Bab 9

1.8K 291 120
                                    

You're the best gift from the God.

"Keputusan pemeriksaan isteri awak menunjukkan perkembangan yang cukup baik. Dia ada masalah pencernaan lagi?" soal Vanessa setelah meneliti ke arah keputusan pemeriksaan yang baru diperolehi itu. Kemudian, dia memandang ke arah pasangan suami isteri di hadapannya itu.

"Masalah pencernaan dia sudah kurang, tapi kadang-kadang jadi lagi," ujar si suami bagi pihak isterinya yang bisu itu.

"Itu kesan biasa bagi mereka yang melakukan pembedahan ileostomosis. Lain orang lain kesannya, bergantung kepada tahap kesihatan seseorang tersebut. Isteri encik antara yang beruntung kerana isteri encik tak ada banyak komplikasi lain selepas pembedahan itu dijalankan," ujar Vanessa dan si suami itu tersenyum saja.

"Hani, berikan saya rekod Puan Gina," ujar Vanessa dan jururawat yang berdiri tidak jauh daripada mereka itu mendekati Vanessa dan menyerahkan dokumen berkaitan rekod kesihatan Puan Gina.

"Setakat ini, encik ada masalah dalam menjaga isteri encik? Mungkin dalam hal bawa isteri ke bilik air, atau menukar ileum bag?" ujar Vanessa dan si suami menggeleng kecil.

"Tak ada. Saya langsung tak terbeban menjaga isteri saya," ujar si suami dan memandang si isteri di sebelahnya.

"Malah, saya gembira dan bersyukur kerana saya masih berpeluang memandang dan bersama dengannya," tambah si suami. Kelihatan Puan Gina tersenyum kecil dan wajahnya berubah riak terharu.

Hani di sebelah mereka sudah tersenyum lebar melihat kemesraan mereka berdua.

Manis sungguh!

"Baiklah, itu sudah cukup melegakan. Preskripsi ubat untuk Puan Gina masih sama, kecuali pada ubat pencernaan seperti yang saya katakan tadi. Walaupun ianya memang berkesan, tapi ianya masih mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kalau boleh, lazimi pemakanan seimbang dan banyakkan minum air kosong dan air bawang putih. Bawang putih ialah antibiotik semulajadi dan sangat berkesan untuk manusia," ujar Vanessa sambil menitipkan nasihat dan dibalas dengan anggukan si suami.

"Baiklah, terima kasih, doktor dan nurse. Sayang, mari," ujar si suami dan memimpin isterinya keluar daripada bilik konsultansi itu. Kemudian, Vanessa menanggalkan steteskop daripada lehernya dan meregangkan bahu.

"Sweetkan mereka berdua, doktor? Walaupun Puan Gina bisu, sakit dan agak leceh untuk dijaga, tapi Encik Niall masih setia dengan Puan Gina. Susah nak jumpa suami macam Encik Niall itu. Kan, doktor?" soal Hani dan setelah melabuhkan punggung di kerusi yang diduduki oleh pasangan suami isteri itu tadi.

Lalu, Vanessa memandang Hani.

"Ya, memang susah nak jumpa suami macam tu," balas Vanessa selepas itu.

"Kan! Untungnya Puan Gina dapat suami sebegitu. Cemburu pula saya. Doktor tak cemburu ke?" soal Hani dan Vanessa memandangnya lagi.

"Tak, saya tak cemburu."

"Kenapa?" Hani membuntangkan matanya.

"Sebab itu rezeki Puan Gina. Tak perlu cemburukan rezeki orang lain, sebab rezeki setiap manusia berlainan dan sudah ditetapkan," balas Vanessa dan Hani tersenyum dengan jawapan Vanessa itu.

"Sebab inilah saya suka jadi incharge nurse Doktor Vanessa untuk consultancy patient," ujar Hani selepas itu. Senyuman di bibirnya melebar.

"Ada pesakit lain lagi ke?" soal Vanessa dan Hani terus menggeleng.

"Tak, dah habis. Puan Gina ialah pesakit terakhir untuk hari ini. Esok kita sambung yang lain," balas Hani dan Vanessa sekadar mengangguk kecil. Lalu, Hani meregangkan badannya dan kemudian, dia terdiam sebentar.

NOAH VANESSA (Terbit)Where stories live. Discover now