"Weh Mia, aku rasa Doktor baru tu suka kat kau lah" Julia tiba-tiba datang entah dari mana tercongok di depan kaunter. Dia yang sedang menulis report berhenti dan memandang kawan baiknya itu sambil mengecilkan matanya yang dah memang kecil. "Doktor mana pula ni, ramai la doktor baru masuk. ada-ada je kau ni" balas Damia kembali menunduk ingin menyambung kerjanya yang terbantut. " Ala, Doktor Zamer tu.. yang hitam manis tu..hihihi" sambung Julia lagi.
Damia memandang Julia sambil berkerut memikirkan nama doktor yang disebutkan Julia. "Owhhh doktor tu. aku tengok dia biasa je, kau jangan buat cerita mengarut ye, aku cubit nanti" jawab Damia acah-acah garang sambil jarinya membuat gaya tangan ketam. Ketawa Julia melihat muka kawannya yang acah garang, tak garang langsung, tambah cute adalah.
"Tapi aku tengok Doktor Zamer tu asyik pandang-pandang kau je bila bertugas round kat tingkat ni. Bukan aku je perasan, Zita dengan Sister Suzy pun perasan tau. Takkan kau tak perasan" tanya Julia sambil membesarkan matanya. "Perasaan korang je, aku tengok dia biasa je, korang jangan buat gosip ek, malu la aku, nanti doktor tu dengar dia anggap ape pulak"
"Ke kau yang syok kat dia ni? cuba bagitau aku sekarang" sambung Damia tersengeh sambil mengangkat angkat keningnya membuat muka nakal. "Ish kau ni, ke situ pula.. hati I untuk encik abang Danish je tau.. cia...cia..cia... hahahahah" sakan Julia ketawa. Laju-laju menututp mulutnya. Terover pula. Ketawa kecil Damia dengan gelagat Julia yang miang tu. "Eleh, syok kat abang kita rupanya, nanti aku beritahu Abang Danish ye, aku suruh dia call kau" sengaja Damia mengusik Julia. " Weh jangan la, malu la aku" merah pipi Julia.
"Hahahaha tau takut. Malu tapi mau" sakat Damia lagi. "Hai, rancaknya bersembang" satu suara menegur. Terkejut Damia dan Julia melihat Doktor Zamer yang berdiri di sebelah kaunter. Kelam-kabut Damia bangun dari duduknya. "Eh hai doktor, ada apa-apa yang saya boleh bantu, rasanya hari ni Doktor Nash yang round wad di level ni" Damia bertanya sopan.
"Saja nak jumpa awak, 5 minit lagi waktu rehat kan, curi tulang sikit..kot boleh joint awak berdua bersembang, rancak sangat sampai tak nampak saya tercegat kat sini. Kesian saya" jawab Zamer. Merah pipi Damia dan Julia. Julia terus meminta diri, bagi alasan nak hantar file konon. Cis. "Sorry la doktor, saya memang tak perasan doktor datang tadi" Damia masih sopan menjawab, dia menunduk tidak berani bertentang mata dengan doktor baru itu. "Saya gurau je. Saya datang ni nak ajak awak makan sekali, jom la.. ajak Julia sekali.
'Alamak, dia ajak makan la pulak. Mau kecoh satu hospital ni nanti, alasan apa aku nak bagi ni'. Zamer yang perasan riak wajah berkerut Damia terus menyambung "Kalau awak ada hal lain takpa la.. next time jela" Zamer tersenyum. "Ha tula, saya ingat nak keluar sebentar waktu rehat nanti, ada barang nak kena beli" Damia memberi alasan. Dia tidak mahu memberi harapan kepada doktor muda ini.
Buat masa sekarang dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup. Dia masih muda, mahu fokus pada kerjayanya. Biarlah kalau ada orang melabelkannya sombong. Dia sudah lali. Sejak zaman kolej lagi dia dilabelkan dengan macam-macam gelaran. Sombong, bajet hot, lesbian pun pernah. Dia tidak kisah, dia tahu siapa dirinya, dan tahu apa yang dia mahu.
Selepas Doktor Zamer berlalu pergi cepat-cepat dia keluarkan telefon bimbitnya dan terus menaip mesej kepada Julia melalui aplikasi WhatsApp.
[Aku: Weh, lunch hour nanti kita lunch kat luar, aku belanja.]
[Julia: Hahahahahahahahha. Mesti kau nak melarikan diri kan? =D]
[Aku: Merepek la kau. aku memang nak keluar lah.]
[Julia: Alasan! Weekkkk..=P]
[Aku: Kau tahu kan aku macam mana, jangan banyak tanya. Jumpa dekat kereta aku dalam masa 5 minit. Lambat tinggal! Bye..]
[Julia: Baik Boss! Hahahahahha]
'Hampeh betul kawan aku sorang ni, tak nak jadi adik ipar baru padan muka.huh, nasib baik aku sayang!'
Laju tangannya membuka kabinet dan menarik tas tangan lalu berlalu untuk menuju ke tempat letak kereta. Tak mahu berlama-lama. Takut terserempak dengan Doktor Zamer lagi.
Tanpa Damia sedar, Doktor Zamer memandang tingkahnya dari jauh. 'Comel!'Dia tersenyum sendiri."Susah juga nak pancing ikan emas yang satu ni, tak macam ikan yng lain, yang satu ni perlu usaha dan umpan yang lebih mahal nampaknya" ujarnya sendirian sambil tersenyum penuh makna.
****Jeng Jeng Jeng...semacam je ayat Doktor Zamer ni kan. Nak tahu apa jadi seterusnya??? Like la sikit. Kasi support.. baru semangat nak update..huhuhu..=)****

ANDA SEDANG MEMBACA
Jururawat Cinta
Romance18SX!!18SX!!🔞🔞⛔⛔ Kerja sebagai Jururawat menjadi cita-cita Damia sejak dari kecil. Hidupnya berubah bilamana dia perlu menjadi jururawat peribadi pada seorang lelaki yang menghadapi kemurungan. Sakit hati bertukar menjadi cinta. #DamiaxMikael