Tujuh ( Khai )

22 5 0
                                    

Dari jauh aku dapat lihat matanya yang merenung aku kehulur kehilir meminta bantuan bagi menunjukkan arah ke meja pendaftaran pelajar tahun pertama dan akhirnya aku sampai kepadanya. Dia hulur senyum.

"Jom saya tunjuk. " ucapnya seraya melangkah. Dia hulur senyuman kecil. Aku dapat dengar orang berkata buruk tentang aku dan dia. Tapi dia hanya berjalan tanpa ambil kisah. Akhirnya aku sampai di meja pendaftaran.

"Terima kasih. " Aku ucapkan ikhlas kerana kesudian dia. Dia yang berwajah lembut itu aku renung dengan teliti. Dengan harapan wajah itu akan aku cari nanti. Aku sehabis baik menghafal wajah ayu miliknya. Dia hulur senyum. Aku terpaku.

Tetapi siapa sangka. Aku tidak lagi bertemu dengan dia sejak hari itu. Penat aku pusing kolej hanya untuk melihat wajah dia. Tetapi tidak juga aku temukan.

--

Hingga Hari yang aku tunggu tiba.

Wajah dia berjaya juga aku temukan.

Dia sedang duduk bersendirian di cafe kolej menikmati hidangan. Dengan segera langkah aku atur kepadanya. Segala gemuruh aku buang agar pertemuan ini tidak sia-sia.

"Hai. "

Aku dengan berani tegur dia. Setelah teguran itu aku cuba hulurkan senyuman khas buat dia. Dia pula seakan terpaku. Aku tarik nafas panjang. Kerusi dihadapan dia aku duduk dengan selamba. Aku dapat melihat mata orang sekeliling yang memandang aku dan dia.

"Tak kenal i ke?. " soal aku kepada dia. Agak terasa kerana dia tidak cam wajah aku sedangkan wajah dia saban hari tidak pernah aku lupa. Aku capai air dia bagi menghilangkan baran aku.

Tanpa aku duga, dia bingkas bangun dan beredar.

Aku dapat dengar suara - suara murah yang menghina dia. Aku hafal wajah mereka.

--

Sudah seminggu aku tak dapat jumpa dia.

Dalam diam aku rindu. Baran milik aku juga sudah bergelora.

Tiba - tiba.

"Hai you.. "

Satu suara yang aku pasti sengaja dibunyikan seakan mengoda. Aku lihat siapa yang berani menegur aku. Setelah melihat wajah dia, aku tidak dapat sembunyi senyum sinis. Teguran dari mereka aku biarkan berlalu.

"Alaaa. why you tak layan kitorang?."

"Janganlah sombong you.'

"kitorang cantik tau. you mesti akan suka dengan kitorang. "

Mendengarkan ayat tersebut hampir membuatkan aku ketawa geli.

"Hye you. Kita sama kelas tau. Selalu I tengok you sorang. Jom lah kawan dengan kitorang."

"Jom lah keluar dengan kitorang."

Aku mula rimas dengan situasi ini. Aku cuba ukir senyum plastik.

"you all nak ke lepak dengan i malam ni?. "

Aku pelawa selamba. Baran dalam Dada perlu Aku lepaskan juga. Aku rasa ini merupakan masa yang sesuai untuk membebaskan.

Aku masih ingat wajah - wajah ini yang berkata nista tentang dia.

"Akhirnya.. dapat pun dengar suara you. "

"Ofcourse we all nak join you lepak. "

"Okay. Nanti kita jumpa balik ye. I Ada urusan nak bincang dengan prof." Segera Aku bangun dan tinggalkan mereka. Aku perlu aturan teliti untuk malam ini.

--

Malam itu tiba juga.

Aku bawa mereka naik kereta yang aku sewa. Aku lihat mereka yang berhimpit di tempat duduk belakang dengan pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh mereka. Aku geli melihatnya. Murah.

Jerut ( Complete )Where stories live. Discover now