Mikael meletakkan Damia duduk di bucu katil. Dia menunduk dan mengucup sekilas dahi Damia lalu senyum memandang Damia."Sayang nak teman abang mandi tak?" tanya Mikael dengan senyuman masih terukir di bibir seksinya.
"Ha?" Damia beriak keliru bercampur terkejut. 'Takkan tiba-tiba nak mandi sama malam-malam macam ni. Ish malu lah aku..biar betul dia ni' desis hati Damia.
"Teman abang mandi kolam kat luar tu...nak tak?" sambung Mikael lagi untuk menjelaskan maksudnya tadi. "Sayang fikir apa tadi, sayang ingat abang ajak sayang mandi sama dalam bilik mandi ek... Kalau sayang nak yang tu, abang lagi suka" ujar Mikael lagi dengan senyuman nakal menghiasi bibirnya.
"Hish...mengadalah abang ni..Mia takda fikir mcm tu pun" dalih Damia. Rasa berbahang pipinya kerana kantoi memikirkan yang bukan-bukan tadi. "Mia..Mia pergi tukar baju sekejap.. Abang tunggu di luar ye..tapi..Mia teman abang kat tepi kolam je tau.. Mia takut sejuk la mandi kat luar malam-malam macam ni..nanti demam susah pula" tambah Damia lagi. Dia bangun dan menuju ke arah almari baju untuk mencari baju yang sesuai dipakai dan berjalan pantas ke bilik mandi untuk menukar pakaian.
Mikael hanya memerhati tingkah laku Damia yang sentiasa comel pada pandangan matanya. Kalau ikutkan hati, sekarang juga dia nak terkam tubuh kecil isterinya, tapi ditahan rasa itu. Dia tidak mahu nampak terburu-buru di mata isterinya. Dia tahu tak lama lagi segala milik Damia akan menjadi miliknya juga. Tak lari gunung dikejar. Mikael senyum sendiri. Kakinya melangkah ke arah almari, pakaiannya juga harus ditukar.
Damia menutup pintu dan menyandarkan belakang badannya di pintu bilik mandi. Mata dipejamkan sambil tangan mengengam pakaian yang dibawa tadi menutup seluruh mukanya. Keasyikan ciuman yang diberikan Mikael sebentar tadi membangkitkan rasa sensasi yang menggetarkan jiwa dan perasaannya. Nafsunya rasa terbuai. Jiwanya bergelora setiap kali dekat dengan Mikael lebih-lebih lagi bila mereka bersatu berpelukan dan berkucupan seperti tadi. Rasa tak mahu berpisah walau sesaat pun semakin mencengkam jiwa dan raganya. 'Haiiish... Ni ke rasa bila orang jatuh cinta..mahu memiliki luar dan dalam.' Damia tersenyum sendiri.
Damia memakai baby T berwarna merah sendat tapi panjang menutup hingga ke punggung dan seluar legging hitam bawah lutut. Dia berpusing-pusing di depan cermin beberapa kali, takut terlampau menjolok mata. 'Hmmm...depan suami sendiri je Mia..kau nak malu apa...' Damia bermonolog sendiri di dalam hati. Lantas Damia keluar dari bilik mandi dan menuju ke kolam renang di luar bilik.
Dari jauh kelihatan Mikael sedang asyik berenang ke hulu ke hilir. Damia duduk di tepi kolam mencelup kedua kaki ke dalam air sambil leka melihat Mikael berenang. Mikael yang sedar akan kehadiran Damia terus berenang menuju ke arahnya. Mikael menaikkan separuh badannya ke atas air di depan Damia dan meletakkan kedua lengan ke sisi paha Damia. "Jom la mandi dengan abang" ajak Mikael lagi. Damia menggelengkan kepalanya dengan senyuman. 'Oh my God... Dia tak pakai baju la siaaaa...seksinya badan' mata Damia sempat menjeling tubuh Mikael yang sedikit sasa. Tak kurus lagi seperti mula-mula dia bertemu Mikael di rumah ibu bapa Mikael dulu.
"Tak kesian ke kat abang swim sorang-sorang...pleaseee sayang" pujuk Mikael lagi. Damia mengeluh kecil seraya mengangguk. Dia mengalah juga akhirnya. Damia pun tak faham kenapa dia begitu cepat lemah dengan pujukan Mikael. 'Ahh it's because i'm in love to him already'. Mikael bersorak gembira dan pantas menarik Damia masuk ke dalam kolam bersama dengannya". Mereka berenang bersama dengan gembira, sesekali Mikael menyakat Damia dengan memercikkan air bertubi-tubi, bila Damia merajuk dan memuncungkan bibirnya Mikael akan segera datang untuk memujuk.
Hubungan mereka semakin mesra. Gelak tawa mereka menghiasi kolam renang pada malam itu. Setelah penat bermain air mereka berdua keluar dari kolam renang, Mikael mengelap rambut Damia yang basah dengan tuala. "Sayang..." panggil Mikael. Damia mengangkat wajah mencari mata Mikael. Mikael mengusap lembut pipi Damia. "Sayang izinkan ke... malam ni...abang memiliki sayang sepenuhnya" Mikael meminta keizinan dengan penuh pengharapan. Terkebil-kebil Damia memandang mata Mikael, terasa kelu lidahnya. Damia mencapai tangan Mikael yang masih di pipinya, digenggam tangan itu dan dibawa ke bibir. mata Damia tak lepas memandang mata Mikael lalu perlahan mencium tangan Mikael tanda dia sudah bersedia dan memberi keizinan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jururawat Cinta
Romance18SX!!18SX!!🔞🔞⛔⛔ Kerja sebagai Jururawat menjadi cita-cita Damia sejak dari kecil. Hidupnya berubah bilamana dia perlu menjadi jururawat peribadi pada seorang lelaki yang menghadapi kemurungan. Sakit hati bertukar menjadi cinta. #DamiaxMikael