Bab 3 (Bahagian 1/3)

167 2 0
                                    

            "APA YANG SAYANG CUBA BUAT NI?" Soal Hafiz pada Nadilla, fikirannya seakan buntu. Tidak pernah seumur hidupnya melihat situasi seperti ini.

           "Abang tak nampak ke anak kita tertukar? Cuba tengok baby kita ni." Perlahan-lahan isterinya membetulkan bedung anaknya dengan tangan yang sedikit menggeletar, memastikan bayi mereka tidak berasa dingin, dan menunjukkan wajah anak mereka pada suaminya.

            Sekarang isterinya mula menunjukkan kecenderungan untuk memberikan kasih sayang, tetapi pada anak siapa?

           Adakah dia juga tidak waras seperti isterinya kerana dia merasakan semua muka bayi adalah sama? Hafiz selalu berfikir dan percaya bahawa semua bayi kelihatan serupa sewaktu di bulan awal-awal kelahiran, tetapi...

          Nadilla mendodoi bayinya dengan lebih perlahan. Saat ini, air mukanya kelihatan tenang, seperti yang Hafiz ketahui selama ini. Suasana bilik susuan yang agak tegang juga sudah kembali seperti biasa, tetapi otaknya masih tidak dapat memproses akan apa yang telah terjadi tadi. Adakah isterinya ada bersubahat dengan sesiapa untuk menukar anak mereka dengan anak orang lain? Atau mungkin pihak hospital sememangnya salah dan memang betul anak mereka telah tertukar akibat kecucaian jururawat?

          "Mustahil." Ujar salah seorang jururawat, "Hospital ini mempunyai protocol yang sangat ketat. Mereka tak mungkin tertukar. Puan berdua tak boleh buat macam ni. Puan berdua salah." Tegas jururawat itu.

          "Maaf, tapi kami yakin pihak hospital yang tersalah." Liyana meningkah. "Test them. Dan kita lihat betul atau salah apa yang saya cakap."

          Hafiz ingin mencelah tetapi dia dapat melihat isterinya memandang yakin pada Liyana. Seakan menyokong apa yang dikatakan oleh Liyana. Lagipula Liyana melayan bayi lelaki di dalam dakapannya dengan penuh kasih. Macam mana kalau kata-kata Liyana betul?

          "Perkara ini diluar jangkaan saya." Celah Hafiz, cuba menghentikan perdebatan antara jururawat dan isteri serta Liyana. "Run the tests. Segera." Putusnya.

          "Baik encik, tetapi ianya memerlukan arahan daripada doktor. Saya akan telefon doktor segera." Jururawat itu memberi jaminan.

          "Bukan ke saya memang suggest untuk buat test?" rungut Liyana pada Nadilla.

          "Suara perempuan kuat takat hanya anjing je yang boleh dengar." Jawab Nadilla, secara tidak langsung dia telah menunjukkan sisi kelakarnya pada suaminya. Kali terakhir dia berseloroh begitu adalah pada minggu pertama selepas bulan madu mereka.

           Nadilla tersedar dia telah terlepas melawak, dan suaminya telah mendengar lawak bodohnya, dia serta-merta mematikan senyumannya dan wajahnya kelihatan kaku semula. Wajah kaku khas untuk tatapan suaminya. Wajah kaku ini membuatkan jiwa suaminya resah tetapi dia cuba mengabaikan perasaan itu. Fokus Hafiz sekarang adalah untuk mengetahui identity anaknya. Perkara ini lebih utama.

          Air muka Nadilla kelihatan lembut kembali apabila dia merenung wajah anaknya, Harris, yang sedang tidur lena. Dengan berhati-hati, Nadilla melepaskankan mulut anaknya dari putting payudaranya dan membetulkan gaun hospitalnya menutupi payudaranya yang terdedah. Nadilla menyandarkan dada anaknya di bahunya kemudian dia menggosok-gosok perlahan belakang badan anaknya. Perlakuannya kelihatan penuh keibuaan. Matanya terpejam dan senyuman bahagia terlukis di bibirnya sambil diperhatikan oleh Hafiz dengan pelbagai emosi menyelubunginya.

           "Puan Amrina, mungkin kita patut beri susu botol dulu sementara tunggu keputusan test tu." Saran jururawat yang mengiringinya.

           "Semuanya dah jelas," balas Nadilla. Kelopak matanya dibuka perlahan, matanya kelihatan garang. "Baby ni anak saya dan saya tak akan serahkan baby ni dekat orang lain sampailah you all terima kenyataan ni." Matanya turut ditujukan pada suaminya, ya, Hafiz tak boleh pegang anak mereka selagi keputusan ujian tak keluar.

Isteriku, Anakku, Milikku.Where stories live. Discover now