BAB 43

34.9K 296 67
                                        

Hari beransur petang, demam Damia sudah mulai kebah. Tubuh badannya sudah mula bertenaga semula, kepalanya pun tidak pening lagi seperti pagi tadi. Damia berasa segan kerana dia hanya demam biasa sahaja tetapi Mikael melayannya seperti seorang puteri.

Semua benda Mikael yang buatkan, mandi, pakai baju, makan pun bersuap. Dia tidak pernah dilayan sebegitu oleh mana-mana lelaki. Rasa bertuah bersuamikan Mikael. Berbunga-bunga rasa hatinya kala ini. Tidak silap keputusannya menerima Mikael memenuhi ruang hatinya.

Damia yang sedang berehat menonton televisyen di ruang tamu menanti Mikael yang berada di ruang dapur. Mahu membancuh kopi katanya. Macam mana la agaknya rasa kopi yang dibancuh Mikael itu. Damia tertawa sendiri. Tidak pernah Mikael membancuh kopi untuk dirinya. Selalunya dialah yang akan membancuh kopi untuk mereka berdua.

Tidak mengambil masa yang lama, kelihatan Mikael melangkah ke ruang tamu sambil tersenyum macho dengan tangan memegang dua cawan kopi yang masih berasap lalu diletakkan di atas meja kopi di depan Damia. Kemudian Mikael mengambil tempat di sebelah Damia. Damia senyum memandang Mikael. Mikael mengambil secawan kopi lalu menghulurkan pada Damia. Pandangannya tepat ke mata Damia. Damia dapat melihat pandangan penuh kasih dari mata Mikael kepadanya. Gembira dan terharu rasa hatinya. Tangan menyambut huluran cawan dari Mikael.

"Rasa la kopi ni, ni first time tau abang bancuh kopi untuk orang lain, selalu dulu abang bancuh untuk diri sendiri je..dah lama tak bancuh kopi...sejak kenal sayang, sayang je yang bancuhkan untuk abang" ucap Mikael. "Yeke.. Emmm...tak pernah bancuh untuk mommy and papa? Emmm...untukkkk ex...wife...abang?" tanya Damia, ragu jika Mikael terasa hati bila dia mengingatkan Mikael tentang bekas isterinya. "Dia tak suka kopi sangat..emmm cepat demam sayang kebah, bagus betul ubat doktor tu" ujar Mikael sambil tangan naik memeluk bahu Damia. Dia tidak mahu bercakap lebih panjang mengenai Riya. Riya masa silamnya walau kadang hatinya terdetik pilu mengingatkan Riya, lebih tepat lagi kadangkala dia rindu pada bekas isterinya. Wanita yang pernah bertakhta dalam lubuk hatinya. 

Damia meniup dan meneguk perlahan kopi yang masih panas. Dia tersenyum. 'Sedap! Boleh tahan' bisik hatinya. Tangannya meletakkan kembali cawan kopi di atas meja lalu menyandarkan belakang tubuhnya pada Mikael. Tindakan Damia menyedarkan Mikael dari lamunan. Mikael tersenyum. Sengaja Damia hendak bermanja. Malunya pada Mikael sudah semakin surut. Yang ada sekarang rasa yang sentiasa meronta untuk berada dekat dengan Mikael. Dia gembira bila Mikael memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang padanya tanpa bayangan Riya. Mikael sangat jujur dan ikhlas dalam perhubungan.

Faktor Riya meninggalkan Mikael sering menjadi tanda tanya di benaknya. Tak mungkin Riya sengaja meninggalkan Mikael tanpa sebab. Mikael seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Pasti ada sebab yang kukuh perpisahan itu terjadi. Damia cuba membuang segala persoalan jauh-jauh buat masa ini. Dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada hubungan cintanya yang baru berputik pada encik suami.

"Sebenarnya.... Mia cepat sembuh sebab Mia dapat ubat yang paling mujarab..iaitu kasih sayang dan perhatian dari abang.... Terima kasih abang.." ucap Damia sambil mendongak mencari wajah Mikael. Mikael tersenyum dan mengucup sekilas dahi Damia. Lega hati Mikael bila Damia mulai sembuh. Tidak ada perkara yang mengembirakan selain orang yang disayangi diberikan kesihatan yang baik oleh Yang Maha Esa.

"Sama-sama sayang. Tu kan tanggungjawab abang, pagi tadi risau betul abang bila suhu badan sayang naik... Sekarang baru lega sikit hati abang ni" balas Mikael ikhlas. Dia menurunkan tangannya memeluk pinggang Damia. Jari dimain-mainkan perlahan di pinggang dan perut Damia. Damia rasa bahagia. Rasa nak peluk saja Mikael kuat-kuat, tapi ditahan rasa itu, nanti Mikael fikir dia gatal pula..huhuhuhu.

"Bosan la sayang satu hari duduk dalam villa ni, jom la keluar jalan-jalan tepi pantai" ajak Damia. Mikael menunduk memandang Damia yang sedang menoleh memandangnya. Dia menggelengkan kepalanya. Damia membuat muka cemberut.

"Demam sayang baru je kebah.. lagipun doktor tadi pun tak bagi sayang keluar mana-mana hari ni, dia minta sayang rehat...abang pun nak sayang rehat secukupnya" ujar Mikael tegas walau hatinya kasihan memandang wajah sang isteri yang monyok macam kuih talam kena lenyek. 

