PM45

2.7K 174 4
                                    

"Assalamualaikum sayang... " Sapa Rafiqi dengan suara yang amat lembut di pendengaran aku.

Aku cuba menahan senyum dan berlagak seolah olah , aku masih belum sedar daripada koma.

Bunyi kerusi ditarik kedengaran. Aku pasti, Rafiqi sudah pun duduk di atas kerusi yang tersedia di sebelah katil aku.

" Lamanya sayang tidur, tak rindu saya ke? Hmmmm?  Tak rindu ibu? Mummy? Ahli cheer dengan basketball ni pun rindu sangat dengan sayang. " Ujar Rafiqi seperti cuba menahan sebak.

" Bangunlah sayang... Kita orang semua rindu sayang sangat sangat. Saya lagilah rindu dengan tunang buah hati saya ni. Tak pernah sesaat pun saya lupakan sayang" Sambung Rafiqi sambil mengusap lembut ubun ubun milik aku.

" Tapi... Kalau sayang masih nak rehat, tak apa, saya faham. Saya akan tetap tunggu sayang sampailah sayang sedar. Lagipun,apa yang Aiman buat dekat sayang hari tu memang melampau. Kalaulah sayang lambat dihantar ke hospital, saya tak tahulah apa yang akan jadi dengan awak. " Tangan aku digenggam erat oleh tangan sasanya.

Aku cuba menahan tangis. Ya Allah, rindunya aku dekat dia... Tak sangka, dia setia dengan aku, sampaikan selama tempoh aku koma pun dia masih tetap ada dengan aku, menunggu aku sedar dari lena yang panjang ni dengan penuh kesabaran.

Sungguh... Aku sayang sangat dekat dia!

" Sayang... Saya letih lah, banyak betul tugasan yang saya kena buat sejak kebelakangan ni. Saya nak tidur sekejap boleh tak? Sekejap ajer, nanti kita sambung borak lagi tau" Ujar Rafiqi tiba tiba.

Aku tergamam dalam diam, dia rasa bersalah ke sebab nak tidur and rehat kan badan ? Dan, dia takut kalau kalau aku sunyi walaupun dia dah tahu yang aku koma selama ni?

Aku terharu... Untungnya aku dapat memilikinya....

Tilam di bahagia tepi kananku mula terasa tenggelam, seolah olah ada objek berat di situ. Tapi aku yakin, ianya bukan objek, tetapi adalah Rafiqi.

Pasti Rafiqi sudah merebahkan kepalanya untuk tidur seketika. Aku hanya diam, membiarkan Rafiqi lena dengan aman.

Seketika kemudian, aku perlahan lahan membuka mataku, memandang siling putih sebelum menoleh memandang Rafiqi yang sedang lena di samping aku.

Wajah bersih milik Rafiqi aku pandang lama. Rindunya aku dengan wajah ini... Dah lama rasanya aku tak berbual bual, bergelak ketawa dan bergurau dengan dia.

Dia yang istimewa dalam hati aku, yang telah berjaya mencuri hati aku dan insan yang telah berjaya mengisi satu tempat khas di hati aku.

Jujur, sejak berjumpa dengan Rafiqi, hati aku tak pernah terbuka untuk tertarik atau jatuh hati pada mana mana lelaki yang aku jumpa.

Seolah olah, hati aku telah menetapkan yang hanya dia yang akan menjadi pemilik kepada hati aku.

Aku ketap bibir kuat, nak saja aku nak peluk Rafiqi dengan erat, tapi aku masih tahu batas di antara kami.

Aku mula bangun daripada baring, duduk bersandar di kepala katil. Tiba tiba haus pula.

Air di atas meja dicapai lalu diteguk perlahan, namun sikit pun mata aku tak lepas dari memandang wajahnya.

Rindu lah katakan!

Apabila sudah lama merenung wajah Rafiqi, baru aku perasan akan sesuatu. Muka Rafiqi kelihatan letih, penat dan lesu.

Dia jadi macam tu sebab jaga aku ke? Dia jadi macam tu sebab risaukan aku?

Ya Allah Rafiqi, kenapa lah susahkan diri awak, saya tahu awak sibuk dengan kelas awak memandangkan tahun ni adalah last semester awak.

Mesti awak sibuk dengan tugasan, latihan basketball,dengan nak jaga saya lagi, ulang alik dari kolej, rumah dengan hospital apa semua.

Macam manalah kalau nanti saya dah sihat sepenuhnya tiba tiba awak pula yang sakit?

Aduh, tiba tiba rasa nak bebel berjela-jela sahaja dengan si Rafiqi ni.

Gelas di tangan aku letakkan kembali di atas meja, lalu aku kembali merebahkan badanku, berbaring semula dengan penuh selesa.

Aku berbaring betul betul menghadap wajah Rafiqi, yang sedang nyenyak. Tangan aku perlahan lahan naik ke atas kepala, lalu aku mengusap perlahan rambut hitam pekat nya.

" Kesian dia... Mesti awak penat kan jaga saya selama saya koma ni? mesti awak tak cukup tidur dengan rehat kan sepanjang jaga saya? Thanks sebab sudi jaga saya sampailah saya sedar sekarang ni. Saya akan ingat jasa awak ni sampai bila bila" Bisik aku perlahan, tidak mahu mengejutkan Rafiqi daripada lena.

Tangan aku masih galak mengusap usap lembut rambutnya.

Seketika kemudian, Rafiqi terjaga, mungkin menyedari akan pembuatan aku kepadanya.

Tapi aku hanya usap rambut dia saja, tak sangka pula yang Rafiqi boleh terbangun.

Rafiqi mula mengangkat kepalanya dengan muka yang masih mamai. Maklum lah, baru bangun tidur.

Matanya dan mata aku bertembung, Rafiqi memandang aku lama manakala aku tersenyum memandang wajah kantuknya.

" Sayang? Dah bangun? Bila bangun?" Soal Rafiqi sambil meraup wajahnya.

Dahi aku berkerut. Lawak pula tengok Rafiqi dalam mamai ni. Aku rasa dia masih tidak sedar yang aku sudah sedar daripada koma.

" Saya baru ajer sedar awak"jawap aku dengan senyuman.

" Ohhh" Balas Rafiqi. Sah! Masih mengantuk!

Rafiqi mengaru kepalanya perlahan, mengosok mata menggunakan tangan dan meraup wajahnya beberapa kali sebelum tiba tiba pergerakannya terhenti.

" Kejap? Apa?! " Teriak Rafiqi tiba-tiba sambil memandang aku dengan wajah terkejut.

Aku pula hanya tersenyum memandangnya. Sedar pun


















Macam biasa..... Komen and jangan lupa untuk vote😘😘😘

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now