PM49

2.6K 168 25
                                    

Aku membuka perlahan mataku sambil mengerang kesakitan yang amat sakit di bahagian kepala aku apabila ianya berdenyut dengan kuat sekali. Aku tak mampu untuk bergerak banyak kerana tubuh aku terasa sangat lemah pada masa ini.

Aku mendongak memerhati sekeliling,dan benda pertama yang aku lihat adalah  , dia... Aiman, malahan Aiman turut memandang aku dengan pandangan serta renungan yang tajam serta membunuh.

" Kenapa? " Soal aku perlahan tanpa rasa takut. Aku dah tak mampu nak rasa takut apabila aku diculik buat kali kedua.

" Haha.. Haha..! Kenapa? Soalan apa tu? " Soal Aiman dengan riak muka yang dibingungkan sambil jari telunjuknya mengetuk bibir.

Dahi aku berkerut apabila bau alkohol terlalu kuat di sekitar aku. Aku memandang meja yang berada di sebelah Aiman. Jelas di situ terdapat beberapa botol arak di atas meja menunjukkan yang Aiman sedang berada di bawah pengaruh dadah pada ketika ini.

" Tak sangka aku.. Yang kau selama ni kaki mabuk! " Teriak aku sambil memandang wajahnya dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.

" Aku? Aku kaki mabuk? " Soal Aiman separa sedar sambil jarinya menuding ke mukanya sendiri.

" Ya.. Memang aku kaki mabuk selama ni... Ya aku kaki botol... Haha... Aku pemabuk!  Haha, Aku teguk semua air kotor ni... Haha," Akui Aiman sambil ketawa kesukaan. Sah! Dia betul betul bawah pengaruh  alkohol!

" Tapi pernah tak kau tanya kenapa aku telan air ni? " Soal Aiman seraya berdiri dan menuju ke arah aku dengan susahnya. Jalannya terhuyung-hayang dan kadang kala dia melanggar meja serta perabot lain yang berada di dalam rumah ini.

" Apa kena mengenanya dengan aku? " Soal aku berani.

Aiman gelak seraya terduduk di hadapan aku. Tangannya erat mengenggam sebotol minuman alkohol.  Namun, ketawanya semakin lama semakin hilang digantikan dengan pandangan tajam kepada aku.

" Kau tanya apa kena mengena hal ni dengan kau? Kau tanya kena mengena?! " Tengking Aiman kuat seraya membaling botol arak di tangannya dengan kuat ke arah dinding , betul betul di sebelah aku.

Terhinjut bahu aku apabila botol arak tadi dihempas dengan kuat. Mukanya aku pandang dengan pandangan tergamam.

" Apa... Apa kau nak buat ni? " Soal aku mula berasa seram dengan tingkah lakunya.

"Kau!! " Jerit Aiman seraya menarik rambut aku dengan kuat, dan memaksa aku untuk berdiri.

" Aiman! Sakit!! " Jerit aku apabila diperlakukan seperti itu.

" Diam!!! " Jerkah Aiman lagi seraya mencampakkan aku ke atas sebuah meja kacak yang terdapat di ruangan ini.

Plash!!!

Aku mengerang kesakitan, apabila aku dicampak seperti barang ke atas sebuah meja kaca, dan lebih malang lagi, meja tersebut pecah berderai ke atas lantai, begitu juga dengan aku.

" Kalau kau nak tau, sebab kau aku ambil air ni!! Sebab kau!! Aku tak dapat terima bila aku dapat tahu yang kau akan jadi milik orang lain!!!! " Tengking Aiman kuat seraya menendang perut aku bertalu talu dengan kuat.

Aku hanya mampu merintih kesakitan kerana tangan serta kaki aku diikat dengan kuat, lebih ketat ikatannya berbanding dengan ikatan semasa Aiman menculik aku buat kali pertamanya.

" Aiman.. Enough... " Rayu aku apabila tendangan tidak berhenti-henti dari tadi, ditambahkan pula, Aiman menendang perut aku dengan mengenakan kasut kulit yang aku kira berkualiti tinggi.

" Diamlah perempuan!! " Jerit Aiman lagi apabila aku merayu meminta dia untuk berhenti.

Tak cukup dengan itu, Aiman turut memukul aku dengan menggunakan kerusi kayu yang terdapat di situ. Kerusi itu diangkat tinggi oleh Aiman lalu dibaling kuat ke arah aku.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now