antara doktor dan jururawat itu. Bunyi tapak kaki bergema dan kemudian bahu aku tiba-tiba dicucuk dengan sesuatu yang sejuk dan tajam.

Aku mula berasa tenang dan mata aku kembali gelap.
.
.
.
.
.

"PUAN IFFAH HASLINA? IFFAH? IFFAH! IFFAH! PLEASE RESPON."

Aku sekali lagi membuka mata dan syukurlah kali ini kepala aku tak lagi berdenyut dek kerana bau yang menyengat disekitar aku.

Aku mula perasan, keluarga aku menggelilingi katil dengan seorang dokter dan jururawat. Aku mengubah kedudukan aku dari baring kepada duduk sambil bibir aku mengukir senyuman menunjukkan aku tak apa apa.

Nek Dian terus memeluk aku dengan erat sehingga air matanya mengalir. Sementara abang-abang aku menyembunyikan tangisan mereka. Aku pula terasa hiba.

"Janganlah macam ni." Seru aku.

Doktor kemudian meminta keluarga aku meninggalkan aku buat seketika untuk pemeriksaan susulan.

"Puan Iffah, kami ada satu berita buruk dan satu berita baik untuk Puan." Kata doktor Damia iaitu doktor yang ditugaskan untuk merawat aku.

Melihat rial wajahnya, aku tiba-tiba berasa tak senang. Nampaknya keputusan pemeriksaan tadi sudah berada di tangannya.

Aku mula beristigfar dan memohon kebaikan daripada-Nya sebelum memandang doktor Damia kembali dengan pandangan yang gementar.

"Bad news first, doktor." Pinta aku menyebabkan dia terkejut.

"May I know why?"

Aku senyum. "Dengan harapan berita baik itu akan mengembirakan saya lepas tahu berita buruk itu doktor."

Doktor Damia mengangguk-angguk setuju dengan pendapat aku. Dengan nafas yang berat dia terus berkata.

"I'm sorry, puan. Puan menghidap barah otak stage 2."

Aku terkejut dan mula berasa sedih namun tiada satu air mata yang jatuh dari tubir mata aku.

"And the good news doktor?"

napthen |ONGOING Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang