Damia mengetuk pintu bilik Mikael selepas menunaikan solat Asar. Dia mahu meminta maaf kepada Mikael kerana teremosi sebentar tadi. Damia memulas tombol dan menolak daun pintu bila tiada sahutan. Dari kejauhan dia dapat melihat Mikael duduk termenung di balkoni biliknya. Damia menghela nafas. "Ni semua salah aku, tengok dia dah start termenung balik" Damia menghukum diri dengan menepuk pipinya sendiri.
Damia melangkah ke arah Mikael, dia membuka pintu balkoni dan berdiri di sisi Mikael. "Awak, saya nak minta maaf..saya tak patut cakap macam tu dengan awak..saya tak tahu kenapa dengan saya, maybe saya rindukan family saya kot. Tu sebab emosi tak stabil" ucap Damia lembut. Mikael hanya diam membisu.
"Awak...please say something..jangan la diam je macam ni, saya minta maaf okay" pujuk Damia. Mikael yang memandang kosong ke hadapan mendongak menoleh seketika Damia di sisi, dia hanya diam dan kembali memandang ke hadapan. "Xpela kalau tak nak cakap dengan saya, kalau perlukan apa-apa saya ada di bawah, tak pun mesej saja" Damia berpusing mahu melangkah tapi lengannya pantas dicapai Mikael. Terhenti langkah Damia, laju kepalanya berpusing memandang Mikael bersilih ganti dengan tangan Mikael yang mengenggam lengannya. 'Nasib baik berlapik' desis hati Damia kerana dia memakai baju T lengan panjang pada petang itu.
"I'm sorry..aku yang salah" ucap Mikael seraya berdiri menghadap ke arah Damia. Tangan masih tidak dilepaskan dari lengan Damia. Damia terkedu, tidak menyangka Mikael merendahkan egonya dengan meminta maaf. "Aku tak patut cakap macam tu pada kau, aku tak bermaksud macam tu pun..kau..kau penting sangat untuk aku, kau punca aku sembuh..kau ubah segalanya" ucap Mikael. Mikael berperang dengan perasaannya sendiri. Dia masih keliru. Sayangnya pada Riya masih tebal, tapi kehadiran Damia sering menganggu gugat hati dan perasaannya.
Kelu lidah Damia mendengar kata-kata Mikael. Damia juga berperang dengan perasaan, dia tidak pernah mempunyai pasangan, dia tak tahu perasaan gementar yang terbit setiap kali berhadapan dengan Mikael itu bermaksud apa. Dia cuba tepis perasaan itu, tapi sikap Mikael yang berubah-rubah sekejap dingin sekejap mesra padanya kadangkala membuatnya keliru. Terdengar keluhan kecil dari bibir Mikael bila Damia hanya diam. "Kita berdamai okay.. Jom lepak taman" sambung Mikael. Mikael melepaskan lengan Damia dan berjalan melangkah ke arah pintu. Damia mengangguk dan menuruti saja langkah Mikael. Dia cuba untuk tersenyum. Cuba untuk menceriakan kembali keadaan.
Di taman mereka berjalan beriringan. Kadangkala Mikael mengusik Damia dengan mengagah belalang yang ditangkap ke arah Damia, dia tahu Damia takut dan geli dengan serangga besar. Berlari-lari Damia kerana ketakutan dan geli. Mikael hanya ketawa geli hati dengan gelagat Damia. Mikael gembira kerana Damia sudah kembali ceria, tidak monyok lagi seperti tadi, dah macam tauhu busuk saja mukanya. Sikap Damia yang ceria kadangkala manja itulah yang menarik perhatian Mikael pada Damia. Tanpa sedar perasaan itu hadir. Perasaan mahu melindungi Damia dan tidak boleh berenggang dengan Damia.
