Bab 1

3.8K 471 184
                                    

You're the best gift from the God.

Derap kakinya melangkah keluar sambil tangan menolak troli yang penuh dengan bagasi. Kaca mata hitam yang menutupi matanya langsung tidak ditanggalkan dan kakinya melangkah terus ke arah kerusi kosong untuk dilabuhkan punggung di situ.

Telefon pintar dikeluarkan untuk menelefon Ronald. Lelaki yang umur dalam lingkungan 40-an itu seharusnya sudah tiba lebih awal sebelum dia sampai ke sini. Sesungguhnya, Vanessa benci untuk menunggu.

"Hei, kau siapa? Hei, lepaskan anak aku!" Vanessa langsung tidak mengendahkan adegan yang berlaku tidak jauh daripadanya itu.

Itu bukan masalah dia.

"Matt, ikut ayah. Jangan ikut makcik gila ini!" Seorang lelaki berjambang serabai dan berkaca mata hitam itu menarik seorang budak lelaki lima tahun yang sedang menangis kerana dipisahkan oleh ibunya itu.

"Siapa yang gila sekarang? Kau atau aku? Lepaskan anak aku, orang gila!" Wanita yang berada dalam lingkungan umur 30-an itu pula turut cuba menarik anaknya daripada dibawa oleh lelaki kurang siuman itu. Figura lelaki itu sememangnya tidak menyenangkan mata. Berjambang tak terurus, berambut serabai, berjaket lusuh dan kotor.

"Mama, selamatkan Hans!" Budak lelaki itu meraung di tengah-tengah Lapangan Terbang Antarabangsa Larida itu. Orang ramai mula mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam.

"Pakcik, lepaskan budak ini. Dia bukan anak pakcik..." Tak semena-mena, lelaki yang ingin membantu wanita itu ditumbuk oleh pakcik berpakaian serabai itu.

"Dia anak aku! Dia Matt Edwin, anak aku! Aku ayah dia, Tony Edwin! Dia bukan mak budak ini! Mak budak ini dah mati!" Encik Tony menjerkah lagi. Wanita itu mengambil tindakan berani kerana tak tahan melihat anaknya meraung. Dia memukul lelaki itu dengan tas tangannya bertubi-tubi.

"Hans, lari!" Wanita itu menyuruh dan Hans terus melarikan diri dan berlindung dengan orang ramai. Tiba-tiba, Encik Tony menepis dan menampar wanita itu dengan belakang tangannya sehingga wanita itu jatuh terjelepok ke lantai.

"Mama!"

"Kau semua memang tak guna! Orang macam aku, kau semua langsung tak ambil peduli! Aku cuma perlukan kasih sayang, tapi kenapa? Kenapa kau semua pandang aku macam aku ini hina sangat? Aku pun manusia! Perlukan kasih sayang, dan perhatian!" Encik Tony mula menjadi tidak keruan. Emosinya semakin berkecamuk, amarahnya kian memuncak.

"Aku patut mati! Biar aku mati depan kau semua, supaya kau semua ingat yang aku mati sebab kau semua!" Encik Tony mengeluarkan pisau daripada jaketnya dan semua menjerit kerana terkejut. Semua terkaku daripada mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkan lelaki itu.

Pap!

"Aduh!" Tangan Encik Tony terasa sakit apabila ada sebuah benda keras dibaling tepat mengenai tangannya yang memegang pisau. Lantas, pisau di tangannya tercampak ke lantai dek balingan sebuah telefon pintar itu.

"Siapa campak benda alah ini pada aku? Uhuk! Uhuk!" Lelaki itu terbatuk di hujung amarah.

"Saya." Semua menoleh dan Vanessa menapak ke hadapan dengan tenang.

"Itu handphone saya. Boleh kembalikan pada saya semula?" soal Vanessa dengan nada tenang. Langsung tidak gentar berhadapan dengan orang yang bila-bila masa boleh menerkam dan membunuhnya itu.

"Ini handphone kau? Kau ambil semula!" Telefon pintar Vanessa dicampak ke lantai sehingga berkecai. Kening Vanessa terangkat sebelum tersenyum kecil.

"Terima kasih banyak-banyak, Encik Tony. Encik Tony dah bantu saya," ujar Vanessa dan riak wajah Encik Tony berubah.

"Terima kasih? Aku baru saja pecahkan telefon kau. Uhuk!" Dia terbatuk lagi.

NOAH VANESSA (Terbit)Where stories live. Discover now