Mikael menggelengkan kepalanya bila melihat gelagat Damia. Tiba-tiba datang satu idea dalam kotak fikirannya..Dia tersenyum nakal bila mahu menyakat isterinya. "Assalamualaikum" ucapnya sambil berjalan ke arah katil, mata memandang sekujur tubuh yang tidak bergerak di bawah selimut di atas katil. Tiada sahutan dari Damia. "Tak jawab dosa..." sambung Mikael lagi. "Walaikumsalam!" terdengar suara Damia dari bawah selimut. "Tapi kalau jawab gatal" Mikael ketawa tanpa bunyi. "Hish!!!" Damia menarik selimut ke paras leher menunjukkan muka cemberut memandang Mikael.
"Jangan kacau orang nak tidur lah" sambung Damia dengan muka yang dimasamkan. "Aikk, nak tidur dah? dah habis fikir ke tadi, so apa jawapan yang kau dapat?" Mikael berkata sambil naik ke katil merangkak menghampiri Damia dengan senyuman nakal. Damia hanya menggelengkan kepala, dia bangun lalu duduk merapatkan belakang badannya melekat di kepala katil, tangannya mencengkam kuat selimut yang masih di paras leher. Debar dadanya bila Mikael semakin menghampiri.
"Nak tanya satu soalan boleh?" tanya Mikael, senyuman nakal masih terukir dibibir. Kalau dulu bibir seksi Mikael selalu menarik perhatiannya, tapi kini Damia sangat takut bila melihat bibir itu tersengih gatal. 'Oh Tuhan, aku rasa nak hempuk je makhluk depan aku ni!!' jerit hati Damia. Damia mengangkat sedikit kepala tanda bertanya apa. Mikael duduk melutut dan tangan berpeluk tubuh sebelah tangan lagi menyapu-nyapu dagunya seperti sedang berfikir. "Ermmmm..malam ni...malam pertama kita kannnnn?" tanya Mikael meleret sambil mengenyitkan matanya.
Damia menarik selimut menutupi separuh muka, hanya mata saja yang kelihatan. "A..awak nak bu..buat apa ni..sa..ya belum..ber..sedia laaa" ujar Damia takut-takut, dia memejamkan mata saat tangan Mikael ingin menyentuh rambutnya, jantung berdenyut kencang macam nak terkeluar dari dalam dada. Mikael tersenyum, sebelah tangannya naik menyisir helaian rambut Damia yang menutupi sedikit dahi dan matanya lalu diselitkan ke telinga Damia.
Senyumannya tiba-tiba mati bila dia melihat ada parut agak tersorok dengan rambut di tepi hujung dahi Damia. "Parut sebab apa ni ?" tanya Mikael, selama Damia tinggal dengannya dia tidak pernah perasaan akan parut itu. Parut yang nampak masih baru. "Ha?" Damia membuka matanya lalu menyentuh parut yang dimaksudkan Mikael. Tapi debar di dadanya tidak sikit pun berkurang bila wajah Mikael agak hampir dengan wajahnya. Wajah yang serius. Tiada lagi senyuman nakal seperti tadi. "Macam parut baru je..kau pernah accident ke sebelum kita kenal?" tanya Mikael lagi. Damia hanya diam, kejadian hitam beberapa bulan lalu kembali hadir dalam ingatannya. Damia menundukkan pandangannya, tidak mahu bertentangan mata dengan Mikael. 'Alalalala...Aku tak kuat ya Allah....' desis hatinya. Takut tergoda dengan pandangan mata Mikael.
"Pa..parut ni la punca saya boleh jadi jururawat peribadi untuk awak" tutur Damia. Mikael bangun dan duduk di sebelah kaki Damia dengan posisi lutut naik dan kedua tangan memeluk lutut menghadap ke arah Damia. "Maksud kau?"tanya Mikael ingin tahu. "Hmmmm...saya kalau boleh dah tak nak ingat pasal hal tu, boleh tak next time je saya cerita....kan saya ni tak penting" ucap Damia perlahan tapi perkataan 'tak penting' sengaja ditekankan sambil membetulkan duduknya. Dia menurunkan selimut ke atas ribanya, mata diarahkan pada bahagian bawah tubuh, tidak mahu memandang wajah Mikael. "Sempat perli lagi ek..kan pasal tu kita dah berdamai..Kalau kau tak bersedia nak cerita tak pelah, jom tidur, esok nak jalan jauh" tutur Mikael tidak mahu memaksa. Damia memerhatikan pergerakan Mikael yang berbaring di sebelahnya manakala dia masih kekal pada kedudukan yang sama.
