KKA?01 || PROLOG

2.2K 150 35
                                    

Panggilan yang diterima daripada Wan Hazriq Daniel disambut dengan gembira. Dia call aku untuk ajak berjumpa?! like seriously?! Dia nak lamar aku ke? oh wait.. ke dia nak bagi aku hadiah? bestnya!! Tapi suara dia lain sangat. Ada apa-apa jadi ke? Tak kisah lah mana tahu tu taktik dia je nak buat aku saspen. Dia terus tersenyum seperti kerang busuk. Siapa je yang tak kenal Wan Hazriq Daniel yang penuh dengan idea romantiknya?

Ariana Fayrie a.k.a Arin terus bangun daripada pembaringannya lalu bersiap. Tak sabar nak jumpa cinta hatinya.

Arin mengenakan skirt kembang adior berwarna dark blue, kemeja plain white dan tudung bawal berwarna dark blue. Make up dicalitnya sedikit dengan hanya gaya natural face. Dia terburu-buru keluar daripada biliknya dan bertembung dengan Emelyn Dayana merangkap bffnya dan juga housematenya.

"Arin kau nak pergi mana ni? Lawa gila!" tanya Mel.

"Adalah hehe. Tak pernah kau puji aku, baru sekarang terbuka hati kau tu alhamdulillah. Aku memang lawa." Arin kembang semangkuk.

Mel terus membuat gaya meluat. Letak kedua-dua tangan ke atas bahu,mata julingkan ke atas. puih! Nilah Arin, tak boleh orang nak puji sikit, dah kembang semangkuk. Kalau puji lagi ni dah berkembang-kembanglah. Banyak pula mangkuk yang dihabiskan. Ish ish ish.

"Walaweh kau ni nak berahsia pula dengan aku! Sampai hatikan!" Mel memuncungkan mulutnya. Selalunya tengok dalam kdrama kalau nak merajuk ni kena muncung mulut baru nampak cute.

"Dah-dah la tu. Tak payah nak buat drama sebabak air mata hingus leleh. Aku pergi kejap je. Nanti aku balik." Arin ketawa dengan cara Mel. Menghiburkan hati betul.

Mel gelak juga. Apa nampak childish ke tadi? Eleh masuk air sekali sekala best apa? Bukan dengan orang lain pun. Dengan Ariana Fayrie tercinta.

"Tak nak aku teman ke? Bahaya pula kau pergi sorang." Mel bimbang juga. Arin tu dah la cantik kecil molek. Nanti kena culik tak ke menyesal nanti?

"Takpe. Aku okeylah. Kau rehat dekat rumah. Actually, aku nak pergi jumpa Riq." Ujar Arin. Sebut je nama Wan Hazriq Daniel senyum bukan main lagi. Orang tengah kemaruk cinta begitulah.

"Patutlah bersiap kemain lawa. Nak jumpa cinta hati. Okey kau pergi je. Aku tak nak kacau orang tengah menuai cinta ni. Nanti aku juga yang jeles. Apakan daya, diriku ini tergantung tiada kekasih." Mel membuat gaya dramatik.

"Macam-macamlah kau Mel. Aku pergi dulu eh? Bye assalamualaikum."

"Hah yelah. Take care! waalaikumussalam." Mel menghantar kepergian Arin dari muka pintu.

Arin memandu kereta myvi yang dihadiahkan oleh ayahnya dengan berhati-hati. Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan dibacanya perlahan. Seketika henfonnya berbunyi menandakan pesanan whatsapp yang masuk.
Arin terus membuka aplikasi tersebut. Sekali lagi, wajahnya yang cantik menawan terus tersenyum sebaik sahaja nama Riq terpancar di notifikasi henfonnya. Mudah betul Arin menguntumkan senyumannya.

Arin menekan notifikasi tersebut. Dia sedikit hairan dengan pesanan Riq.

"Jumpa Riq dekat KLIA sekarang."

Aik takkanlah nak dating dekat KLIA? Apa kejadahnya? Tak sweet langsung. Makin hairan Arin. Selalunya kalau nak whatsapp pun ayat berbunga-bunga. Tapi kali ni? hanya beshe-beshe. Pelik bin ajaib.

Walaupun sedikit musykil, Arin bergegas juga memandu keretanya ke KLIA. Dia perlukan jawapan untuk leraikan semua kemusykilan ini.

Setelah memarkingkan keretanya, terus dia menuju masuk ke dalam KLIA itu. Matanya galak memerhati sekeliling. Mencari raut wajah kekasih hatinya. 15 minit mencari akhirnya dia dapat melihat wajah kekasih hatinya. Terus dia menuju ke arah Riq.

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now