ᶜ ʰ ᵃ ᵖ ᵗ ᵉ ʳ ᵗ ʷ ᵉ ˡ ᵛ ᵉ

91 15 0
                                    

"Sayang,tak kesian dengan Minjun?Makan lah sikit,bahaya kalau sayang buat macam ini"Dah berbuih mulut Seokjin.Areum tetap Areum,tak akan berubah.

Seokjin bergerak menghampiri Areum lalu belakangnya menjadi tumpuan untuk dipeluk.Areum merengek tidak mahu dipeluk.Seokjin mengendahkannya.

"Kalau sayang tak makan,saya kiss sayang banyak-banyak"

"Do I care"Dengan itu berkali-kali ciuman hinggap di muka Areum

"Eiyy saya tak nak lah"Ucap nya sambil ketawa.Geli.

"Cepat makan "

"Nak awak suap"Ucap Areum dengan manja dan itu membuatkan Seokjin tekejut.Tak pernah dia melihat Areum sebegini.

Dia bingkas bangun untuk mengambil makanan dan sua ke mulut Areum.Terpapar senyuman manis di bibir Seokjin.

"Maaf Aera"Kata Areum di dalam hatinya.

° • ° • ° • °

"Awak nak keluar lagi?Teman lah saya dan Minjun.Cuba kita luangkan masa sekali sahaja"Areum memujuk dengan muka yang yang comel.

"Hmm okey lah,sayang nak buat apa?"Ucap nya sambil mengusap rambut Areum dengan lembut.

"Nak buat apa eh?Apa kita keluar jalan-jalan bawa Minjun sekali.Nak belikan baju untuk Minjun juga.Boleh?Please?Sekali je"Ucapnya sambil menarik manja lengan Seokjin.

"Saya pergi siapkan Minjun"Ucap Seokjin sambil mengangkat Minjun ke dakapan hangatnya.
Riak muka Areum berubah gembira.Setelah beberapa bulan,akhirnya dia dapat keluar dari rumah ini.Dia tidak lagi terkurung!

Areum menyarungkan dress berwarna beige dan sepasang kasut yang berwarna putih.Dia melepaskan rambutnya dan mengambil beg tangan yang sama warnanya dengan kasut lalu turun ke bawah.

Seokjin sudah berada di depan pintu utama rumahnya.Gaya yang santai,baju t-shirt yang berwarna hitam sama seperti seluarnya.

"Dah siap?"Seokjin mempamerkan senyuman ringkas ke arah Areum.Cantik.Ucapnya dalam hati

"Belum.Susu Minjun,lampin-

Seokjin mengangkat beg yang berwarna kelabu di tangan kirinya sambil ketawa kecil melihat gelagat isterinya yang kelam kabut itu.

"Kenapa tak cakap awal-awal"Kata Areum sambil mencebikkan bibirnya yang berwarna merah cair yang telah dicalitkan sedikit gincu.

"Dah,jom pergi.Nanti saya gigit bibir itu"Ucap Seokjin dengan senyuman sinisnya.

Mereka masuk ke dalam perut kereta dan segera meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.

Selepas 25 minit perjalanan,sebuah bangunan besar yang berwarna krim terpacak di depan mereka.

"Hmm awak kita pergi kedai tu dulu boleh?"Ucap Areum sambil memaut lengan Seokjin

"Tak lapar?"Ucapnya lembut.Areum menggeleng.

"Belum lagi"

"Kalau macam tu jom"Mereka masuk dan keluar.Jika kedai itu menarik,Areum akan menarik lengan Seokjin ke kedai itu.Selepas 20 minit,mereka berhenti ke restoran untuk mengisi perut yang dari tadinya mengeluarkan bunyi.

"Tadi kata tak lapar?"Tanya Seokjin dengan suara garaunya.

"Tu tadi,ni sekarang"Jawab Areum dengan bibir yang tersenyum manis

"Sebab senyuman awak lah,saya terpikat"Muka Areum sudah memerah bila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Seokjin.

"Seokjin,lepas makan ni kita pergi kedai tu boleh"Ucap nya sambil menunding kecil ke arah kedai besar itu.

"Boleh.Awak suka?"

"Suka apa?"

"Keluar ni?"

"Suka!"Ucapnya gembira seperti kanak-kanak yang baru sahaja mendapat gula-gula kapas.

°•°•°•°

░ 𝙫 𝙤 𝙩 𝙚   𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚   √
░ 𝙘 𝙤 𝙢 𝙢 𝙚 𝙣 𝙩   𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚 √
░ 𝙨 𝙥 𝙚 𝙘 𝙞 𝙖 𝙡  𝙩 𝙝 𝙖 𝙣 𝙠 𝙨  ♡

𝐇 𝐈 𝐌Where stories live. Discover now