06

116 25 0
                                    

jiwon's pov

" cikgu nak beritahu apa? " soal aku.

Tujuan aku datang ke sini sebab nak dengar berita baik dari cikgu jaeseol. Katanya tak seronok jika mereka berita itu diberitahu melalui corong telefon.

Sebab itulah aku berada di sini.

" oh, kamu ingat tak tentang permohonan kamu termpoh hari? "

Permohonan? Sekejap, aku cuba nak hadam satu-satu perkataannya.

" ish kamu ni. Buat-buat lupa pula tentang permohonan jadi cikgu ganti tu. "

" oh ya! Saya betul-betul terlupalah cikgu. " aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.

Aku sendiri yang mohon dan aku sendiri yang terlupa. Takkanlah ingatan aku dah tak kuat?

" permohonan awak diterima. Tahniah cikgu kim jiwon. "

Aku terkedu. Mulut ditekup menggunakan telapak tangan dan aku tidak percaya dengan berita ini. Aku baru saja diterima menjadi guru ganti di sini?

" betul ni? " soal aku.

" yelah, atau awak nak saya tarik balikㅡ"

" tak! Terima kasih! " aku tersenyum gembira. Pandangan dilemparkan ke arah mingi.

Tak perlulah aku bekerja di kafe itu untuk sementara waktu. Aku mohon ni pun sebab kafe tu akan dibaik pulih dan aku tak mahulah menganggur sepanjang masa.

" cikgu...ada jawatan kosong lagi tak? " soal mingi.

Takkanlah dia nak jadi guru di sini juga?

" setakat cikgu sukan tu adalah. Sebab cikgu kelas tu baru saja masuk hospital. Patah kaki. " kata cikgu jaeseol.

Mingi mula tersenyum.

" boleh ke saya gantikan dia? "

" boleh sebab tak ada sesiapa pun yang sudi ganti cikgu tu. Baguslah mingi. Awak dah banyak berubah. " kata cikgu jaeseol.

Perlahan lelaki itu melemparkan senyuman manisnya. Jadi, mingi dan aku akan mengajar di sekolah yang sama? Atau lebih tepat lagi sekolah lama kami?

" terima kasih, cikgu! "

" saya ada kelas ni. Awak berdua bolehlah pusing-pusing dulu sekolah ni sebelum balik rumah. Mana tahu boleh mengimbau kenangan lama. "

Perlahan-lahan cikgu jaeseol mengatur langkahnya keluar dari bilik guru itu. Aku memandang ke arah mingi dan dia hanya tersenyum lebar.

" apa? Saya pun tengah menganggur. Tak salah kan? "

Aku menggeleng perlahan.

" jom pusing-pusing sekolah ni. Rindu pula. "

Aku pandang ke arah tangan aku yang digenggam erat oleh mingi. Kami berdua berjalan keluar dari bilik guru.

Entah kenapa aku dah tak rasa benci pada mingi. Dulu bukan main lagi benci. Meluat bila pandang wajah dia. Kau dah banyak berubah, mingi.

CHANGE | 민기Where stories live. Discover now