"Alaaaaaaaa....Bosan laaaa....hmmmmm" panjang Damia mengeluh.

Damia tersentak bila tiba-tiba tangan Mikael menarik tubuhnya duduk di atas riba Mikael. Mentang-mentang la tubuhnya kecil dan ringan, mudah saja bagi Mikael untuk mengangkatnya sesuka hati. Pantas tangan Mikael mencapai remote dan memadam televisyen. "Kalau bosan...meh abang hilangkan kebosanan sayang tu..." Mikael tersenyum nakal memandang Damia.

"Noooooooo... Doktor tak bagi... " belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya bibir Mikael sudah melekap di bibirnya. Terpejam mata Damia menerima urutan bibir dari Mikael. Asyik dan semakin hangat mereka berkucupan dengan tangan Damia naik memeluk tengkuk Mikael. Terbuka sedikit mata Damia bila tangan Mikael masuk ke bawah bajunya dan meneroka meraba perut serta mencari buah dadanya.

Damia khayal dalam nafsu dunia ciptaan Mikael. Segalanya indah pada dirinya. Sewaktu tangan Mikael melepaskan cangkuk baju dalam dan meramas perlahan buah dadanya, desahan kecil terlepas dari bibirnya, terasa semakin asyik dan erat dirasakan ciuman mereka, rasa tidak mahu melepaskan bibirnya dari bibir seksi Mikael. Mikael benar-benar membuatnya gila.

Pengalaman yang ada digunakan sebaiknya oleh Mikael, diurut dan dikulum bibir comel Damia, dibelai dan dielus lembut serata kulit halus isterinya. Merah serata leher dan dada Damia digomol Mikael. Desahan Damia mendera emosi dan nafsu Mikael. Kalau diikutkan nafsunya mahu saja dikendong Damia masuk ke dalam bilik, tapi ditahan nafsunya yang satu itu memandangkan Damia perlukan rehat yang cukup untuk memulihkan tenaga serta dirinya.

Damia hanyut di lautan asmara Mikael. Diramas lembut rambut Mikael. Menerima segala ciuman dan belaian nikmat Mikael tanpa sebarang bantahan. Mikael mengangkat wajah memandang Damia. "Thanks sayang terima abang. I love U so much" ucap Mikael penuh romantis membuatkan pipi Damia rasa berbahang. Damia senyum dan mengucup kedua pipi Mikael. Mikael ketawa gembira. Lucu melihat Damia yang malu tapi mahu.

"Dahhh..kopi abang dah sejuk tu" ujar Damia dengan senyuman, dia turun dari riba Mikael dengan wajah yang memerah malu lalu duduk di sebelah Mikael.

Damia menunduk, kedua tangan mencapai cawan kopi untuk Mikael, perlahan dihulur pada Mikael. Mikael menghirup kopi sambil mata tak lepas memandang redup wajah Damia yang cantik dan comel. "Tak sudi balas ungkapan sayang dari abang ke.." soal Mikael, tangan meletakkan kembali cawan di atas meja.

"Mia...Miaaa...Mia jawab dalam hati je" tutur Damia serentak berlari anak ke dalam bilik sambil menekup mukanya. Mikael tertawa lucu melihat tingkah Damia yang sentiasa comel dan menghiburkan. Hatinya disulam bahagia. Kaki melangkah mengejar langkah isteri kesayangan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bulan madu Mikael dan Damia di Bali dihabiskan dengan penuh indah dan hangat sekali. Mereka berdua seperti belangkas. Tidak boleh berenggang langsung. Ketibaan mereka di lapangan terbang disambut gembira oleh Mikaeyla. Mana taknya, Mikael langsung tak melepaskan tangan Damia dari genggamannya, wajah Mikael dan Damia pula sungguh berseri-seri. Mikaeyla gembira melihat hubungan abang dan kakak iparnya nampak sangat bahagia.

"So, abang Mika dengan Mia nak balik rumah papa or rumah sendiri dulu?" tanya Mikaeyla.

Mikael yang sedang memandu menoleh Damia di sebelahnya. "Rumah papa dulu lah, kami ada belikan souvenirs untuk semua.. Penat lagi la... Lagipun banyak lagi barang tak kemas, kan sayang?" tanya Mikael melepas pandang kepada Damia. Damia membalas pandangan Mikael dan mengangguk dengan senyuman.

"Eiii...tak berpeluh ke tangan tu dari tadi tak lepas, sakit mata ni tau tak" sengaja Mikaeyla menyakat Mikael dan Damia.

Mikael ketawa manakala Damia hanya tersenyum bila disakat oleh Mikaeyla. Nak malu apa, adik ipar sendiri juga.

"Kayla jealous ke... Kalau nak macam ni kahwin la cepat..tu abang Adam dah lama tunggu" Mikael pula menyakat Mikaeyla.

"Eiiiuuuuuww... Bujang terlajak tu.. Tak nak la Kayla...abang jangan memandai nak kenen Kayla dengan abang Adam ek.." Kayla memeluk tubuh dan membuang pandang ke luar tingkap. Konon-konon merajuk. Damia dan Mikael ketawa serentak sambil Mikael menggeleng-gelengkan kepala bila mendengar perkatan bujang terlajak meluncur laju dari bibir Mikaeyla.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jururawat CintaWhere stories live. Discover now