PM31

2.9K 186 9
                                    


Aku berlari anak cuba menyamai langkahku dengan Prince Mask di hadapan sana. Termengah-mengah aku dibuatnya.

Kenapalah Prince Maks ni jalan laju sangat. Tak larat aku nak kejar.

"Ishh, tak boleh ke perlahan sikit jalan tu? Ada juga aku potong kaki dia ni karang...baru padan muka tak boleh jalan nanti" kutuk aku perlahan.

Kaki masih berusaha mengejar langkah Prince Mask di hadapan. Ni dia baru jalan, pun dah laju. Cuba bayangkan kalau dia lari? Aku yang atlet pun tak terkejar.

"Lambatlah kau ni! " Marah Prince Mask tiba tiba di hadapan. Aku mencebik.

"Siapa suruh awak jalan laju laju? Tak kesian ke dekat saya ni sampai termengah-mengah kejar awak" Soal aku dengan bengang.

Selesai sahaja berkata seperti itu, aku lihat Prince Mask berpusing kembali ke arah belakang dan mula berjalan ke arah aku.

Aku terhenti daripada melangkah dan menjadi kaku apabila melihat  langkah Prince Mask yang semakin hampir dengan aku.

"So... Apa aku kena buat untuk kau jalan cepat sikit? " Soal Prince Mask apabila sudah tiba di hadapanku dengan perlahan.

"Boleh kau beritahu Aku?" Soalnya lagi dengan nada gemersik di tepi telinga.

Aku mengundurkan sedikit wajahku daripadanya apabila merasakan wajahnya begitu hampir denganku.

"Ma... Manalah saya tahu! " Jawap aku sedikit gagap. Mata diliarkan ke arah lain,mana mana pun boleh asalan bukan mata dia!

Aku yang berdebar daripada tadi bertambah debar apabila terlihat senyuman nakal yang terukir di bibirnya itu.

Entah apalah yang dia fikir.

"Kenapa awak senyum macam tu? " soal aku tidak senang duduk.

"Aku rasa aku tahu macam mana nak buat kau boleh saing langkah aku yang cepat ni" Ujar Prince Mask tiba tiba.

Takut takut aku memandang Prince Mask. Aku hanya memandang matanya sebentar sahaja sebelum kembali menunduk ke bawah.

Takut!

Tak tahu kenapa, tapi serius aku berdebar bila pandang mata dia!

"Ma...Macam mana tu? " Soal aku teramat perlahan.

" Macam ni.. " Jawap Prince Maks semakin perlahan di telinga aku. Wajahnya semakin didekatkan pada wajah Ku.

"Eh, awak nak buat ap... Arghh!" Belum habis aku menyoal, tiba tiba sahaja aku merasakan yang tubuh aku melayang akibat dicempung olehnya.

Lekas lekas tangan aku berpaut pada lehernya. Lehernya aku peluk kuat untuk mengelakkan diri daripada terjatuh.

"Macam ni. Kalau aku dukung kau macam ni, tak adalah engkau susah susah nak jalankan? Biar aku dukung kau...sampai ke tempat tu" Beritahu Prince Mask sambil mengemaskan lagi pelukannya.

Aku hanya diam dan memandang dadanya yang diliputi bajunya. Tak berani nak angkat kepala!

Aku dapat rasakan yang jantung aku berdenyut dengan sangat laju dan mukaku bertambah merah.

Dengan keberanian yang sedikit, aku mendongak memandang wajah Prince Mask yang tenang berjalan sambil mendukung aku.

Macam tak terkesan langsung dengan berat badan aku, seolah olah dia sedang membawa bantal kapas dan bukannya manusia.

Aku tersenyum apabila melihat wajahnya yang ditutupi mask itu. Rasa nak ajer bukak mask dia tu, tapi aku masih kenal arti menghormati privasi orang lain.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now