Bab 47

10.3K 620 38
                                    

Ian membuka matanya sebaik sahaja matahari sudah tinggi menyinari alam. Orang pertama yang dilihatnya ialah steven. Dia mengosok matanya beberapa kali apabila melihat steven mengukir senyum kepada.

"Wei aku tak mimpi kan ?" ian memandang ke arah steven

"wei korang steven dah sedar!!" jerit ian lalu memandang ke arah chris dan yang lain

"Kau gile ke ape? Steven kan masih koma tu " ujar chris

Ian memandang semula ke arah steven. Dia melihat steven masih lagi mengukir senyum kepadanya.

"Ian"

"wei steven sebut nama aku! "

Walter menepuk bahu ian.

"Dahlah aku tahu kau rindu sangat kat steven, tapi jangan sampai macam ni. Steven kan masih koma tu, macam mana dia nak sebut nama kau" ujar walter

"Betul lah! Tengok ni, dia senyum kat aku!" ian mengukir senyum sambil memandang ke arah steven

"ian jangan lah macam ni, steven tak sedar lagi tu" kelvin mengelengkan kepalanya sambil memandang ke ian

"Woi korang tak nampak eh steven dah sedar ni, cuba buka mata tu!"marah ian

Chris, kelvin, kevin dan walter mengelengkan kepala memandang ke arah steven.

"Aku tahu kau rindukan steven, kitorang pun sama tapi tak sampai menghayal macam kau" ujar walter lagi

"Tak lah! Aku tak menghayal! Steven dah sedar ni! " ian melihat steven mengukir senyum ke arahnya

"Steven kau cuba panggil diorang tu, diorang tak percaya aku!"

Ian melihat steven mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"steven dah sedar lah! " bentak ian

"Dah ian dah lah tu, jangan macam ni lagi" chris memeluk tubuh adiknya

" Abang pun nak cakap aku ni gila ke?" soal ian kepada chris

"hmm, yea. Dah kau dari tadi cakap steven dah sedar"

"Dah memang betul steven dah sedar!" kata ian dengan geram

"Ian"

"Kan abang dengar kan" ujar ian bersungguh-sungguh

"Dengar ape? " soal chris lagi

"Lah kan steven panggil aku tadi, abang tak dengar eh? "

Chris mengeleng.

"Tak de pun, aku tak dengar suara sape-sape kecuali kau"

Ian menrengus perlahan.

"Arhh!! Steven dah sedar lah wei! " jerit ian

"wei jangan jerit lah , ni hospital tau! " tegur kelvin

"Tapi betul steven dah sedar" ujar ian

"Ian sedarlah ,sedarlah" walter memegang kepala ian

"Dah lah tu ian"

Ian mengeleng . Dia memandang ke arah steven yang sedang tersenyum ke arah nya .

"Tengok ni. Steven senyum kat aku !" ujar ian

"Dah lah ,berhenti cakap benda mengarut okay" kata chris

"Tak lah!" jerit ian . Geram drngan mereka ynag tidak mempercayainya .

"Wei , wei dah lah ,aku dah tak tahan ni" kata walter lalu ketawa .

Yang lain ikut ketawa . Ian mengerut dahi melihat mereka semua .

My Boss MafiaWhere stories live. Discover now