Bab 45

10.5K 613 25
                                    

Dylan mengengam tangan steven . Kelihatan zandra dan zender sudah pun tertidur di sofa begitu juga dengan kelvin dan walter . Clara dan adelia masing-masing keluar mengikut ian , chris dan yang lain .

"Bos , bos tak nak bangun ke ? Semua pun tengah tunggu boss bangun ni . Kalau bos tak bangun , macam mana nak cari orang yang buat bos macam ni ? Bos bangun lah eh , saya tunggu " ujar dylan bersendirian . 

Tidak lama kemudian , ian dan yang lain datang dengan membawa minuman yang dibelinya dari luar .

"Dylan nak ?" soal ian

"Tak pe , saya nak air kosong je " balas dylan

"okay lah , ambil air kosong ni" ian menyerahkan sebotol air kosong kepada dylan .

"Terima kasih"

Ian mengangguk .

"Dylan tak nak makan ke ?" soal adelia

"Nanti dylan makan"

"Dylan makan lah dulu , pergi bawa walter beli makanan kat bawa . "

Dylan akhirnya bersetuju .

"Walter temankan dylan pergi beli makanan " ujar chris kepada walter yang baru sahaja bangun .

Walter menganvguk lalu melngkah keluar dari bilik itu . Dylan mengikuti langkah walter dari belakang .

***

Someone pov

"now , kita boleh teruskan plan seterusnya , tapi jangan lupa perjanjian kita , sorang je yang akan dapat " ujar seorang lelaki

"Aku tahu, dan aku akan pastikan yang dapat tu aku" balas lelaki yang satu lagi sambil tersenyum sinis

"Kita tengok nanti"

Senyuman sinis terukir di bibir . Masing-masing tak mahu kalah . Benda ape yang berharga sangat ?

****

"Bos "

"Ye ?" walter memandang ke arah walter

"Errr orang yang tembak bos steven tu dah tahu ke sape ?" soal dylan

"Tak lagi " balas walter

Dylan mengangguk . Tiba-tiba iphonenya berdering nyaring . Dylan lantas menyambut panggilan tersebut . Sape lagi kalau bukan ayden!

"Hah nak ape ni ?"

"Saya nak tanya ,asal hari tu awak tak datang restoran ye ? Kata nak jumpa"

"Yang lepas tu biarkan lepas " balas dylan selamba

"Tapi masalahnya ...."

"Dahlah , saya ade hal , please jangan ganggu saya lagi" ujar dylan lalu menamatkan panggilan tersebut .

"Sape tu ?" soal walter

"Ayden"

"Dia nak ape ?" soal walter

"Entah , dia tanya ape sebab saya tak pergi restoran hari tu " kata dylan

Walter mengangguk .

"Kalau boleh , jangan lah layan lelaki tu lagi "

"Kenape pulak ? Bos nak cakap yang ayden yang ade kaitan dengan kes bos steven ke ?" kata dylan sambil memandang ke arah walter

"Tak lah , aku pun tak nak kau rapat dengan orang yang kau baru kenal , maybe dia ade niat lain yang kita tak tahu kan"

"Ape maksud bos ni ?" soal dylan lagi sambil mengerutkan dahinya .

"hmm ,tak de lah , dah lah , kau nak makan ape , nanti sampai sana aku belikan makanan untuk kau"

"Ape-ape je lah bos" balas dylan

"Aku nak cakap sikit ni" ujar walter

"Nak cakap ape ?"

"Aku tahu kau sedih dengan keadaan bos kesayangan kau tu kan. , tapi kau tak boleh skip makan , nanti tak pasal-pasal kau pun sakit jugak" kata walter memberi nasihat

"Ye bos , saya tahu nak jaga kesihatan saya"

"Eleh ye ke tahu jaga kesihatan tu , nak ajak makan pun susah " ujar walter

"Tapi saya makan jugak kan ?" balas dylan

"Eh dahlah , aku tak nak ganti tempat steven gaduh dengan lau pulak"

Dylan mengukir senyum sambil mengeleng kecil . Teringat pula dengan steven yang selalu menganggu hidupnya .

Sampai sahaja di bawah , dylan meminta izin untuk menujubke kedai di seberang jalan .

"Hati-hati tau!" ujar walter

Dylan mengangguk . Dia segera menuju ke arah kedai tersebut . Belum sempat dia melintas jalan , sebuah kereta berwarna hitam berhenti tepat di hadapannya . Seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam , keluar dari kereta tersebut lalu menarik dylan masuk ke dalam kereta tersebut .

"Bos!arrhhh!!!"

Walter memalingkan kepalanya apabila terdengar jeritan dylan . Kelihatan dylan sudah pun ditarik masuk ke dalam kereta itu dan kereta itu memecut laju .

"Dylan!!" walter cuba mengejar kereta tersebut namun kereta tersebut lebih cepat daripadanya . Tanpa berfikir panjang walter kembali semula ke bilik steven .

"Wei!" walter merempuh bilik itu.

"Apesal ni ?" soal chris

"Dylan...dia.."

"Dia kenape ?" soal kelvin pula .

"Dia kena culik , tadi ade sorang ni tarik dia masuk dalam kereta hitam , aku dah cuba kejar tapi kereta lesap macam tu je" terang walter

Chris memandang ke arah walter . Ian pula mengeluh perlahan .

"Lepas satu masalah , datang lagi satu masalah" ujar ian sambil meraup wajahnya

"Aku rasa kes steven ni ade kaitan dengan dylan" kata chris

Walter , ian , kelvin dan kevin memandang ke arah chris . Chris berdiam seketika , dia sedang memikirkan sesuatu yang tak pasti .

"macam mana kita nak cari dylan ?"

"Hacker kan ade" ujar walter

Chris menepuk bahu ian .

"Aku tahu ,kerja aku kan" ujar ian

"Tahu tak pe " kata walter

Ian kemudian menuju ke arah steven .

"Steven bangunlah , awek kau kena culik tau . Bangun cepat ya ." kata ian sambil memandang ke arah wajah pucat steven

Yang lain berdiam diri . Siapa sebenarnya dalang di sebalik semua kejadian ni ?








Done bab 45!
Vote and comment ya!♥

My Boss MafiaWhere stories live. Discover now