Satu

78 6 2
                                    

               Air mata mengalir panas pada wajah aku. Segala yang terjadi masih jelas terpapar diruang minda aku. Kepala tak mampu berehat untuk mengulang tayang segala yang terjadi. Jantung dari tadi berdegup kencang dan aku pasti bukan kerana bahagia. Tetapi kerana diri diselubungi gentar dijiwa.

..

" Mama dah pesan. Jangan tidur kat luar rumah ni. Walaupun tempat kamu baring ni agak tersembunyi dari pandangan orang luar. Tetapi tetap sahaja bahaya. Tak kiralah siang ke, malam ke. Kamu tetap perempuan. Jangan ngada - ngada nak tidur diluar ni. Nasiblah bukan kamu. Lain kali kalau mama dah pesan tuh dengar. " Mama mula membebel dengan nada yang tinggi. Tanda amarahnya dia dengan sikap aku yang degil tak mendengar kata-katanya.  Sukar untuk aku gambarkan apa yang aku rasakan. Walaupun perkara tersebut tidak terjadi kepada aku. Entah kenapa aku berasa kesal. Selepas kejadian ini jangan harap aku nak tidur diluar rumah lagi.

"Tak faham mama , rumah dah banyak bilik. Ruang tamu ada. Luar juga kamu pilih." Bebel mama lagi seraya masuk ke dalam rumah.

..

Kejadian tadi belayar semula di ruang minda tanpa aku pinta.

..

Seketika sebelum kejadian tersebut terjadi.

..

Mama dengan abah sedang bersiap hendak keluar ke pekan.
Aku yang sedang bermain phone sambil bebaring di atas sofa dibahagian pangkin rumah menjadi perhatian mama.

 "Kamu jangan sampai tertidur kat luar rumah ni.  Bahaya." Pesan mama aku dengar sambil lewa. Aku terlampau khusyuk chat bersama rakan - rakan ku dilaman sosial. Membaca segala coretan mereka yang aku pasti banyak tokok tambahnya. 

" Dengar tak? ." Soal mama apabila aku tidak memberi respon dengan nasihat yang telah diberikan.  

"Ya ma. "Jawap aku ringkas.  Leka dengan dunia aku sendiri. Dari pandangan sisi Aku dapat lihat mama hanya geleng kepala dengan sikap anaknya yang degil seorang ni. 

Seketika selepas mama beredar,
Aku tertidur. 

"Dik bangun"

.
 
Aku masih lena dibuai mimpi dipetang hari. Dengan angin waktu petang. Sangat mengasyikkan.

"Dik.. Bangun diik.. " kali ini suara itu beserta goncangan kuat pada tubuh badan aku. Perlahan-lahan aku buka mata.

"Hmm..kenapa?." Jawap aku bernada geram kerana tidur lena aku diganggu.

"Alhamdulillah ".  Perkataan pertama yang ayah aku ucapkan saat aku membuka mata. Aku pandang ayah dengan wajah keliru.

"Kenapa ni? ". Soal aku masih buntu dengan situasi tersebut. 

"Adik okay? .. ada pape jadi tak?".  Soal mama setelah aku duduk dari pembaringan. Soalan dari mama mengundang kedutan pada dahi aku. 

"Haa??.. okay je.. kenapa? "..  soal aku dengan rasa keliru.

"Betul okay? , Adik tak ada kena kacau ke , dengar apa apa ke ?"..  soal mama ingin kepastian. Aku jawap dengan anggukkan kecil. Setelah mendapat jawapan dari aku itu mama bergegas mengatur langkah ke rumah jiran . Aku yang masih buntu dengan keadaan tersebut bergegas mengikuti langkah mama. Setelah beberapa minit berlalu kami tiba dirumah jiran yang berada selang  sebuah rumah dari aku. Di lamannya  penuh dengan penduduk kampung. Mama mencelah di dalam kumpulan manusia itu.  

Jerut ( Complete )Where stories live. Discover now