PM24

3.3K 212 21
                                    

Hai semua! Dah masuk chap 24 baru author ada idea nak letak nama kolej story ni apa. 😅😅

OK, author nak pesan yang nama kolej ni author reka sendiri so... korang tak payahlah nak search beria eh sebab author pun tak tau kolej ni wujud atau tak😂😂

Nak tau nama kolej diaorang? Bacalah chapter ni dulu nanti korang pasti tau👌👌👌

-----------------------------------------------------------

Aku mengagihkan air ke setiap ahli basketball yang kelihatan begitu bersemangat sekali hendak bertanding pada hari ini.

Aku suka sebenarnya dengan semangat ingin menang dalam diri diaorang ni.Lagi lagi si Hairil dengan kawan baik dia sorang tu, alias Rafiqi.

Daripada tadi mereka berdua tidak habis habis melakukan latihan terakhir mereka.Manakala yang lain pula aku lihat sudah bersiap sedia untuk menghadapi pasukan lawan.

"Rafiqi!Hairil!" Jerit aku. Terus Rafiqi dan Hairil menoleh memandang aku.

"Sinilah!" Jerit aku kuat. Apalah aku ni,tak control ayu langsung!!

Kelihatan Rafiqi membaling bola kepada Hairil dan terus berlari ke arah aku. Sampai sahaja dia di hadapanku, terus dia bertanya.

" Kenapa Maya? " Soal Rafiqi lembut.

"Saya rasa saya ada panggil Hairil juga tadi, tapi kenapa awak sorang ajer ke sini? " soal aku sambil menjeling Hairil yang masih lagi sibuk melakukan latihannya.

Rafiqi tertawa kecil mendengar bebelan aku.

"Dah kenapa gelak? Saya tanya benda betul ok? " soal aku lagi dengan tidak puas hati.

"Dia tak nak katanya,sebab dia tau mesti awak nak membebel" balas Rafiqi membuatkan aku kembali memandang Hairil dengan pandangan membunuh.Kawan siapa tu? Silalah kutip then campak ke lautan hindi sana.

"Ok, lupakan si Hairil tu, and kenapa awak panggil?ada apa apa ke? " soal Rafiqi dengan tanda tanya.

Aku mengeleng lalu menyerahkan sebotol air mineral dan sebungkus roti ke arahnya.Rafiqi menerima dengan kerutan di dahi.

"Saya tau yang awak excited nak lawan and kalahkan team lain, tapi awak kenalah makan dulu untuk isi tenaga dalam badan awak tu. Ni tidak, dengan belum sarapannya, dah sibuk berlatih lagi." Bebel aku perlahan.

Rafiqi ketawa kecil seraya mengangguk.Kepalanya di toleh memandang Hairil yang sedang duduk menyangkung sambil mengelamun.

Aku turut memandang Hairil. Tengok tu! Dia termenung lagi! Ada masalah apa si Hairil ni? Dia tak nak share ke? Patut ke aku sendiri yang selidik masalah dia?

"Terima kasih Maya" ujar Rafiqi, spontan kepala aku kembali berpaling kepadanya.

"Hah? " dah kenapa pula dia berterima kasih? Tiba tiba pula tu!

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now