Bab 7

2K 287 127
                                    

You're the best gift from the God.

Hari ini, Vanessa akan jalankan laparoscopy surgery untuk memeriksa tumor pada pankreas Aaron. Selepas pembedahan itu dilakukan, barulah dia boleh berbincang dengan pasukannya tentang langkah yang perlu diambil selepas itu.

Laparoscopy surgery bukanlah seperti pembedahan lain yang membuang tumor atau kanser, namun pembedahan itu dilakukan untuk memeriksa organ yang dijangkiti tumor tersebut sebelum memutuskan langkah seterusnya. Sebuah lubang kecil akan ditebuk pada bahagian abdomen pesakit dan wayar khas berkamera akan dimasukkan ke dalam lubang tadi.

Sampai saja di pejabatnya, Vanessa terus menukar bajunya kepada baju khas untuk doktor yang akan masuk ke bilik bedah, iaitu baju berlengan pendek berwarna biru tua dan seluar berwarna biru tua.

Setelah dia menukar bajunya, dia menyarungkan pula jubah doktornya. Kemudian, dia berlalu keluar daripada pejabat untuk pergi ke Jabatan Neurologi di tingkat 6.

"Doktor Jonas." Vanessa memanggil Jonas yang sedang duduk di mejanya. Lantas, Jonas menoleh dan doktor lain yang berada di situ juga turut memandang ke arah Vanessa.

"Ya, saya," ujar Jonas setelah berdiri, sebagai tanda hormat.

"Awak ada kerja lain ke sekarang?" soal Vanessa selepas itu.

"Saya kena ikut Doktor Sean dan Doktor Stanley pergi ke wad-wad untuk catat laporan pesakit. Kenapa, doktor?" balas Jonas dan menyoal semula.

"Lepas itu, awak buat apa?" soal Vanessa lagi.

"Saya kena baca laporan-laporan pesakit ini," balas Jonas sambil tangannya memegang timbunan kertas di atas mejanya. Kemudian, Vanessa mengerutkan dahinya hairan.

Itu laporan pesakit yang sudah lama.

"Untuk apa?"

"Doktor Leon suruh. Dia kata nanti dia akan tanya saya," ujar Jonas dan Leon terus membuntangkan matanya. Jujur betul Jonas ini!

Lantas, Leon berdiri daripada duduknya sebelum berkata. "Saya tak buli dia, doktor! Saya cuma nak dia tahu, kalau penyakit macam ni, apa dia kena buat selepas itu. Sumpah, saya tak buli dia!"

"Saya tak cakap apa-apa pun," balas Vanessa tenang kepada Leon. Perlahan-lahan, lelaki itu kembali melabuhkan punggung di atas kerusinya sebelum melepaskan nafas lega dalam diam.

"Ikut saya hari ini, tak perlu ikut Sean dan Stanley. Awak perlu lihat cara laparoscopy surgery dilakukan," ujar Vanessa dan Jonas membulatkan matanya.

"Saya... boleh tengok surgery dilakukan? Doktor Vanessa ke yang akan lakukan pembedahan itu?" soal Jonas sambil menuding ke arah dirinya sendiri. Dia tak percaya dia dapat lihat pembedahan dilakukan depan matanya hari ini.

Dia ke sini hanya untuk peperiksaan akhir semesternya. Jadi, apa-apa yang dia perlu lakukan hanyalah perkara-perkara ringan seperti ambil rekod pesakit, tolong kerja doktor lain dan buat apa yang doktor lain arahkan.

Dia tak sangka dia dapat masuk ke bilik pembedahan dan melihat Doktor Vanessa melakukan pembedahan itu hari ini. Sungguh dia beruntung kerana dapat melihat Doktor Vanessa melakukan pembedahan.

"Nak ke tak?" soal Vanessa dan lantas, Jonas mengangguk. Peluang keemasan!

Pintu pejabat doktor fellow dibuka membuatkan semua menoleh ke arah Sean yang melangkah keluar daripada pejabatnya itu.

"Kenapa? Ada apa-apa yang terjadi ke?" soal Sean. Hairan melihat Jonas yang beriak teruja sedang berdiri di mejanya menghadap Vanessa.

"Sean, Jonas akan ikut saya hari ini. Awak akan pergi tengok patient dengan Stanley saja. Boleh, kan?" soal Vanessa kepada Sean dan lelaki itu mengangguk kecil.

NOAH VANESSA (Terbit)Where stories live. Discover now