02

177 34 5
                                    

tiga tahun kemudian

jiwon tersenyum gembira saat dia melihat salji turun dengan lebatnya. dia menilik jam di dinding kedai itu. lagiblima minit, waktu kerjanya akan berakhir.

" dia tak jemput aku ke? "

jiwon mula menelefon younghoon. risau pula kalau dia dah pulang nanti tapi younghoon datang menjemputnya.

" tak angkat..." serentak keluhan berat dilepaskan olehnya.

dia mula melangkah meninggalkan kawasan itu. berkali-kali dia cuba menelefon lelaki itu namun masih tidak berjawab. kemudian matanya dapat menangkap susuk tubuh seseorang.

" younghoon? "

jiwon tersentak sebaik saja melihat younghoon bermesra dengan gadis lain. bukan setakat bergelak tawa tetapi siap mengelus lembut tangan gadis itu.

" dah. jangan tengok tu lagi. " seseorang dari belakang jiwon mula menghalangnya pandangannya menggunakan telapak tangan.

" nuguㅡmingi? "

mingi memandang tajam ke arah jiwon dan memegang kedua-dua belah bahu jiwon.

" kali ini dengar cakap aku. jangan berpaling ke belakang. " kata mingi.

serentak jiwon berpaling ke belakang dan kemudian memandang ke arah mingi semula. dia mula rasa menyesal dengan tindakannya tadi.

kelihatan younghoon berciuman dengan gadis tadi membuatkan hatinya lebih sakit.

air matanya mula mengalir. dia berjalan sambil memandang ke arah kepingan salji yang turun. dia memang bodoh sebab percayakan lelaki seperti younghoon.

" jiwon-ah, kau tak okay ni. Biar aku hantar kau balik. " satu lengan merangkul bahu jiwon.

mingi. dia takut bila melihat gadis itu seperti hilang kawalan. langkahnya lemah longlai seakan-akan tiada tenaga.

" saya nak minum. awak temankan saya, boleh? " soal jiwon dengan tangisan yang masih lagi mengalir pada wajahnya.

perlahan -lahan mingi menganggukkan kepalanya. Tangannya dihulurkan kepada jiwon. lantas gadis itu menyambut tangannya.

jiwon, walaupun dah tiga tahun...aku tak pernah berhenti sukakan kau.

CHANGE | 민기Where stories live. Discover now