21

88 18 0
                                    

kim jiwon's pov

aku menatap satu persatu wajah yang berada di dalam kelas ini. hm nampaknya hari ni hari terakhir aku untuk bertugas di sini.

" hari ni merupakan hari terakhir sayaㅡ"

" alaaaa. " berleret suara anak-anak murid aku.

serentak terasa sebak di dada. aku terdiam dan tak mampu mengungkapkan kata-kata kepada mereka. bagi aku, perpisahan ini sesuatu perkara yang jahat.

" saya minta maaf kalau ada terbuat salah pada awak semua. kalau ada yang terasa hati, tolong maafkan cikgu tau. "

" arraseo, kim saem! "

aku tersenyum ke arah mereka semua. memori indah yang tercipta di sini takkan dapat terpadam dengan mudah. hari-hari indah aku di sini bakal berlalu.

kring

itu bunyi loceng. bermakna waktu pembelajaran hari ini telahpun tamat. begitu juga dengan tempoh aku mengajar.

" terima kasih semua. " kata aku.

serentak ketua kelas, jeongin berdiri dan memandang ke arah aku.

" kelas, bangun! "

seluruh pelajar di kelas itu berdiri dan tersenyum ke arah aku.

" terima kasih, kim saem! " kata mereka semua secara serentak.

aku tersenyum lebar ke arah mereka. air mata sempat diseka sebelum mereka melihatnya. segera aku beredar dan menuju ke bilik guru.

satu kotak hadiah yang berada di atas meja aku dibuka dan kelihatan gambar guanlin berada di dalamnya.

" ish, budak bertuah ni. "

senyuman aku mati selepas melihat gambar terakhir. guanlin diikat di atas kerusi dan terdapat tompokan darah pada baju sekolahnya. segera aku berdiri dan menelefon song mingi.

" awak, kita kena selamatkan guanlin. "

CHANGE | 민기Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora