Dua

45 4 0
                                    


-

Aku masuk kedalam bilik dengan senyuman lebar yang tidak mampu aku sembunyi.

Badannya yang diselubungi dengan selimut aku peluk erat. Dengan segera senyuman manis dia ukir.

Benar. Senyuman itu yang memikat aku suatu ketika dahulu. Tidak, sampai sekarang aku masih mencintai senyuman itu. Kerana wajah dia yang tenang itu aku terpikat dan terikat. Perlahan - lahan mata dia buka. Mata yang tenang itu turut membawa ketengan buat aku yang melihat. Tengelam dalam keindahan matanya yang penuh dengan isi yang tidak siapa bakal fahami.

"Sayang?. "Suara dia yang serak - serak basah itu mencuri minat aku dari mata yang mengasyikkan itu. Suara yang setiap malam mendendangkan lagu lunak buat aku hanyut ke alam mimpi. Suara yang melamar aku kedalam dunia indah miliknya.

"Hye, lenanya tidur." Ucap aku perlahan. Rambutnya yang sedikit serabai itu aku rapikan. Matanya kuyu dan hampir terlelap lagi. Letih barangkali. Tangannya Mula melingkar disekitar pinggang aku. Aku hanya ukir senyum dengan sifat manjanya yang sentiasa menghiburkan aku. "Lapar tak? , kalau lapar i masak.. " Soalan aku dijawap dengan anggukkan.

"Nak request menu boleh?. " Soal dia penuh manja. Ya, dia lelaki segak yang penuh kekuatan dan sasa tetapi tingkahnya bersama orang tersayang terlampau manja. Dan sifat itu sentiasa merupakan bukti dia sangat berharga.

"Mestilah boleh, you nak apa?. " soalan itu berjaya membuatkan dia mengukir senyum lagi.

"Emm.. emm.. apa - apa pun i okayh, asalkan benda tuh air tangan you." jawap dia. Aku ketawa terlampau senang dengan tingkahnya.

" Cis , tadi siap request menu lagi . Bila orang tanya itu pula jawapan dia." Aku cubit pipi dia pelahan. Dia hanya ketawa.

"Sayang happy?. "Soal dia tiba - tiba. Aku ketawa perlahan. Faham benar dengan soalannya. Pipinya aku usap perlahan. Matanya memancarkan keinginan untuk dengar pujian. Seperti kanak - kanak yang sentiasa inginkan pujian selepas melaksanakan sesuatu yang kita minta .

"Takkan tak happy, mestilah happy. "Jawap aku dengan senyuman yang mengambarkan bertapa aku bahagia. Lagi sekali dahinya aku cium. Dia suka dengan tingkah aku yang satu itu. "Thanks Sayang.... Sekarang kita boleh hidup bahagia. "Ucap aku lagi tanda penghargaan atas kerjanya hari ini.

"Belum selesai lagi sayang." balas dia dengan nada perlahan yang aku yakin dia tidak bermaksud untuk aku mendengar. Aku sedikit terkejut apabila dia berkata sebegitu.

"Why belum selesai lagi? " soal aku dengan segera. Raut wajahnya menunjukkan bertapa soalan aku itu memang tidak sama sekali dia jangkakan dan akhirnya , Soalan aku itu dijawap dengan segihan.
.
"Sayang kata nak masakkan untuk I...." ucapnya dengan segera. Bila dia berkata sebegitu aku tahu dia tak nak aku tahu tentang sesuatu.

'Ada perkara belum selesai ?.' ayat itu tertanam rapi dikotak fikiran aku.
Dan akhirnya, aku buntu apa lagi yang belum selesai seperti yang di nyatakan.

"Okayhlah. I nak pergi masak." Aku bingkas bangun dari pembaringan. Dia menganggukan kepala dengan laju. Tangannya melambai seolah menghalau aku keluar dari bilik itu. Sebelum aku tutup aku dapat melihat dia dengan segera membuka telefon bimbit Dan menaip sesuatu. Pintu aku tutup dengan perlahan. Aku menuju ke ruang dapur. Segala bahan untuk memasak aku keluarkan dari peti sejuk beku. Hari ini aku hendak masak sesuatu yang dia sangat gemari.

"Khai tuh bila nak bangun?". soal ayah. "Dia tuh duk terperap je dalam bilik tuh tahu atau tidak kejadian tadi tu ." Soal ayah lagi . Mungkin marah dengan sikap khai yang hanya duduk didalam bilik tanpa bertemu keluarga aku." Kamu dah nikah nak dekat dua tahun dah, bila nak ada baby?. " soal ayah dengan nada yang sama.

Jerut ( Complete )Where stories live. Discover now