Bab 2 (Bahagian 3/3)

173 2 0
                                    


          Jururawat yang bernama Maria pergi menyediakan botol susu untuk bayi mereka, of course, kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Hafiz, orang-orang disekelilingnya akan menurut.

          Isterinya menjatuhkan pandangan dari terus menatap tepat anak mata Hafiz. Dia tak mampu merenung lama-lama mata suaminya. Suaminya terlalu handsome, far too handsome anyway, lagi-lagi seperti sekarang. Suaminya yang sasa kelihatan kacak berpakaian leather aviator jacket dan di belah dalam jacket tersebut, suaminya mengenakan knit pullover berwarna biru laut. Ya, cara berpakaiannya ini membuktikan bahawa malam tadi suaminya terbang dari jauh untuknya. Seluar suaminya berwarna kelabu manakala rambut suaminya agak serabut dan kelihatan ikal disebabkan rambutnya sudah mula panjang dari kebiasaannya. Dan yang selalu membuatnya berdebar, mata suaminya yang berwarna hijau kekelabuan yang setiap renungannya mampu menembusi dirinya.

          Semua tentang suaminya perfect. Level bahunya, ulas mulutnya, kening yang seperti disusun. Jawline di wajah suaminya kelihatan seperti dibuat menggunakan pembaris, kelihatan tajam.

          Nadilla sedang menepuk lembut bayi di lengannya, dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan bayi itu dan dalam masa yang sama dia cuba menenangkan dirinya sendiri juga. Adakah benar dia gila? Hazirah selalu bertanyakan soalan yang sama padanya. Kakak on drugs ke? Kakak dah hilang akal ke? Tak boleh ke kakak berfikif macam orang normal? Macam mana lah kakak boleh imagine such a thing?

          Soalan itu sentisa diajukan padanya semasa Hazirah tinggal di rumahnya, lebih tepat lagi, setiap hari. Dan sekarang dia betul-betul tidak pasti, adakah betul dia masih waras. Kenapa dia ditinggalkan di apartment milik suaminya di Kuala Lumpur, rasa terasing dan jauh dari suaminya, mengandung tetapi bapa kepada kandungannya seakan tidak ambil peduli lngsung padanya. Dan kenapa dia sendiri tidak cuba mengubah nasib hidupnya? Kenapa? Paling-paling pun, dia sepatutnya dia sepatutnya cuba menghubungi dan meminta penjelasan dari suaminya. Kenapa dia tidak pernah cuba untuk terus bercakap dengan suaminya, bukan memalui orang tengah–Hazirah?

          Berada di Kuala Lumpur seperti berada di asrama, something to be endured. Dia tidak berada dalam bahaya cumanya dia berasa tidak gembira. Ibunya tidak gembira sepanjang hidupnya. Seperti kebanyakan isteri-isteri lain, hidup ibunya dicaturkan demi kepentingan lelaki dalam hidupnya. Dan sekarang siapa yang akan mengasihinya? Fikir Nadilla. Kasihan si gadis manis dan kaya itu, mengeluh kerana dia perlu tinggal di rumah agam dan dilayan oleh pembantu rumah dan mampu berbelanja tanpa perlu memikirkan berapa baki duitnya yang akan tinggal.

          Nadilla cuba bertolak ansur, lebih penyabar dengan harapan suaminya akan muncul semula dan membuatnya rasa istimewa semula. Selama ini dia percaya akan konsep memiliki keluarga yang bahagia, itu adalah masalah terbesarnya, dan sekarang permintaannya untuk memegang anak sendiri ditolak.

          Bersikap tolak ansur, bersabar dan patuh sebagai seorang isteri mula kelihatan bodoh dimatanya. Ya, sikap-sikap ini merupakan perkara paling bodoh yang dia pernah lakukan.

          Nadilla cuba mendodoikan bayi di dalam pelukannya itu, fikirannya pusing. Bayi lelaki di dalam incubator itu wajahnya mirip suaminya, Hafiz. Kenapa suaminya tak nampak? Dia cuba mempertikaikan kata-kata jururawat yang bayi mereka telah tertukar. Tetapi jururawat itu menolak untuk memberikannya bayi di dalam incubator itu. Tegas Nadilla, sesiapa yang mempunyai mata yang berfungsi dengan baik pasti dapat melihat persamaan antara bayi di dalam incubator itu dengan dirinya dan suaminya. Kenapa suaminya tidak menyokong dirinya? Jika betul suaminya tidak nampak persamaan antara mereka, mungkin, dia betul-betul tidak waras.

          Tetapi tangisan bayi itu, langsung tidak kedengaran disebakan dia berada di dalam incubator, sangat melukakan hatinya. Begitu juga dengan bayi di gendongannya. Nadilla berasa dirinya adalah perempuan yang paling teruk di dunia ini, tak mampu menolong bayi yang didodoinya dan tak mampu juga untuk memberikan susu badannya pada bayi itu. Dia pasti bayi di dalam incubator itu adalah anaknya. Anak yang selayaknya diberikan susu badannya. Dia tahu dan pasti.

Isteriku, Anakku, Milikku.Where stories live. Discover now