"Kau tak payah risau, aku takkan tuntut hak aku as husband selagi kau belum boleh terima aku dan bersedia sepenuhnya" tutur Mikael lalu memejamkan mata dan kedua tangan dibawa ke kawah kepala. Damia menghembuskan nafas lega, dia mengurut dadanya, Damia turun dari katil, menutup lampu utama dan menghidupkan lampu tidur. "Tapi kalau aku terpeluk kau, aku minta maaf awal-awal ye" tiba-tiba Mikael bersuara. Damia mengecilkan matanya memandang Mikael. 'Ketuk dahi tu kang, banyaklah kau punya damai, hinaan lagi satu yang kau berikan hari tu tak akan ada erti damai!' hanya di dalam hati Damia berani berkata begitu. Mikael bukan boleh dijangka..buatnya Mikael bertindak mendekat seperti tadi, mau keras kejung lagi Damia buatnya.
Tiba-tiba Damia berasa perutnya memulas, dia masuk segera ke dalam bilik mandi. Bila Damia keluar dari bilik mandi, kedengaran dengkur halus dari arah katil. Tahulah dia bahawa Mikael sudah lena. Damia duduk di kerusi meja tulisnya. Berkira-kira untuk tidur di sebelah Mikael atau tidak. Dia takut dengan kata-kata akhir Mikael. 'Kalau dia terpeluk aku nanti macam mana.. Aduhhh..malunya nak tidur sebelah mamat mulut tak ada insurance menyakitkan hati ni'. Damia sedar di mana tempat seorang isteri, tapi dia belum bersedia dengan perkahwinan yang tiba-tiba ini ditambah pula hatinya yang terluka masih belum terubat. Tanpa sedar Damia tertidur di meja tulisnya.
Mikael terjaga dari lena bila mendengar bunyi alarm dan gegaran dari handphone Damia yang diletakkan di sisi bantal. Mikael mematikan alarm tersebut, melirik jam dan memandang sebelahnya yang kosong. "Dah hilang ke mana pula dia ni pagi-pagi buta" tutur Mikael sendiri. Mikael bangun membuka lampu. Bila dia berpusing dia nampak Damia sedang tidur di atas kerusi dengan tangan melapik kepala di atas meja.
"Haishhh..tilam punya selesa, yang pergi tidur dekat situ dah kenapa budak kecik ni" sambung Mikael. Kasihan melihat isterinya tidur begitu, Mikael melangkah ke arah Damia, dia menunduk ke arah telinga Damia lalu berbisik. "Assolatukhairumminannaum" dua kali Mikael melafazkan ayat tersebut baru lah Damia terjaga. Damis memisat matanya yang terkena cahaya dan mengurut- ngurut pinggang yang sakit kerana posisi tidurnya. Bila matanya berjaya di buka sepenuhnya terkejut bukan kepalang dibuatnya bila wajah Mikael betul-betul di depan matanya "Oh mak kau hijau!" latah Damia spontan dengan mata yang bulat.
"Banyak lah kau punya hijau..kenapa tidur kat sini?" tanya Mikael sambil berdiri tegak mencekak pinggang. Damia menunduk mendiamkan diri tangan naik mengurut dada. Masih ada sisa terkejut. "Dah subuh ni, aku mandi dulu..jap lagi kita solat sama" Mikael berjalan mengambil tuala dan berlalu ke bilik mandi. 'Gila betul la dia ni..kalau ada sakit jantung dah lama aku KO..Benci!!!!' jerit hati Damia.
Damia memandang ke arah katil yang kemas. Dia tersenyum. Damia memuji sikap Mikael yang satu ini, Mikael memang seorang yang pengemas. Masa dia sakit dulu je tak reti nak buat apa. Hanya tahu termenung. Bila dah agak sihat semua Mikael boleh buat sendiri. 'Pandai auntie Nora didik musang berjanggut ni..eh sekarang dah kena panggil mommy la' desis hati Damia sambil menggarukan kepalanya.
Damia yang masih duduk di kerusi berpusing memandang belakang bila terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Spontan dia berpusing kembali dan tangannya naik menutup mata. "Kenapa awak tak pakai baju ni!" kata Damia. Malu ingin memandang tubuh seksi Mikael yang hanya dibalut tuala di bahagian bawah. "Sorry, aku terlupa ambil baju tadi..lagipun...tak salah kan?" Mikael tersengih, langkah diatur pada luggage bagnya. Damia terus bangun dan berlari kecil masuk ke bilik mandi dengan tangan masih di muka. Pertama kali melihat Mikael tidak berbaju. Getar sedikit jantungnya. 'Oh aku tak kuat kalau selalu macam ni..help me mama!!'

ANDA SEDANG MEMBACA
Jururawat Cinta
Romance18SX!!18SX!!🔞🔞⛔⛔ Kerja sebagai Jururawat menjadi cita-cita Damia sejak dari kecil. Hidupnya berubah bilamana dia perlu menjadi jururawat peribadi pada seorang lelaki yang menghadapi kemurungan. Sakit hati bertukar menjadi cinta. #DamiaxMikael