ᶜ ʰ ᵃ ᵖ ᵗ ᵉ ʳ ᵗ ʷ ᵒ

169 25 3
                                    

Areum pantas mengambil bekal kosong semalam dan beg nya lalu menyarungkan kasut berjenama Vans.Seusai siap dia membuka pintu pagar dan terpacaknya

Seorang lelaki yang berpakain sweatshirt berwarna kelabu dan disertakan dengan seluar slack berwarna hitam.Tidak lupa juga kasut berwarna putih yang berjenama Converse .Santai sahaja pemakaiannya.

Areum segera memberi bekas makanan tadi dan dia segera menyambut.Belum sempat Seokjin membuka mulut,Areum sudah masuk ke dalam kereta honda nya.

Bukankah mereka berjanji untuk ke kelas bersama-sama?Atau lebih tepat lagi,Seokjin yang beria untuk hantarkan dia ke kolej.Areum sudah menolak tetapi dia degil juga.Banyak alasan yang diberi.Areum hanya memberi emoji ' ok ' .

Seokjin ingat dengan emoji itu dia bersetuju tetapi tak.Kecewa juga Seokjin dibuatnya.Belum sempat Seokjin mahu membuka langkah,namanya dipanggil.

"Jin,kata nak tumpangkan saya?"Mata Seokjin yang tadinya mendung mula bersinar.Dia ingat wanita itu memungkiri janji tetapi sebenarnya tidak.Seokjin mengukirkan senyuman manis kepada Areum.

"Awak ingat saya nak mengukiri janji awak eh.Saya nak ambil barang dalam kereta je tadi"Tepat sangkaan Areum itu

"Tak lah,saya err sakit perut"Tipu Seokjin sambil memegang perut dan membuat mimik muka sakit perut

"Lah kalau macam tu biar saya naik kereta saya lah,awak berehat kat rumah"Usik Areum.Dia tahu yang Seokjin tengah tipu dia sekarang.Jadi dia hanya mainkan wataknya sahaja untuk mengusiknya

"Eh tak!tak,saya tak sakit perut dah jom nanti lambat ke kelas"Seokjin segera membuka langkah ke tempat pemandu kereta dengan wajah tahan malu.Areum hanya menggeleng sambil tersenyum melihata gelagat lelaki yang berumur 23 itu.Sama seperti kembar tak seiras di rumah nya sahaja.

Yang perempuan diberi nama Kim Mikyong.Manakala yang lelaki pula Kim Minjun.Mereka anak kepada abangnya.Abangnya selalu hantar anak mereka pada hari minggu dan ambil mereka pada malam isinin.

Kadang-kadang Areum menjadi babysitter mereka berdua masa ketiadaan Puan Kim dan Seokjin.Mereka memang nakal tapi nak marah tak sanggup sebab comel sangat.

Nak gigit pun ada.Pipi merah lagi tembam membuatkan semua orang tergilakan mereka.Kalau mereka berdua buka akaun instagram mesti ramai pengikutnya.

Keadaan di dalam kereta memang sepi.Seokjin fokus dengan pemanduan dan Areum fokus kepada skrin telefonnya.Kelas yang mana dia perlu hadir.Jari runcing dia pantas bertukar aplikasi daripada aplikasi whatsapp kepada instagram.

Seokjin mula membuka mulut.

"Balik nanti tunggu dekat tempat yang sama tau"Sekali lagi arahan yang sama dia beri jika Areum tumpang dengan Seokjin

"Hmm"Itu sahaja ayat yang Areum balas.

Ikutkan hati Seokjin dia mahu lagi bercakap tetapi melihat Areum khusyuk menilik skrin telefon dia memutuskan dirinya untuk diam dan membuka radio.Dengan pemanduan Seokjin,masa yang diambil untuk ke kolej adalah 15 minit sahaja.Seokjin turunkan Areum di tempat biasa.

Areum mengucapkan terima kasih lalu bergegas  ke kelasnya tanpa menunggu.
Mereka mengambil course yang berebeza.Si perempuan juruan fesyen,si lelaki  juruan arkitek.Semasa di kolej mereka memang tak bertegur,boleh dikatakan sebagai stranger.

° • ° • ° • °

"Seokjin nak pergi mana ni?Saya nak balik"Bentak Areum

"Kita pergi makan kejap,awak pun belum lunch lagi kan"Seokjin berkata dengan nada tenang

"Tapi saya nak balik!"Suara Areum meninggi.Dia rasa tidak mahu pergi mana-mana sekarang.Badmood?Ya,dia kena marah dengan lecturer tadi kerana hasil kerja tak sempurna.
Al maklumlah , dapat lecturer yang jenis cerewet

Seokjin tahu keadaan Areum sekarang kerana semasa dia menunggu Areum,kelihatan bibir Areum sudah memuncung tiga inci semasa berjalan ke arah kereta Hyundai berwarna hitam kelabunya.Jadi,dia mahu keluar dengan Areum.Mungkin dengan itu,marah dia akan reda.

Tapi sangkaannya silap.Semasa pergi makan,Areum tak sentuh langsung makanan yang dipesan tadi.Dia hanya memuncung dengan berpeluk tubuh dan termenung.

Kalau dilihat orang mesti mereka pasangan yang tengah bergaduh.Jadi,Seokjin bercadang untuk pergi ke tempat yang mungkin Areum akan suka.

Ke rumahnya.Kenapa?Di sana ada taman bunga yang dihiasi banyak jenis bunga berwarna-warni.Areum suka akan bunga dan dirumahnya berada di bukit jadi kawasan di sana lapang.Sesuai untuk orang meredakan kemarahannya.

Sekali lagi Areum mengamuk di dalam kereta.

"Ish awak ni tak faham ke?Saya nak balik!Saya tak ada mood.Wahh bunga" Daripada marah bertukar gembira.Belum sempat Seokjin memakir kereta dengan sempurna,Areum sudah pun membuka pintu kereta dan berlari anak ke taman bunga.

Seokjin hanya tersenyum melihat gelagat wanita itu.Seperti kanak-kanak riang yang baru sahaja dapat belon daripada badut.

"Comel"

°•°•°•°

░ 𝙫 𝙤 𝙩 𝙚   𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚   √
░ 𝙘 𝙤 𝙢 𝙢 𝙚 𝙣 𝙩   𝙥 𝙡 𝙚 𝙖 𝙨 𝙚 √
░ 𝙨 𝙥 𝙚 𝙘 𝙞 𝙖 𝙡  𝙩 𝙝 𝙖 𝙣 𝙠 𝙨  ♡

𝐇 𝐈 𝐌Where stories live. Discover now