Bab 1

45.7K 1.3K 61
                                    

Kelihatan dua jejaka idaman malaya berjalan dengan bergaya keluar dari lapangan terbang. Steven dan walter membetulkan cermin mata hitam mereka. Steven berjalan sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Mata-mata yang memandang ke arah mereka tidak dihiraukan.

"Uhh handsome siot lelaki tu" kedengaran pujian demi pujian diarahkan kepada mereka berdua. Kembang sikit!

Steven dan walter menuju ke arah sebuah kereta yang sedang menunggu mereka.

"Tuan steven, tuan walter" seorang lelaki berkot hitam tunduk kepada mereka. Dah macam menteri pulak nak di sambut!

Steven dan walter masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta,steven menghela nafas lega.

"huawww aku ngantuk siot.  pandu laju sikit eh" arah steven

"tak boleh lah tuan, kalau kemalangan macam mana? " soal Denn polos. Denn merupakan pemandu peribadi steven sebaik sahaja balik ke malaysia.

"Haih, tak pelah. Kau pandu je lah. Aku nak tidur, jangan pulak kau brek mengejut sudah" kata steven lalu menyandarkan badanya lalu memejamkan matanya.

Walter yang dari tadi diam mula mengeluarkan keropok dari begnya .

"Weii denn kau nak? " soal walter

"Err tak payah kot tuan," balas Denn teragak agak. Pelik! Memang pelik perangai tuan²nya itu. Kat luar nampak macho, tapi kat tempat lain macam budak-budak je perangai.

"Tak nak sudah" kata walter lalu kembali menyuakan keropok nya ke dalam mulutnya Sambil tangannya sibuk bermain dengan iphonenya.

***

Steven menghempaskan badannya di atas tilam empuknya. Matanya semakin lama semakin berat. Dia menutup matanya untuk berehat.

Tok! Tok!

"Steven!!! " walter masuk ke dalam bilik steven lalu mengoncang-goncangkan badan steven.

Steven merengus nafas geram. Ade je nak kacau!

"Nak ape? " soal steven malas

"Pinjam tuala boleh? Aku lupa nak bawa tuala lehh"

"Aku ade bawa lebih, tengok je kat beg aku" kata steven

"Okay, thanks! " walter segera mengambil beg steven lalu mengambil tuala.

"Dah keluar aku nak tidur" steven mengambil bantal peluknya lalu menutup matanya

"bye! "

"hmm bye" balas steven dengan mata yang masih tertutup rapat.

Walter kemudian keluar dari bilik steven. Steven menyambung tidurnya dengan tenang.

"Hah steven! " walter menyergah steven lagi

"haih nak ape lagi! Aku nak tidur lah!! " rungut

"Aku lupa bawa baju, seluar, berus gigi, ubat gigi, pengecas, ban... "

"Cop! Cop!  Kau ni semua pun lupa!  Kau bawa ape sebenarnya? " soal steven geram

"errr...hehe" walter tersengih

Steven bangun dari katilnya lalu segera menuju ke bilik walter.

"Wei!  Kau nak pergi mana? " soal walter gelabah lalu mengikuti langkah steven dari belakang

Steven mengambil beg walter lalu membukanya. Dia membuka beg steven lalu menumpahkan barang-barang yang dibawa oleh walter.

"No!! " jerit walter. Pelbagai jenis keropok yang dibawanya jatuh ke lantai

My Boss MafiaWhere stories live. Discover now