"Awak, esok saya cuti tau..saya dah beritahu pada auntie" Damia bersuara semasa mereka baru melabuhkan punggung di pondok kayu. "Pergi rumah Julia?" tanya Mikael. "Tak lah, ada urusan lain" jawab Damia. "Macam biasa ubat awak saya akan asingkan siap-siap dalam bekas, awak makan ikut time tau" pesan Damia. Mikael hanya diam memandang ke hadapan. "Nak pergi mana, aku ikut boleh?" tanya Mikael. "Ha? Mana boleh, saya ada hal la..awak duduk je rumah diam-diam..esok kan ahad, awak lepak la dengan mommy dan papa awak okay" tutur Damia lembut.
Tanpa mereka sedar ada sepasang mata sedang memerhati Mikael dan Damia dari jauh. Sakit hati pemilik mata tersebut melihat kemesraan mereka. Dia menghempas stereng kereta dengan kedua tangannya. Cermin mata hitam dicapai dan dipakai. Dia menutup cermin kereta dan memandu laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
Keesokan hari, selepas bersarapan Mak Teh telah mengalami kecederaan. Dia terjatuh di dapur akibat terpijak air yang menitis di atas lantai. Damia yang sudah bersiap untuk keluar berlari mendapatkan Mak Teh yang sedang terduduk memegang kakinya, Puan Nora yang baru kembali dari pintu utama kerana menghantar Tuan Malek yang baru mendapat panggilan untuk pergi ke tapak projek juga berlari ke dapur setelah mendengar jeritan Mak Teh. "Ya Allah Mak Teh, mari Mia tengokkan kaki Mak Teh" Damia memegang perlahan-lahan pergelangan kaki Mak Teh yang sudah membiru.Mak Teh kelihatan menyerigai menahan kesakitan "Mia rasa kaki Mak Teh terseliuh ni, tapi perlu x-ray juga..takut ada retak atau patah, jom Mia bawa Mak Teh ke hospital" ucap Damia.
"Eh, Damia kan cuti hari ni, lagipun dah ada temujanji kan, takpe.. biar auntie je yang bawa Mak Teh ke hospital" Puan Nora menahan tangan Damia yang mahu bangun untuk memapah Mak Teh. "Takpe auntie, Mia boleh cancel appoinment. Auntie duduk rumah dengan Mikael ye, tak boleh tinggalkan dia sorang selagi dia belum sembuh sepenuhnya" jawab Damia mengambil berat. "Takpe, Mika okay duduk sorang. Jom Mika tolong angkat Mak Teh masuk dalam kereta mommy" tiba-tiba Mikael bersuara, entah bila dia sampai di dapur, mungkin baru turun dari biliknya.
Puan Nora mengangguk setuju, dia meminta diri naik ke atas sebentar untuk memakai tudung dan mengambil handphone serta tas tangannya. Sementara itu Mikael dan Damia membantu memapah Mak Teh masuk ke dalam kereta Puan Nora. "Mak Teh pesan pada auntie terus pergi ke bahagian kecemasan ya..kena x-tray dulu rasanya kaki Mak Teh ni" pesan Damia, Mak Teh hanya mengangguk faham. Wajahnya jelas menunjukkan dia menahan sakit. Kasihan Damia melihatnya.
"Kau geraklah, cepat keluar cepat balik, orang perempuan drive malam-malam bahaya " kata Mikael, yang sebenarnya dia tak mahu Damia lama-lama di luar. "Okay, awak jangan lupa makan ubat ya..saya cuba balik secepat mungkin" ucap Damia, entah kali keberapa dia memesan kepada Mikael tentang ubat. Mikael hanya menganggukkan kepala. Dia menghantar Damia ke kereta Axia milik Damia dengan pandangan mata. Berat hati melepaskan Damia keluar seorang diri. Tapi apakan daya. Dia menggelengkan kepala, cuba membuang jauh perasaan yang kadangkala datang mencuit hati dan perasaannya.
