03

160 27 4
                                    

song mingi's pov

aku memandang sayu ke arah jiwon. dia masih lagi meneguk beer itu seakan-akan tiada hari esok. aku agak terkejut bila terserempak dengan dia tadi.

aku sangkakan dia dah berpindah jauh dari sini. tapi sangkaan aku meleset jauh. dia masih lagi tinggal di kawasan ini.

" mingi...kenapa awak tolong saya tadi? " soal jiwon.

" akuㅡ"

" thank you, tanpa awak tadi mesti saya dah hilang kawalan. " jiwon mencapai tangan aku dan menghadiahkan senyumannya kepada aku.

" dahlah jom balik. Dah lewat malam ni. "

Dia menggelengkan kepalanya dengan laju. Bibirnya dimuncungkan dan wajahnya mula berona merah.

" tak nak...nak minum lagi. "

Giliran aku pula untuk menggelengkan kepala. Aku berdiri dan membantunya untuk berdiri dari tempatnya. Aku sangkakan dia akan membantah namun dia hanya berdiam diri.

" jom balik. Biar aku hantar kau sampai ke rumah. "

" arraseo, song mingi. "

Kami berdua keluar dari kedai itu selepas aku membuat pembayaran. Kelihatan jiwon mengusap-usap lengannya. Mungkin kerana kesejukan dan dia tidak memakai coat sekarang ini.

" nah. " coat milik aku diletakkan pada bahunya dan dia memandang ke arah aku.

" tak apalahㅡ"

" tolong jangan tolak pemberian aku, jiwon. "

Perlahan-lahan gadis itu mengangguk dan menyarung coat itu pada tubuhnya. Aku membuka pintu kereta dan kami berdua masuk ke dalam perut kereta.

Aku tak suka tengok kau bersedih macam tadi, jiwon.

CHANGE | 민기Where stories live. Discover now