ᶜ ʰ ᵃ ᵖ ᵗ ᵉ ʳ ᵒ ⁿ ᵉ

262 38 16
                                    

"Areum masuklah,buat macam rumah sendiri ya"

Areum melabuhkan punggung di atas sofa yang berwarna kelabu muda lalu diambilnya kucing parsi di sebelahnya.

"Luluuu,eeee makin cantik lah bulu dia.Mommy kenapa sunyi je ni"Areum menjenguk  ke kiri dan ke kanan nya.Kebiasaanya waktu begini suara kanak-kanak dan seorang lelaki akan bergema dalam rumah agam ini.

"Ouh Jin keluar kejap,budak-budak ikut sekali.Kenapa rindu Si dia ke?"Puan Kim mengusik

"Ish mommy ni,saya tak ada perasaan dengan Seokjin lah"

"Mana lah tahu.Lama-lama suka juga kan"Puan Kim menghirup teh yang dia telah sediakan tadi untuk minum petang.Nasib baik dia buat lebih.

Dia dan Puan Kim amat rapat seperti ibu dan anak.Ibu Areum meninggal dunia semasa dia melahirkannya.Ayahnya pula mati kemalangan pada tahun lepas.

Dan pada tahun lepas jugalah dia kenal Puan Kim sekeluarga.Puan Kim sangat baik,kelurganya juga.Jadi dia tak berasa kekok untuk ke rumah Puan Kim pada waktu sebegini.

"Mommy Jin dah balik"Seorang jejaka tinggi masuk ke dalam.Dua-dua belah tangannya mendukung kembar tak seiras yang berumur 4 tahun

"Ouh Jin.Baru tidur ke budak dua orang tu"Tanya Puan Kim dan bingkas bagun untuk mengambil salah seorang budak dari dukungan Seokjin.

Mata mereka bertembung lalu Areum menoleh semula ke cawan yang berisi teh itu lalu dihirupnya lama-lama.

"Apa lagi yang tak cukup dengan Seokjin
Areum oi.Dah pandai jaga anak ni,kahwin lah cepat-

Puffff

Air teh yang diminumnya tadi tersembur keluar.Dia mencapai sekotak tisu untuk mengelap bibirnya dan bingkas bangun mengambil kain lap.

Seokjin dan ibunya hanya ketawa halus.Senyuman mereka memang sama.Bibir terbuka sedikit dan mata menyepet.Yang berbeza hanyalah bunyi gelak tawa.Si anak seperti wiper kereta.

Manakala ibunya,gelak yang penuh sopan santun sehinggakan menutup mulutnya dengan tangan kiri.Siapa yang dapat kahwini Seokjin memang bertuah.

Pandai memasak,mengemas,menjaga anak dan menjaga ibu dengan penuh kasih sayang.
Kenapalah Areum menolak pinangannya.Tak sempurna lagi kah buat Areum?

°•°•°•°

"Mommy saya balik dulu ya,kerja banyak belum siap"Areum menyarungkan sandal lalu dibongkokkan badannya kepada 45°

"Ambil makanan ni buat makan malam.Lauk yang mommy bagi ni sikit je ni.Maaf lah"Ucap Puan Kim sambil menghulurkan bekal yang berwarna biru langit kepada Areum

"Eh tak apa lah mommy,maaf menyusahkan mommy.Terima kasih"Areum mengambil bekal yang berbentuk segi empat tepat yang diberi oleh Puan Kim sebentar tadi.

"Eh jangan berterima kasih dengan mommy lah.Lauk ni Jin yang masak"

"Ouh seokjin, thanks"Dia menoleh ke kiri Puan Kim sambil tersenyum.Di dalam hatinya bukan berbunga tetapi menahan rasa malu.Dah lah datang rumah orang nak minum petang.

Lepas itu,lauk pun diberi untuk makan malam yang dimasak oleh K I M  S E O K J I N .Sumpah lepas ni dia tak nak datang dah.

"Bekal tu kasi masa kat kolej je lah,tak payah keluar malam-malam nak hantar bekal.Bahaya"Ingatkan Puan Kim yang bercakap rupanya anak dia.Kalau aku kahwin dengan dia,mesti setiap hari kena bebel.Kata Areum dalam hati

"Ok,saya balik dulu"Areum cepat-cepat beredar.Tak sampai dua minit rumah aku terpacak di depan mata.Tak paham aku dengan lelaki ni,rumah aku sebelah dia je tapi bercakap macam aku duk kat Wuhan.Bebel perempuan yang berusia 20-an itu

Dia segera membuka pintu pagar dan menerjah masuk ke dalam rumah.Destinasi pertamanya ialah dapur.Sebelum membuka bekal makanan itu dia mencapai satu nota kecil yang berwarna pink yang dilekapkan di atas bekal makanan.Lalu dibaca dengan separa berbisik.

' Makan lah lauk ni,kalau tak habis keluarkan lauk ni letak dalam bekas awak lepas tu masukkan dalam peti.Bekas tu basuh,esok bagi time kat kolej '

Tak tahu nak cakap apa.Seokjin ingat yang Areum ni budak-budak lagi ke?Dah banyak kali dia tulis benda yang sama.Lepas tu ayat terakhir mesti dia tulis

' From:Seokjin aka your future husband '

Areum hanya layankan sahaja karenah lelaki yang sama umur dengan nya.

°•°•°•°

░ 𝙫 𝙤 𝙩 𝙚 𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚 √
░ 𝙘 𝙤 𝙢 𝙢 𝙚 𝙣 𝙩 𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚 √
░ 𝙨 𝙥 𝙚 𝙘 𝙞 𝙖 𝙡 𝙩 𝙝 𝙖 𝙣 𝙠 𝙨 ♡

𝐇 𝐈 𝐌Where stories live. Discover now