BAB 3

40.1K 165 2
                                        

"Mama!!!" Jerit Damia sambil berlari mencari mamanya di dapur. Tapi Datin Maria tiada di dapur. Dia mencari Datin Maria di laman belakang rumah pula melalui pintu dapur. Dari jauh dia nampak Datin Maria sedang menyiram pokok pokok bunga orkid kesayangannya. "Mama!!" termengah mengah Damia mendapatkan mamanya. "Kenapa kamu ni Mia, lari terjerit jerit macam kena kejar hantu". bebel Datin Maria.

Tersengeh Damia mendengar bebelan Datin Maria. "Mama tengok ni. Damia dah dapat kerja di sebuah Hospital Swasta di Kuala Lumpur. Yeayyy!!!" semangat sungguh Damia menunjukkan surat tawaran pekerjaan kepada Datin Maria. "Betul ke ni sayang. Wahhh tahniah mama ucapkan." Damia mengangguk beberapa kali seperti burung belatuk. "Ayah mesti bangga bila tahu ni. Yelah, anak kesayangan dia dah nak start kerja, nanti dah banyak pengalaman, boleh la jadi jururawat untuk mama dan ayah kalau kami tak sihat" Sambung Datin Maria sambil membaca membaca surat tawaran tersebut dan tersenyum gembira.

"Tapi mama sedihlah. Baru sebulan Damia di rumah ni dah nak jauh semula." Wajah Datin Maria bertukar sugul. "Ala mama, Mia kan dah janji akan selalu lawat mama dan ayah. Mia tak akan mungkir janji la mama" janji Damia sambil mengangkat tangan kanannye separas telinga. "Yelah tu" Datin Maria menarik muncung panjang. "Mama janganlah macam ni ye. Nanti Mia tak ada semangat nak mulakan tugas." Damia cuba memancing emosi Datin Maria.

Serba salah Datin Maria selepas melihat wajah Damia juga bertukar muram. Wajah yang putih bersih itu dah bertukar menjadi hijau. 'Hahahahaha' Datin Maria gelak di dalam hati. "Yelah, sepatutnya mama yang pujuk kamu, tapi ni terbalik pulak. Baiklah, mama lepaskan kamu, tapi janji ye, Mia akan selalu lawat mama dan ayah." Akhirnya Datin Maria setuju untuk melepaskan Damia bekerja di Kuala Lumpur. "Yes! Terima kasih mama, damia tak akan lupa janji Damia" ujar Damia sambil tersenyum lebar. Mukanya yang hijau kini bertukar kemerahan dek cahaya matahari sudah mula memancarkan haba panas.

"Sudah la Mia, jom masuk, hari pun dah panas. Mama nak ke dapur untuk masak lauk kegemaran ayah Mia tu. Malam td dia request ayam masak lemak cili api."kata Datin Maria. "Amboi, patutla perut ayah tu makin bulat, mama rajin sangat layan selera ayah tu." Tegur Damia sambil tergelak halus. "Bagus la macam tu Mia, tak adalah perempuan-perempuan lain nak tackle ayah kamu kalau perut dia macam tu. ".Kata Datin Maria slumber mengutuk suaminya. Terbeliak mata Damia mendengar balasan Datin Maria. Mereka seraya berjalan beriringan ke arah pintu dapur sambil ketawa mengekek.

Sampai saja di dapur, Damia menarik kerusi dan duduk di table top menongkat dagu melihat lincah tangan mamanya membasuh ayam yang sudah dinyahbeku. Walaupun mereka tinggal di kawasan elite, tetapi Datin Maria kerap memasak masakan kampung. Damia banyak belajar memasak makanan kampung dari Datin Maria. Tapi bila di rumah, dia tak suka membantu Datin Maria masak. Dia nak menikmati sepenuhnya masakan dari air tangan mamanya. Maklumlah, jarang sekali balik ke rumah keran perlu menuntut ilmu nun jauh di utara tanah air. Tak lama lagi nak bekerja dah. Bukan malas hokay!

" Bila Mia mula masuk kerja tu" Damia yang sedang termenung terkejut mendengar soalan dari Datin Maria yang secara tiba-tiba itu. Dia mengurut dada sambil menjawab "Minggu depan mama, Mia cadang nak tumpang rumah Abang Danish dulu sebelum cari rumah yang lain".

Datin Maria memandang Damia dengan riak hairan. "Kenapa pula nak cari rumah lain, tinggal sajalah dengan Abang Danish. Dia pun tinggal seorang saja kan. Sekurang kurangnya dia boleh tengokkan Mia, Mia pun boleh masakkan dan tolong Abang Danish kemaskan rumah. "Ala mama. Mia nak belajar hidup sendiri. Nak beli rumah sendiri, kereta sendiri. Mia tak nak gunakan duit mama dan ayah untuk dapatkan semua tu." Ujar Damia lembut. Datin Maria hanya mengangguk.Faham benar perangai anaknya yang satu itu.

Damia punya matlamat dalam hidup. Dia nak dapatkan apa yang dia hajati nanti dengan hasil usaha sendiri. Dia suka hidup secara sederhana. Kawan-kawannya di kolej kejururawatan dulu pun tak tahu dia seorang anak Datuk.

Dia tak mahu orang luar rapat dengannya kerana harta semata. Dia sukakan hubungan yang jujur. Jadi dia selesa hidup serba sederhana. Bila memikirkan tentang teman lelaki, lagilah dia takut jika mereka tahu dia anak orang berada. Lelaki zaman sekarang pun ramai yang menumpang senang perempuan. Dia benci lelaki yang malas berusaha. Hell no! nak bersuamikan lelaki yang pemalas.

"Takkan kereta pun Mia nak beli sendiri. Habistu kereta kat luar yang ayah belikan hadiah untuk Mia habis belajar dulu, nak buat apa." Tiba-tiba Datin Maria bersuara mematikan lamunan Damia. Damia tersengih. Kereta Mini Cooper yang ayahnya belikan baru dua tiga kali saja dipandunya. Sebab itulah dia terlupa. Hehehehe. "Oh.. Mia lupa la mama. Hehehehe. Kereta yang ayah beli tu mahal sangat. Mia suka kereta yang biasa-biasa je. Biarlah kereta tu di rumah ni. Kalau mama teringin nak bawa, bawa saja la. Mia izinkan." tutur Mia. "Eh budak ni, ayah belikan untuk dia, dia suruh kita bawa pulak." mama menggelengkan kepala.

"Nah, tolong mama kupas dan potongkan kentang ni. potong enam, mama nak masukkan dalam masak lemak ni". kata Datin Maria seraya menghulurkan 3 biji kentang sebesar penumbuk pada Damia. "Baik boss" usik Damia. Datin Maria hanya menjeling anaknya yang nakal itu. "Jangan jeling jeling, nanti juling mata mama tu haaaa padan muka ayah cari mama baru untuk Mia." makin suka Damia mengusik Datin Maria.

"Cubalah kalau ayah Mia tu berani. Mama kerat 15 nanti. buat masal lemak!" Damia ketawa mendengar ugutan mamanya. Kalau ayahnya dengar mesti terkulat kulat muka ayahnya. Bertambah berdekah Damia bila membayangkan muka ayahnya.Datin Maria hanya menggelengkan kepala.

Jururawat CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang