"Hi Mika, jom teman i lunch" ajak Elina. "Sorry la Elina, I dah janji dengan wife I nak lunch sama dengan dia hari ni, sebab lepas lunch kami perlu pergi ke bangsar. Ada meeting. Next time okay? "Ala U ni, bila I ajak teman makan, mesti ada je alasan U kan" sambung Elina sambil memasamkan mukanya. "I datang sini semata mata nak jumpa U, nak makan dengan U, tapi U buat tak endah je" sambung Elina lagi. Mikael cuba menahan rasa menyampah. Dari zaman universiti, Elina tak pernah penat kejarkan dia. Dah la pakaian seksi ya amat. Nasib baik imannya kuat. Kalau tak, haisss, boleh jatuh terkulai dengan godaan si Elina ni.
"Sorry, I betul-betul ada meeting nanti. Next time I ajak Riya lunch sekali dengan U ok" Mikael cuba berbasi-basi."Ha! buat apa nak ajak Riya, I nak berdua dengan U je"Elina memuncungkan bibirnya. Dia datang menghampiri Mikael yang sedang duduk di mejanya. Mikael hanya memerhati gerakan Elina. Hatinya gelisah. Elina mengelus lembut lengan Mikael dengan hujung jarinya sambil menggigit bibir. "U tahu kan I dah lama suka pada U. I tak kisah kalau I sanggup berkongsi dengan Riya" berani Elina meluahkan rasa hatinya. Dia bukan jenis yang suka berselindung. Dia akan dapatkan apa sahaja yang diingini. "Apa U merepek ni Elina" Mikael bersuara seraya mengelak tangannya dari disentuh Elina. "I tak pernah anggap U lebih dari seorang junior, now I anggap U sebagai kawan I, I takkan menduakan Riya.
Riya berjalan menuju ke bilik pejabat Mikael. Tiba di meja setiausaha Mikael, Ella selaku pembantu peribadi Mikael menahannya. "Maaf Puan Riya, Tuan Mikael ada tetamu di dalam. "Ohh, boleh saya tahu siapa?" tanya Riya. "Emmm pelakon baru tu, Elina Khan" jawab Ella. Merah telinga Riya mendengar nama Elina Khan. "Its ok, I masuk, lagipun I yakin kedatangan dia ke mari tiada apa yang penting pun" putus Riya. "Kalau Puan Riya kata begitu, baiklah, silakan masuk puan" Ella membuka pintu bilik pejabat Mikael untuk Riya.
Bulat mata Riya melihat Elina rapat duduk bersandar di meja di sebelah kerusi Mikael. 'Eiii nak kena perempuan ni' bisik hati Riya. "Hello Elina, U ada urusan apa masuk bilik boss ni?" tanya Riya. Laju Elina bangun dan memusingkan badannya. Mukanya nampak terkejut bilamana tiba-tiba terdengar suara tegang Riya."Oh. Hye Riya, I... I..I saja je datang sini. I kan pelakon baru nak menapak, I nak tanya Mika if ada any job drama or film yang sesuai de..dengan I" tergagap Elina. Mikael hanya diam dan tersenyum memandang Riya. "Really?, setakat nak tanya soalan tu, U tanya I pun boleh. Bila U free datang la bilik I, tak perlu ganggu Mikael, dia kan boss..busy.. mana ada masa nak layan pelakon baru. Kalau semua pelakon baru datang berkumpul kat bilik dia ni, tak jadi kerja la jawabnya" kata Riya sambil tersenyum sinis. Mikael senyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Okay, I..I balik dulu lah" Elina berkata sambil berjalan keluar dari pejabat Mikael dengan muka yang ketat. Matanya sempat menjeling Mikael yang tak berhenti tersenyum. 'Jaga lah aku Riya, Mikael akan jadi hak aku cepat atau lambat!!' jerit hati Elina.
Selepas Elina keluar dan menutup pintu Riya memandang Mikael yang masih tersengih-sengih. " Apa U sengih-sengih? Any explanation? "soal Riya. "Explanation apa baby, dia nak ajak i makan je, tapi I tak nak" jujur Mikael. Riya mengecilkan matanya. "Hahahahahaha.." terletus tawa dari mulut Mikael. " Betul la baby, I tak tipu. Dia beritahu Ella ada hal penting nak jumpa I, I bagi la masuk, bila masuk terus ajak I keluar makan. I tak setuju pun, then u masuk" terang Mikael lagi. " Nasib baik U masuk, I dah risau dia terkam I je" sambung Mikael sambil sambung ketawa. "Gatal!! dah la, jom makan, I lapar" Riya sengaja memasamkan muka. Dia tahu Mikael setia.

YOU ARE READING
Jururawat Cinta
Romance18SX!!18SX!!🔞🔞⛔⛔ Kerja sebagai Jururawat menjadi cita-cita Damia sejak dari kecil. Hidupnya berubah bilamana dia perlu menjadi jururawat peribadi pada seorang lelaki yang menghadapi kemurungan. Sakit hati bertukar menjadi cinta. #DamiaxMikael