Bab 2

3.3K 390 298
                                    

You're the best gift from the God.

  "Saya tak tahu kenapa, tapi waktu mata saya terpandang mata dia, jantung saya macam hilang rentak. Rasa macam tiba-tiba tak ada jantung pun ya juga," ujar Noah dan Encik Philip tersenyum kecil.

  "Sebelum ini, saya tak ada pernah pun jadi sebegini, iaitu terkedu waktu pandang perempuan. Untuk kali pertama, saya terkedu bila nampak perempuan, tapi saya boleh katakan sebenarnya yang dia... lain. Saya juga ingatkan scene sebegini hanya wujud dalam drama dan novel, tapi kali ini betul-betul terjadi pada diri saya sendiri." Noah bercerita lagi. Encik Philip di sebelahnya masih setia mendengar kisahnya.

  Noah sangat rajin berkongsikan cerita dengan lelaki separa abad itu. Respon yang diberikan lelaki itu sangat positif dan berkesan. Mungkin kerana Encik Philip sudah memungut banyak pengalaman sepanjang 50 tahun perjalanan hidupnya.

  "Pakcik ada apa-apa pendapat tentang cerita saya kali ini?" soal Noah dan kedengaran lelaki itu menggumam kecil.

  "Pakcik yakin, perempuan yang kamu nampak itu sangat cantik. Betul tak tekaan, pakcik?" soal Encik Philip dan Noah diam buat seketika. Fikirannya menerawang teringatkan momen dirinya dengan wanita berambut perang keemasan itu.

  Cantik.

  Wanita itu sangat cantik. Barangkali dia bidadari yang tersesat dalam dunia manusia.

  Ah, Noah! Sedarlah!

  "Tak adalah cantik sangat pun," balas Noah dan menidakkan hakikat sebenar.

  "Hati kamu itu dah lama sangat kering tanpa basahan cinta kut, sebab itu tiba-tiba jadi sebegini. Cepat-cepatlah cari pasangan hidup, Noah. Umur kamu dah 29 tahun, kerja pun dah tetap, alasan apa lagi yang kamu nak ketengahkan?" soal Encik Philip dan kelihatan Noah tersenyum kecil.

  Betul perkara yang Encik Philip ketengahkan itu. Hidupnya sudah stabil, sudah ada kerja tetap, rumah dan kereta sendiri, jadi atas alasan apa lagi yang harus dia gunakan untuk tidak mula mencari pelengkap tulang rusuk kirinya? Namun begitu, jauh dalam hati Noah, dia dapat rasakan yang dia masih belum cukup bersedia untuk sampai ke tahap itu.

  Selalu juga dia fikir, bagaimana remaja sekarang boleh menyibukkan fikiran tentang jodoh dan cinta sedangkan mereka belum ada apa-apa harta atau sudah bersedia untuk berkomitmen dengan baik? Sedangkan Noah yang sudah lengkap bekerjaya dan berharta ini pun masih rasakan dirinya mentah untuk semua itu.

  Yang dah umur 18 mungkin masih boleh husnuzon. Mungkin mereka nak bina hidup sama-sama dan buat duit sama-sama. Cumanya, yang baru sekolah rendah, umur 18 pun belum capai dah fikir tentang jodoh.

  "Entahlah, pakcik. Saya rasa... saya belum bersedia. Saya bukan tak nak ada kekasih hati, tapi saya takut hubungan itu tak tahan lama. Saya tak nak jaga jodoh orang," balas Noah kepada Encik Philip. Lalu, Encik Philip ketawa kecil dengan jawapan Noah itu.

  "Hidup ini kita kena sentiasa bersedia. Bersedia dengan segala-galanya yang boleh dan bakal terjadi. Sebab dalam hidup ni, ada banyak kejutan. Tiba-tiba dapat kerja, tiba-tiba dipecat, tiba-tiba jatuh cinta, dan boleh juga tiba-tiba mati. Sentiasa persiapkan diri kamu untuk bersedia dengan segala kemungkinan, dan jika ada apa-apa berlaku, kamu dah tahu tindakan yang perlu dilakukan," ujar Encik Philip seraya menitipkan nasihat kehidupan buat Noah.

  Kelihatan Noah tersenyum lebar. Inilah sebabnya dia suka bercerita dengan Encik Philip. Sungguh kaya dengan nasihat dan Noah juga boleh menambahkan lagi kesedaran dalam dirinya.

  "Baik, pakcik. Saya akan ingat semua nasihat pakcik. Oh, ya! Sebelum terlupa, saya nak ucapkan tahniah pada pakcik sebab dah berjaya harungi waktu yang sukar sepanjang sebulan pakcik di hospital ini. Akhirnya, pakcik dah boleh keluar dan nikmati hidup seperti biasa semula."

NOAH VANESSA (Terbit)Where stories live. Discover now