08

104 19 0
                                    

kim jiwon's pov

" hyung ni hebatlah. pandai main basketball dan pemurah hati. " kata guanlin.

pemurah hati tu mestilah sebab mingi berikan snacknya kepada guanlin. sebab itulah budak tu tak berhenti memuji.

" kau ni asyik nak memuji je. dah dapat tu berterima kasihlah. " kata junho.

" terima kasih hyung! "

mingi hanya tersenyum. dia menghulurkan susu strawberi kepada aku. siap tolong cucukkan straw lagi.

" jadi hyung dan noona ni ada apa-apa hubungan ke? " soal guanlin. serentak bahu milik guanlin disenggol oleh junho.

" doakan yang baik-baik saja. "

mingi ni kan. dari tadi aku perhatikan dia ni.

" kami berdua minta diri dululah. bye! " segera junho menarik lengan baju guanlin dan mula mengatur langkah pergi dari situ.

" hyung! jumpa lagi! " sempat lagi guanlin menjerit sebelum junho menyeretnya masuk ke dalam bangunan sekolah.

aku memandang ke arah mingi. ya, aku masih keliru dengan kata-katanya tadi. doakan yang baik-baik? apa maksudnya?

" mingi, apa maksud awak tadi? "

mingi memandang ke arah aku dan tersenyum lebar.

" aku sukakan kau. tak, dari dulu lagi perasaan ni tak pernah berubah. " kata mingi.

jadi selepas aku tolak confession dia dulu, dia masih lagi sukakan aku? yah, song mingi. kau memang dah hilang akal. kenapa kau sukakan aku yang sebegini rupa?

mingi memegang plastik makanan itu dan menghulurkan tangan ke arah aku. aku pula melemparkan pandangan pelik ke arah tangannya itu.

" jom balik. "

aku menepuk tangannya sekali dan terus berjalan meninggalkannya. song mingi, kenapa kau buat aku tak senang duduk?

CHANGE | 민기Where stories live. Discover now