07

117 22 0
                                    

song mingi's pov

aku pandang ke arah jiwon sekilas. nampaknya dia tak kisah bila tangan kami berpegangan seperti ini. ataupun dia sengaja buat-buat tak kisah.

" jom pergi snack bar. " kata jiwon.

" okay, jom. " langkah diatur ke snack bar. tempat di mana setiap pelajar pergi untuk membeli snack dengan harga yang murah.

" kau ambillah sebanyak mana yang kau nak. aku bayarkan. " kata aku.

" heol jinjja? "

belum sempat aku menjawabnya, dia terus memilih snack dan meninggalkan aku di situ. aku berjalan mengekorinya dan memilih beberapa snack untuk aku.

" cukup tak? " soal jiwon lalu menunjukkan beberapa snack yang berada pada tangannya.

" cukuplah. ambillah air dua. nanti kita lepak dekat padang sekolah. "

" eung! "

snack yang berada pada tangan jiwon aku ambil dan aku menuju ke kaunter. kelihatan jiwon kembali dengan dua kotak susu strawberi.

aku membuat pembayaran dan kami segera menuju ke padang sekolah. kelihatan beberapa pelajar sedang bersukan. macam seronok saja bila lihat mereka bermain basketball.

" awak nak join diorang ke? " soal jiwon.

mana dia tahu?

" awak! dia nak join team boleh ke? " soal jiwon kepada pelajar yang sedang berehat di tepi padang itu.

" boleh! lagipun kami kekurangan seorang ahli. " kata pelajar itu. guanlin? apa ke peliknya nama dia ni.

" awak dengarkan? makanan tu biar saya pegang. " jiwon terus merampas plastik makanan itu.

dia duduk di bahagian tepi padang dan diikuti oleh aku. aku agak malu untuk menegur pelajar di sini. ceh, dulu boleh je kau tegur semua pelajar sampai mereka larikan diri daripada kau.

" hyung! duduklah sini. " guanlin menarik aku duduk di sisinya.

" jaga dia baik-baik tau. dia ni bekas samseng sekolah ni. " jiwon tersengih.

bekas. aku dah banyak berubah selepas jiwon beritahu yang dia bencikan aku. hm, aku agak terkilan sebab dia tolak aku macam tu saja.

" wow! jadi hyung ke song mingi tu? the legend dekat sekolah ni. "

aku menggaru kepala aku. rasa kelakar pula bila aku teringat semula. itulah perkataan yang akan aku ucapkan selepas aku membuli pelajar lain.

" ingat nama ni. song mingi the legend. "

" hyung, jomlah. dah nak mula ni. "

aku memandang sekilas ke arah jiwon dan tersenyum lebar. perkara sekecil ini pun boleh membuatkan aku gembira. terima kasih, jiwon.

CHANGE | 민기Where stories live. Discover now