ᶜ ʰ ᵃ ᵖ ᵗ ᵉ ʳ ᵗ ʰ ʳ ᵉ ᵉ

132 23 1
                                    

"Dah tak mengamuk kan?Jom minum petang"Usik Jin sambil menatang dulang yang berwarna kelabu asap.Diletaknya di atas meja putih yang terletak di tengah-tengah taman bunga itu.

Mereka mula mengambil tempat dan menghirup teh pudina.Areum kini melihat lebih tenang daripada sebelum ini.

"Awak hiraukan je lah apa yang mommy cakap tu"Ucap Jin dengan rasa bersalah

"Mommy cakap apa?"Bingung Areum dibuatnya

"Fasal kahwin-

Sekali lagi air teh yang diminum oleh Areum tersembur.Seokjin segera mengambil tisu yang berada di tepi dulang dan diberikan kepada Areum.

"Sorry"Ucap Areum sambil mengelap bibir yang berwarna merah itu.

"Eh,saya yang patut cakap minta maaf"

"Eh tak-tak saya yang-

Secara automatiknya jari telunjuk Seokjin dilekapkan di bibir Areum.Areum tekejut dengan tindakan Seokjin,Seokjin lagi terkejut dengan tindakan drastik itu.

Mata mereka saling bertatapan.Bagaikan masa terhenti mereka menilik setiap inci wajah antara sama lain.Tetapi masa tidak akan berhenti,mereka sedar ke alam realiti dan Seokjin bingkas bangun.

"A-awak jom lah masuk,dah nak gelap ni"Ucap Seokjin sambil mengutip cawan dan pinggan ke atas dulang tadi dan ditatang masuk ke dalam rumah agam yang berwarna putih kelabu.
Areum hanya mengekori Seokjin sehingga ke dapur.

"Err awak buat apa kat sini?Awak kan tetamu,pergi lah duduk kat ruang tamu.Saya nak sediakan makan malam"Ucap Seokjin dengan teragak-agak sambil mengambil bahan masakan di dalam peti ais

"Bosan lah duk luar,nak tengok awak masak.Masakan awak sedap"Areum menjawab seperti tiada apa yang berlaku pada lima minit yang lepas.

"Tapi saya tak selesa bila orang pandang saya tengah masak"

"Kalau macam tu saya nak jalan-jalan dalam rumah ni boleh?Ok bye"Belum sempat Seokjin ingin membuka mulut Areum sudah berlari untuk memanjat tangga.Kadang-kadang Seokjin bingung,di depan mata dia ni wanita yang berumur 23 ataupun tiga tahun?

° • ° • ° • °

Seusai habis memanjat tangga Areum merayau ke seluruh tempat dari ruang tamu atas sehingga bilik tidur Seokjin.Di tingkat atas mengandungi tiga bilik.Dan salah satunya bilik Seokjin.

Dengan tidak teragak-agak dia menerjah masuk ke dalam bilik itu.Kelihatan sangat kemas.Bilik itu berbau Honeydew Havana.Wangi,bau tu sama sahaja di dalam kereta Si lelaki.Areum sudah jatuh cinta dengan bau buah tersebut.

Tanpa rasa malu dia menilik setiap ruang bilik itu.Ruang pakaian,bilik air dan ada lagi bilik di dalam? Bilik apakah itu? Tanya Areum dengan nada mahu mengetahui.Belum sempat Areum membuka langkah ke tempat itu.Tanggannya ditarik oleh seseorang.

"Siapa benarkan awak masuk ke sini?"Soalan yang ringkas tetapi terselitnya nada tegas.Areum meneguk air liurnya.Seram sejuk bila melihat muka Seokjin sebegitu.Areum ingin lari turun ke bawah tetapi di halang oleh lelaki yang lebih darinya.

"Err S-seokjin saya nak minta maaf,saya tak berniat nak masuk ke dalam bilik awak.Tetapi bau Honeydew tu kuat sangat,saya suka"Areum memberi alasan supaya Seokjin tidak berasa curiga terhadapnya.

"Ok alasan boleh terima,dah jom turun bawah makan"Ucap Seokjin sambil melepaskan genggaman.

Keadaan di meja makan memang sunyi.Mungkin Areum takut nak bersuara selepas kejadian tadi.

"Kenapa pandang muka saya macam tu?Saya makan comot ke?"Tanya Seokjin sambil mengelap tepi bibirnya

"T-tak,tak comot"Jawab Areum dengan gagap

"Ye ke,habis tu kenapa awak gagap?"

"Err,saya nak minta maaf fasal tadi.Saya tak berniat nak masuk bilil awak.Sumpah"Kata Areum sambil menunjuk sumpah kepada Seokjin

"Lah fasal itu ke,tak apa lah.Dah makan cepat,saya hantar awak balik"

"Eh tak apa lah,saya boleh balik naik teksi"

"Ah tak ada tak ada,kalau orang tu jahat macam mana.Nanti mommy marah saya.Biarlah hubby awak yang hantarkan"Usik Seokjin sekali lagi.Areum hanya membalas dengan menyepak kakinya di bawah meja yang bersegi tepat itu.

Mereka berdua gelak seperti pasangan suami isteri.Betul juga cakap Puan Kim,Seokjin ni sudah sempurna untuk dibuat suami.Tetapi kenapa Areum berdegil tidak mahu mengahwininya?Areum sudah jumpa pasangan hidupnya?

°•°•°•°

░ 𝙫 𝙤 𝙩 𝙚   𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚   √
░ 𝙘 𝙤 𝙢 𝙢 𝙚 𝙣 𝙩   𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚 √
░ 𝙨 𝙥 𝙚 𝙘 𝙞 𝙖 𝙡  𝙩 𝙝 𝙖 𝙣 𝙠 𝙨  ♡

𝐇 𝐈 𝐌Where stories live. Discover now