Bab 46

10.4K 605 17
                                    

Ian meraup wajahya. Badannya disandarkan pada sofa . Laptopnya masih lagi berada di ribanya .

"Haish aku pening lah macam ni !"

"Sabarlah , kita buat semua ni untuk steven kan" chris menepuk bahu adiknya .

Ian mengangguk . Dia kemudian meneruskan kerja nya . Tidak lama kemudian, kelvin datang membawa  segelas air .

"untuk kau" kelvin meletakkan air tersebut di hadapan ian

"Ape ni ? Coffee ek ?" soal ian

"Tak lah , air kosong je. " balas kelvin lalu mengambil tempat di sebelah ian.

"Hmm , aku ingat coffee tadi" ujar ian sambil meneguk air tersebut .

"alah sorry lah , tadi aku pergi dapur nak suruh adelia buatkan coffee tapi adelia dengan isteri kau tu sibuk masak "

Ian mengangguk .

"Wei sape temankan steven ?" soal chris

"Walter , tapi kejap lagi aku nak pergi sana " ujar kelvin

Chris mengangguk .

"Aku pelik lah dengan orang yang nak bunuh steven tu , kalau dia nak bunuh steven kenape dylan pun kena sekali ? Haih !"

"Sape eh yang sanggup buat macam tu kat steven" ujar kelvin

"Tu ah , tapi aku syak ayden! Budak jahanam tu!" sampuk ian dengan nada geram

"Aku tak rasa orang yang tembak steven ni sorang je , tapi dua orang , diorang tembak secara serentak " ujar chris

Yang lain mendengar penjelasan chris sambil terangguk-angguk faham .

"tak pe lah , aku nak pergi hospital, " kelvin berdiri . Belum sempat kelvin melangkah keluar dari rumah , adelia segera memanggilnya .

"Bawa ni , bagi kat walter" adelia memberikan plastik berisi bekas berisi makanan kepada kelvin

"Aku tak de ke ?" soal kelvin

"Kongsi je lah , banyak tu"

Kelvin mengangguk .

"Gerak dulu ye kak" kelvin segera berlari anak keluar menuju ke arah kereta nya .

Adelia tersenyum dan mengeleng kecil lalu segera menuju ke dapur semula.

****

Kelvin memasuki bilik yang menempatkan steven . Sebaik sahaja melangkah masuk , kelihatan walter sedang nyeyak tidur di sofa . Kelvin meluru ke arah walter lalu menyergahnya .

"Walter!!" sergah kelvin

"Arhhh!!!" walter terkejut sehingga jatuh dari sofa . Teruk .

"Ape ni main sergah je! Sakit tahu tak belakang aku ni!" walter menjeling ke arah kelvin lalu naik semula ke atas sofa

"Kau tu yang tidur apesal ? Kata nak jaga steven " kelvin mengambil tempat duduk di sebelah walter

"aku tak sengaja nak tertidur , tadi aku asyik fikir pasal dylan , tetiba tertidur" ujar walter sambil menyandarjan badannya .

" dylan ? Kau fikir pasal ape ?" soal kelvin

"Aku terfikir, macam mana kalau esok esok steven bangun lepastu dia cari dylan , tak nak kita nak cakap yang dylan kena culik kan.  Kesian steven , tak pernah-pernah jadi macam ni , tengoklah macam mana sunyinya banglo tu sekarang ,ian pun berusaha nak cari dylan , semua demi steven"  ujar walter sambil memandang ke steven yang masih lagi tidak sedarkan diri .

My Boss MafiaWhere stories live. Discover now