Sementara menanti mommy dan Mak Teh pulang dari hospital, Mikael kebosanan menonton televisyen di ruang tamu seorang diri. Mikael sudah dimaklumkan mommynya melalui aplikasi WhatsApp bahawa keadaan Mak Teh baik-baik sahaja, sudah di x-ray, tiada patah ataupun retak, cuma terseliuh saja. Sedang menunggu giliran untuk dibalut dan mengambil ubat. Mommy juga memaklumkan proses mungkin memakan masa yang lama kerana orang di hospital agak ramai pada hari ini.
Ting! Bunyi mesej masuk, Mikael mencapai handphonenya.
[Adam : Bro, nurse kau dah ada boyfriend la..melepas aku..haha]
[Mikael : Maksud kau?]
[Adam : Dia ada kat depan aku tadi, jalan masuk ke restoran dengan boyfriend dia.. kepit tangan tak lepas bro]
Lalu Adam menghantar satu video yang mana di dalamnya kelihatan Damia sedang berjalan sambil memeluk tangan seorang lelaki. Mereka kelihatan sangat mesra.
Cemburu mengusai diri Mikael secara tiba-tiba. Dia tidak tahu kenapa, dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Damia, tapi kenapa dia rasa bengang dan marah bila melihat video itu. Dia mencampak handphone ke atas sofa. Mikael duduk dengan memeluk lututnya. Emosinya perlu ditenangkan. Dia mengangkat kepala melihat jam di dinding. Pantas dia bangun menuju ke biliknya untuk memakan ubat.
Damia tiba di rumah pada jam 5 petang. "Assalamualaikum awak, awak dah makan ke..Mak Teh dan mommy dah balik?" Damia menegur Mikael yang sedang menonton televisyen. Mikael hanya menggelengkan kepala. "Yeke, lamanya, maknanya kita berdua saja ye dalam rumah ni, kalau gitu saya tunggu mommy di taman la, tak manis pula kita berdua je dalam rumah ni" tutur Damia. Tidak mahu mengajak Mikael sama kerana dia lihat Mikael nampak bad mood saja.
"Kenapa? Kau takut kekasih hati kau marah?" Mikael bersuara dingin ketika Damia baru hendak melangkah pergi dari ruang tamu. Terhenti langkah Damia, dia memusingkan semula badannya menghadap Mikael. "Kekasih hati? Apa awak merepek ni?" tanya Damia hairan dengan sikap Mikael yang tiba-tiba dingin dan bercakap perkara yang dia tidak fahami. "Takkan lupa kekasih hati sendiri? Tadi bukan main berkepit tak nak lepas" sambung Mikael lagi, hanya mulut berbicara pedas, matanya kekal pada televisyen.
"Ha? Tadi...ohh awak dah salah faham, yang saya jumpa tadi..".
"Tak payah explain apa-apa, aku tak berminat nak dengar" Mikael memotong percakapan Damia. Baru Damia ingin membuka mulut membalas kata, kedengaran pintu rumah diketuk dan loceng berbunyi bersilih ganti. "Mommy dah balik kot, biar saya pergi tengok, maybe nak kena tolong papah Mak Teh" tutur Damia seraya memusingkan badannya dan melangkah ke arah pintu. Mikael juga bangun mengekori langkah Damia. Mana tahu tenaganya juga diperlukan untuk memapah Mak Teh."Assalamualaikum! Kami dari Jabatan Agama Islam, kami mendapat laporan ada pasangan bukan muhrim dalam rumah ni" tercengang Damia dan Mikael.
*Jeng..jeng..jeng.. Banyak persoalan kan dalam bab ni.. Korang rasa lengan siapa yang Damia peluk?? Siapa yang sakit hati dengan kemesraan Mikael & Damia?? Agak-agak orang yang sama ke yang report pada Jabatan Agama?? Siapa tahu dia hebat!.LOVE.*

YOU ARE READING
Jururawat Cinta
Romance18SX!!18SX!!🔞🔞⛔⛔ Kerja sebagai Jururawat menjadi cita-cita Damia sejak dari kecil. Hidupnya berubah bilamana dia perlu menjadi jururawat peribadi pada seorang lelaki yang menghadapi kemurungan. Sakit hati bertukar menjadi cinta. #DamiaxMikael