"Damia, hari ni awak ikut Dr.Kamil round wad Alpha ye" Sister Suzy mengagihkan tugas untuk shift pagi ni. Mia mengangguk "Baik Sister". 'Ah, dalam banyak-banyak doktor, doktor ni paling tak best, asyik nak menggatal je, ayat 24 jam double meaning, tak padan dengan usia dah pangkat atuk orang' bisik hati kecil Damia. Walau tak suka, wajah tetap dimaniskan. Hormat.
"Hi Damia, how are you today?" tanya Dr.Kamil sambil berjalan melawat pesakit dari satu katil ke katil yang lain. "Sihat Dr.Kamil, thanks" cepat Damia jawab mahu matikan perbualan. " Owwhhh, nampak macam tak cukup tidur je, selalunya orang dah kahwin je yang tak cukup tidur ni.." sambung Dr.Kamil sambil mengangkat angkatkan keningnya memandang Damia dicampur dengan sengihan gatal.'Dah mula dah orang tua ni' jelik hati Damia. "Tak lah Doc, sy ok" pendek jawapan Damia dengan harapan tiada lagi kata balas dari Dr.Kamil.
"Ke...awak layan cerita biru malam td.." ayat gatal meleret tak habis lagi keluar dari mulut orang tua ni. "Ha?" Bulat mata Damia terkejut ditanya soalan begitu. "Doc, katil ni Doc tak cek lagi" Damia mengalihkan tajuk cerita. Bukan boleh dilayan sangat gatal orang tua ni. "Nanti tengah hari jom lunch dengan saya, saya belanja" ajak Dr.Kamil. "Terima kasih Doc, lain kali ye, saya dah janji dengan Anita. Nak keluar kejap cari barang" elak Damia sengaja mencari alasan. "Ok then, next time ya" Damia mengangguk macam burung belatuk dah gayanya.'Tak hingin aku nak keluar dengan kau'
"Hi Mia, adoi lenguh kaki aku ikut Dr.Tina..slow sangat jalannya, dah la pesakit ramai wad Dinamic tu" bebel Julia. Damia yang sedang menulis report di kaunter berhenti menulis. "Ok la, aku ni kena ikut Dr.Kamil, tak habis menggatal, stress tau"adu Damia. "Hahahahaha" gelak Julia. "Suka kau ye, tiba turn kau kena ikut dia, baru padan muka"."Ala Mia, jangan la doa cam tu, aku sangkup ikut Dr.Tina hari-hari dari ikut atuk gatal tu" sengaja Julia menekan perkataan atuk gatal. Damia tersenyum sinis. Tahu takut."Dah la, jangan kacau aku, aku nak siapkan report ni, jap g nak kena hantar pada sister Suzy"."Yela, aku nak pergi stor jap, refill barang kat troli. Nanti lunch tunggu aku tau" kata Julia sambil berjalan menuju ke stor. "OK" sengaja Damia beritahu Dr.Kamil dia ingin keluar dengan Anita, alasan semata, dia pun tak tahu hari ni Anita shift apa.
"Mia, abang kau tu handsome gak ek..hihihi" tanya Julia sambil menghirup sirap ais. "Asal, kau berminat ke, dia single lagi, kalau kau nak cuba masuk line aku boleh tolong" jawab Damia. "Ish!, malu la aku, macam perigi cari timba pula" balas Julia sambil buat muka malu-malu kucing. "Eh jap, telefon aku bunyi, sape pulak yang call ni" ujar Damia sambil tangan menyeluk poket baju mengeluarkan handphonenya. "Hai abang, Mia tengah makan dengan Julia ni. Minggu ni Mia tak balik la abang, kena kerja. Ganti orang lain..abang kirim salam je dekat mama dan ayah ye, ok bye abang..waalaikumsalam" jawab Damia seraya mematikan telefonnya."Weh, abang aku kirim salam kat kau" tersedak Julia dibuatnya."Serius ahh" tanya Julia. "Betul la, aku tak tipu lah, suka la tu,hahahahaha" usik Damia. Merah pipi Julia dengan usikan Damia.
" Aku ON je kalau kau jadi kakak ipar aku, aku kenal kau luar dalam" sambung Damia. "Emmm, aku tak setaraf la dengan keluarga kau Damia" jawab Julia."Weh, kalau aku pentingkan harta dan darjat semua tu, aku tak jadi nurse tau, baik aku jadi bos kat hotel bapak aku tu" ujar Damia. "Kau nak tau, kau je satu-satunya kawan aku yang aku pernah bawa balik, yang tahu macam mana keluarga aku" sambung Damia lagi. "Serius ahhh" tanye Julia. "Ye, aku tak tipu.. Aku tak nak orang kawan dengan aku sebab kedudukan ayah aku, sebab harta ayah dan mama aku. Aku yakin kau tak macam tu, aku kenal kau, sebab tu aku bawa kau ikut aku balik rumah parents aku hari tu. "Thanks Damia, aku pun suka kawan dengan kau. Baik, rendah diri, ada abang handsome. eh" Julia gelak diikuti dengan Damia.
"Nanti kalau aku balik kampung kau ikut la lagi, boleh la kenal-kenal lagi dengan abang aku. Aku jamin dia boleh jadi lelaki yang boleh jaga kau" ujar Damia yakin. "Aku malu la Damia, nampak terhegeh-hegeh pula nanti, apa kata abang kau nanti" jawab Julia. "Ala, abang aku ok la, lagipun aku tengok dia pun asyik pandang-pandang kau je hari tu".
"Yeke?" soal Julia."Ke..kau saja je ni nak mainkan aku" sambung Julia."Betul la, aku tahu abang aku macam mana, kalau dia tak berminat dekat something, dia akan buat tak tahu je, tapi kau, dia asyik pandang-pandang je" jawab Damia sambil mereka berjalan dari kawasan kantin menuju ke tempat kerja. "Ada-ada je kau ni, ntah-ntah abang kau dah ada awek" ujar Julia. Cuba menepis rasa hati, takut kecewa.
"Aku percaya, abang aku single lagi. Sebulan aku duduk dengan dia dulu, balik kerja je mesti memerap kat rumah, cuti pun tak keluar melainkan kawan dia call ajak lepak. Tu pun lelaki" Damia meyakinkan Julia. Tersenyum sampai ke telinga Julia mendengar jawapan Damia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jururawat Cinta
Romance18SX!!18SX!!🔞🔞⛔⛔ Kerja sebagai Jururawat menjadi cita-cita Damia sejak dari kecil. Hidupnya berubah bilamana dia perlu menjadi jururawat peribadi pada seorang lelaki yang menghadapi kemurungan. Sakit hati bertukar menjadi cinta. #DamiaxMikael