Jijik |6

13 1 0
                                    

SEMALAMAN aku berfikir tentang tindakkan aku seterusnya. Sama ada teruskan perkahwinan ini atau tak.  Tapi apa yang akan jadi pada aku nanti? Pada Erman?

Pulang saja aku dari saat paling neraka, aku serta merta mendapat konkulsinya.

Dan seperti yang dijanjikan. Itulah tangisan terakhir aku (buat masa sekarang).

Matahari sudah lama terbit dan tegak diatas kepala. Tapi nampaknya pasangan bahagia dalam bilik aku tu membuta lagi. Rasanya aku tak akan jejakkan kaki aku lagi dibilik itu lagi.

Jijik.

Aku mula kebosanan menunggu mereka. Perut aku mula berbunyi kuat dan aku segera mengusap perut leper aku.

Sabar ya, baby-boo. Ini satu-satunya masa yang ada untuk kantoikan mereka dan tamatkan semua ini.

Hopefully.

Pintu tiba-tiba terbuka luas. Serentak dengan itu aku memandang mereka yang masih tersenyum sesama sendiri.

Tiada langsung rasa bersalah pada wajah mereka membuatkan teori kesebelas aku betul.

Alat kawalan diambil dan punat hidup ditekan. Apabila mendapat siaran aku terus menguatkan volume televisyen sehingga 100.

Khalayan antara meraka mati. Muka terkejut dan pucat ditayangkan oleh mereka berdua. Dengan itu aku tersenyum sinis.

"Seronok?" Soal aku.

Tiada suara dari mereka. Cuma wajah Ruqiyah mula berubah menjadi semakin pucat seolah-olah dia baru melihat dewa kematian.

"Seronok ke?" Soal aku lagi.

"Look, Alin. I can explain."  Suara Ruqiyah mula mencecah gegedang telingga aku.

"Then explain." Cabar aku dengan muka 'kau tak boleh tipu aku'.

Ruqiyah terkaku disitu. Dia kelihatan sangat resah dan risau. Mungkin takut aku akan menyerangnya.

Itu bukan niat aku (buat masa sekarang). Aku perlukan kebenaran dulu sebelum memutuskan tindakkan aku yang seterusnya.

Seperti diselamatkan oleh adi wira, Erman menyelamatkan Ruqiyah dengan menolak tubuhnya dengan lembut.

"Ruqi apa kata awak balik dulu." Kata dia.

Ruqiyah menoleh kearah aku dan memandang kembali kepada Erman sebelum mengangguk setuju. Dengan itu, dikeluar daripada rumah aku.

Dia juga sempat lagi mengucapkan selamat tinggal kepada Erman. Selepas dia pergi, aku memandang tepat kearah Erman dengan pandangan tajam.

napthen |ONGOING Where stories live. Discover now