09

104 19 0
                                    

song mingi's pov

" guanlin, kau ada nampak jiwon tak? " soal aku.

" oh, dia baru aje lalu tadi. by the way, sejak bila hyung jadi saem ni? "

aku menggaru kepala aku dan tersengih. bahunya aku tepuk perlahan dan aku mahu meminta diri.

" maaflah, guanlin. aku pergi dulu tau. ada hal. " segera kaki dilangkahkan.

aku mencari kelibat jiwon namun masih tidak kelihatan. ish, ke mana agaknya dia ni menghilang. dari pagi tadi aku tidak sempat melihat wajahnya.

" kim saem. " kata aku sambil mendekatinya.

" oh min-mingi. a-awak nak apa? "

aku tersenyum nipis.

" kau okay? " gadis itu mengangguk perlahan. jelas sekali yang dia tak okay. senyumannya itu...cuma senyuman palsu.

" dia ada telefon kau lagi ke? " soal aku.

" siapa? "

look. jiwon ni memang sengaja. dia suka buatkan aku rasa risau macam ni. dia boleh saja ceritakan segalanya pada aku tapi dia buat keputusan untuk rahsiakan segalanya.

" dia. kau tahu kan aku maksudkan siapa? "

jiwon mengangguk perlahan dan menundukkan kepalanya. aku dapat melihat air-air jernih jatuh ke atas lantai.

" dah. berhenti menangis. jangan bazirkan air mata kau untuk lelaki seperti dia. "

aku menarik jiwon masuk ke dalam pelukan aku. jiwon, aku harap kau kuat. tolong lupakan dia. lupakan lelaki yang langsung tak berguna buat kau tu.

" aku tak suka tengok kau macam ni. aku nak kau kuat. "

" terima kasih. " perlahan-lahan dia meleraikan pelukan itu. air matanya diseka segera dan dia membetulkan solekannya yang mula rosak.

aku tersenyum ke arah jiwon. i hope she's okay.

CHANGE | 민기Where stories live. Discover now