05

129 26 0
                                    

kim jiwon's pov

kami berdua saling berpandangan. bukannya aku sengaja heret dia ke sini. aku cuma perlukan seseorang untuk menghantar aku ke sini.

" ini bukan ke..."

" ya, sekolah kita. awak teman saya pergi jumpa cikgu sekejap. "

serentak lengan aku dicapai oleh mingi. aku rasa dia tak selesa nak masuk ke dalam sekolah ni. mungkin kerana zaman silamnya.

tapi bagi aku dia dah berubah. dah tak nampak macam penyangak.

" awak tak nak masuk? "

perlahan mingi menganggukkan kepalanya. tangan aku memegang kedua-dua belah bahunya dan tersenyum ke arahnya.

" alaa awak relaks jelah. kalau cikgu tanya apa-apa nanti saya back up awak. " kata aku sambil mengenyitkan mata ke arahnya.

aku mula berjalan meninggalkannya. barulah aku sedar tindakan aku tadi. perlahan aku menepuk dahi aku. kenapa kau kenyit mata padanya?

" tunggulah. "

mingi mula mengejar langkah aku dan kami berdua masuk ke dalam kawasan sekolah itu. perlahan mata aku melilau ke sekeliling kawasan sekolah itu. masih sama seperti dulu.

" awak, ada nampak cikgu lee jaeseol? " soal aku kepada pelajar yang lalu di koridor itu.

" oh, cikgu lee ada di bilik guru. "

aku menganggukkan kepala dan tersenyum ke arahnya.

" gomawo. "

aku dan mingi berjalan menuju ke bilik guru. sempat lagi aku melabuhkan pandangan ke arah mingi. dia seakan-akan tidak senang duduk.

" jom masuk. " kata mingi.

pintu bilik guru itu ditolak dan kami berdua menyapa cikgu lee jaeseol.

" jiwonㅡeh mingi pun ada sekali. kamu berdua ni ada apa-apa ke? " soal cikgu jaeseol.

aku hanya mampu tersenyum kekok. tiada apa-apa yang terjalin antara kami berdua.

" cikgu doakan yang baik-baik saja buat kami. " aku memandang ke arah mingi. kata-kata yang keluar dari mulut mingi itu membuatkan aku tersentak.

nak doakan apa kalau kami berdua bukannya ada apa-apa. ceh, tak teringin pun nak ada apa-apa dengan kau.

CHANGE | 민기Where stories live. Discover now