Bab 10

2.1K 285 83
                                    

You're the best gift from the God.

  Noah terdiam.

  Vanessa pula terkedu.

  Suasana bagai didakap sepi saat dua pasang mata itu saling bertemu di dalam bilik mesyuarat khas di Jabatan Sumber Manusia, iaitu HR itu.

  Kenapa mereka sering dipertemukan sebegini?

  "Awak tunggu apa, Vanessa? Masuklah sini." Puan Sara berkata seraya mematikan lamunan Vanessa. Doktor muda yang masih di muka pintu itu seperti kebuntuan sekejap sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Tak sangka dia akan jumpa lagi dengan Noah.

  Noah pun tak sangka dapat bekerjasama lagi dengan Vanessa.

  Mereka tak sangka, takdir menemukan mereka berdua kembali di saat salah seorang daripada mereka berusaha untuk tidak saling bertembung.

  "Doktor Vanessa, ini ialah Doktor Noah Lee, fellow doctor daripada Jabatan Fisioterapi. Saya rasa tak perlu untuk saya kenalkan dia kepada awak, sebab awak pernah bekerjasama dengan dia untuk FRDA patient minggu lepas, kan?" ujar Puan Sara dan Vanessa mengangguk kecil.

  "Ya, betul."

  "Kalau begitu, saya akan terus kepada objektif saya memanggil awak berdua. Seperti yang awak berdua sudah maklum, awak berdua telah dipilih untuk pergi ke OCP kali ini. OCP tersebut akan diadakan di Levin, dan tahniah sebab tempat itu ialah tempat paling selesa berbanding tempat lain yang pernah kami adakan OCP di sana." Noah tidak fokus terhadap penerangan Puan Sara, penolong ketua di Jabatan Sumber Manusia di Queen Derin Hospital ini.

  Dia mula memikirkan bagaimana dia hendak berinteraksi dengan Vanessa selepas ini. Sikap wanita itu yang pasif, dingin dan beraura yang cukup menggerunkan ini membuatkan Noah kebuntuan cara hendak berkomunikasi dengannya. Apa dia perlu buat untuk buat Vanessa selesa dan tak dingin dengannya seperti sebelum ini?

  Ah, tertekan!

  Kemudian, Noah mencuri pandang ke arah Vanessa. Kelihatan wanita itu sedang melukis muka seorang penyanyi terkenal di tanah air iaitu Joseph Martin dan seperti tidak menumpukan perhatian kepada perkara yang diketengahkan oleh Puan Sara.

  "Noah?" Noah tersedar dan terus menoleh.

  "Ya?"

  "Are you okay?" soal Puan Sara apabila menyedari bahawa kedua-dua mereka seperti tidak fokus. Kelihatan Noah menoleh ke arah Vanessa di sebelah, namun wanita itu sibuk melukis potret wajah Joseph Martin dan tidak mengendahkan apa-apa yang berlaku di sekeliling.

  "Saya okey," ujar Noah sebelum tersenyum kecil. Kemudian, Puan Sara memandang Vanessa di sebelah Noah pula. Dia sangka Vanessa akan mengambil cakna akan bicara panjang lebarnya tadi, namun nampaknya sangkaannya meleset sama sekali.

  "Doktor Vanessa?" panggil Puan Sara dan wanita itu mengangkat wajahnya tenang. Tangannya turut terhenti melukis.

  "Awak dengar apa yang saya beritahu tadi?" soal Puan Sara dan Vanessa mengangguk tenang.

  "Ya, saya dengar." Kening Puan Sara terangkat. Dia meragui kebenaran di sebalik bicara Vanessa itu. Mana mungkin wanita itu mendengar taklimatnya tadi sedangkan wanita itu sibuk melukis potret dan tidak menandang ke arah dia langsung?

  "Apa yang saya sebutkan tadi? Sebutkan semula secara ringkas," ujar Puan Sara. Jujur dia katakan, profesor muda itu agak keterlaluan kerana tidak memberikan tumpuan kepada syarahnya tadi. Meski Vanessa ialah doktor muda berpangkat tinggi di hospital itu, namun adab dengan orang lebih tua harus dititikberatkan.

NOAH VANESSA (Terbit)Where stories live. Discover now