Bab 4

2.4K 333 109
                                    

You're the best gift from the God.

"Kecoh cerita tentang doktor baru yang ganti Profesor Murphy itu. Ada yang kata doktor itu terlalu berani, ada yang hebat, ada yang kata kurang ajar, tapi yang paling best sekali ialah, doktor itu jadi profesor tapi umur dia sebaya kita!" Noah terdengar perbualan seorang doktor di kaki lima hospital.

Lantas, dia menyembunyikan dirinya di sebalik dinding sebelum mencuri pandang ke arah dua orang doktor residentship daripada Jabatan Onkologi dan Jabatan Urologi, iaitu Doktor Jack dan Doktor Simon itu.

"Aku pun terkejut waktu ketua aku balik bilik kami, dan beritahu tentang doktor baru itu. Katanya doktor tu cantik. Betul ke?" soal Simon.

"Aku tak tahu, sebab aku tak nampak lagi orangnya yang mana satu, tapi aku tabik dengan dia. Baru first day dah terus bidas Doktor Frank. Ketua aku kata, Doktor Frank yang naik angin dulu, dan dia seorang saja yang marah-marah. Doktor baru itu stay cool saja. Serious aku tabik spring dengan doktor baru itu. Kau pun tahu Doktor Frank macam mana, kan?" ujar Jack.

"Aku tahu. Dia jenis baran, cepat naik angin dan cepat tercabar. Bagus juga doktor baru itu bash si Doktor Frank itu. Aku geram saja selama ini dengan Doktor Frank itu. Pantang ada orang tak setuju dengan dia, mulalah tarik muka. Kali ini, memang padan muka dia." Simon membalas dan Jack mengangguk setuju.

"Ketua aku kata, dia doktor yang pernah masuk TV beberapa tahun lepas sebab dah selamatkan semua penumpang di satu kapal persiaran di Kanada dulu. Katanya kapal itu nak dirampas dengan gengster, lepas itu tak tahulah apa yang terjadi, doktor baru itu operate ketua gengster itu dalam kapal persiaran itu dan berjaya selamatkan semua orang dalam itu." Simon membuka topik lain yang masih berkisarkan tentang Doktor Vanessa.

"Ketua aku pun cerita juga pada kami tadi. Aku curious, apa yang terjadi dalam kapal itu sampai ketua gengster itu minta doktor baru itu operate?" soal Jack sambil mengetuk dagunya dengan jari telunjuk. Simon hanya sekadar mengangkat bahu.

"Tapi, ada benda lain yang aku pasti." Simon memandang Jack hairan. Ada senyuman lebar di bibir Jack ketika itu.

"Apa?" soal Simon.

"Aku dapat rasakan, doktor baru itu ialah... jodoh aku," ujar Jack dan tak semena-mena, kepalanya ditempeleng oleh Simon.

"Kau jangan nak berangan, okey? Muka kau dahlah macam jambatan tak siap, ada hati nak kata doktor baru itu jodoh kau!"

"Apa salahnya? Kami sebaya!"

"Sebaya tak semestinya ada jodoh!"

Akhirnya, Noah beredar pergi dari situ. Memori di dalam Dewan SM  tadi berlayar kembali di kotak fikirannya. Tipulah jika dia kata dia tak terkejut apabila Vanessa menyatakan bahawa dialah doktor yang menyelamatkan ketua pengganas di dalam sebuah kapal persiaran di Kanada 5 tahun lepas. Kejadian itu mendapat perhatian kerajaan Larida sendiri kerana Vanessa ialah salah satu rakyat Larida yang menjadi mangsa tebusan kumpulan pengganas tersebut.

Apa yang terjadi agaknya di dalam kapal persiaran itu? Selepas hampir 30 minit mereka dijadikan tebusan, kesemua ahli kumpulan pengganas itu meninggalkan kapal persiaran dan kumpulan tentera Kanada pula datang ke kapal persiaran itu. Tiada kemalangan jiwa direkodkan, dan hanya dilaporkan bahawa Vanessa melakukan pembedahan kepada ketua pengganas itu sahaja.

"Apa yang Vanessa dah lakukan?" Noah menyoal sendirian sementara tangannya menekan butang lif.

"Mungkin ketua pengganas itu jatuh pengsan, dan Vanessa kata dia tak akan selamatkan ketua pengganas itu kalau mereka tak batalkan niat untuk rompak kapal itu?" Noah membuat andaian sendiri.

NOAH VANESSA (Terbit)Where stories live. Discover now