+4

142 37 38
                                    


Nafas dihela perlahan. Dia tak sangka dia akan buat benda ni. Tangan yang menggigil sejak tadi dia pegang seketika, beri semangat.

Luth
Online

Assalamualaikum.

Luth Nadzhan, kan?

Yes. And you?

Lillyn. Maaf. Cuma nak cakap kau tertinggal wallet masa kita jumpa dekat dataran haritu. Boleh aku pulangkan dekat kau esok?

Fuh. Mengeluh lega Lillyn saat teks itu berjaya dia hantar setelah berperang dengan perasaan sendiri. Gelabah dia menanti respons daripada Luth.

Okey.

Dekat dataran haritu, bawah jam, pukul empat petang. Boleh?

Okey.

Telefon dicampak ke tepi. Tubuh direbah ke atas katil. Dompet Luth yang kebetulan tertinggal ketika lelaki itu meminta dia tolong jagakan sementara Luth nak ke tandas dia capai perlahan.

Sungguh, ada dua perkara yang bermain di fikirannya sejak peristiwa di dataran.

Pertama, pen berukiran cantik itu, kepunyaan Lillyn. Dia masih ingat bagaimana Luth simpan pen itu setelah Lillyn beri pinjam. Masih segar di ingatan gelak jahat yang Luth berikan ketika dia meminta pen itu semula. Akhirnya, dia halalkan.

Kedua. Senyuman Luth yang terlalu lama dia tak nampak. Fizikal lelaki itu jauh berbeza dari saat pertama kali mereka berjumpa. Dari seorang kanak-kanak yang Lillyn gelar 'pendek' ketika mereka di darjah empat hingga seorang lelaki berusia enam belas tahun yang cukup tinggi.

Tapi senyuman lelaki itu, sedikit pun tak berubah. Dengan senyuman itu, dia dapat kenal 'Luth' yang dulu.

Senyum nipis terukir sebelum setitis air hangat menitik di bantalnya.

Kerana dia sedar itu semua tinggal kenangan.

❤❤❤

Jam besar di hadapan mereka menunjuk angka lima petang. Luth yang masih tercungap-cungap mengambil nafas setelah berlari setengah kilometer dipandang sekejap.

"Maaf, aku lambat. Tak sedar tadi." Tak putus-putus bibir nipis Luth mengucap kata maaf. Peluh yang menitik dikesat sekali. Lillyn geleng kepala sebelum hulur dompet lelaki itu. "Tak apalah. Aku pun sampai lambat tadi. Nah, wallet kau."

Luth capai dompet itu sebelum pura-pura memeriksa isinya. Bibir diketap perlahan. Entah kenapa hati mengada dia ni macam tak rela nak biarkan Lillyn pergi untuk hari ni.

"Kau pun dah dapat balik tu. Aku balik dulu." Pamit Lillyn. Baru tubuhnya berpusing, suara Luth terlebih dahulu menahan.

"Lillyn."

"Hm?" Dia menoleh.

"Aiskrim jom?"

❤❤❤

"ADUH APA NI LUTH? ENGKO RETI MAIN KE TAK NI?" Lillyn hentak kepala ke tiang, stress melihat skill tak kencang Luth dalam permainan claw machine. Dari tadi dapat satu, terjatuh, dapat satu, terjatuh.

"SABARLAH HALAMAK! AT LEAST ABANG LUTH MENCUBA!" Mata Luth masih fokus ke arah kotak kaca di hadapannya. Sebuah patung beruang kecil bersaiz tapak tangan dia sasarkan. Tangan naik menarik rambut kasar saat dia gagal menarik naik objek tersebut.

Dengan senyuman riak, Lillyn hulur aiskrim strawberrynya supaya Luth pegangkan. Dia berdiri di hadapan claw machine dengan wajah yakin. Luth mencebik perlahan. "Fuh, muka takbur habis."

Lillyn ketawa jahat. "Perhati hakak Lillyn main." Tak sampai lima saat dia main dan masih tak dapat capai mana-mana patung, Lillyn berjalan tinggalkan mesin tersebut. "Meh pergi tempat lain." Ajaknya tanpa segan silu.

Luth ketawa mengejek. Dia pun tak dapat.

"ASTAGHFIRULLAH LILLYN, BENDA ALAH TU BUKAN UNTUK BUAT MAKAN!"

"Tapi macam edible je." Mata Lillyn memandang sayu replika beruang yang sedang memegang kek palsu. Terliur dia memandang kek tersebut.

Luth tarik tali beg Lillyn dan langkah dibawa ke dalam kedai kek itu. Mata bulat Lillyn bersinar menatap pelbagai jenis manisan di dalam kedai serba pink itu. Comel!

"Kenapa kita masuk sini, Luth?"

"Tadi kata nak makan kek tu, kan?"

Lillyn tekup mulut. MasyaAllah baiknya lelaki seorang ni! "Terima kasih Abang Luth!" Usai ucapkan kata-kata itu, Lillyn terus mencuci mata memandang pencuci mulut yang bukan main cantik dan comel di situ.

Teringin beli satu kedai.

Tanpa sedar, perkataan yang keluar dari mulut Lillyn buatkan Luth tersenyum.

Abang Luth.

Comel.

❤❤❤

"Nah! Terima kasih!" Plastik kecil di tangan Lillyn Luth sambut. Dahi berkerut sebelum keningnya terangkat. "Apa ni?"

"Patung beruang. Comel, aku belilah."

"Kau ingat aku 'adik-adik' ke?" Wajah toya Luth tayang. Padahal dalam hati dah melonjak gembira. Biarlah hadiah tak macho pun, asalkan Lillyn ingat tentang dia.

"Eh bukan ke?"

Mohon campak Lillyn.

"By the way terima kasih. Aku happy harini." Ucap Lillyn sambil mata menatap keindahan langit malam. Sejak tadi mereka berdua hanya duduk di atas bangku ini sambil merenung langit.

Luth senyum. Gadis itu tak tahu, seberapa banyak Lillyn gembira hari ini, dia seribu kali lebih gembira. Tak tergambar perasaannya.

"Seketul Luth boleh ceriakan hari orang. Kau buat apa lepas ni?"

Lillyn tayang muka meluat sebelum ketawa kecil. Perasan betul budak lelaki ni. "Packing. Esok aku dah nak balik asrama." Beritahunya. Agak berat hati. Dia baru berbaik dengan lelaki ni. Tiba-tiba dah nak balik.

"Oh. Kau sekolah mana?"

"MRSM Parit Sulong. Kenapa?"

Serentak itu terasa ada objek tajam menikam tekak Luth.

"Oh."

"Kau sekolah mana?"

Luth larikan pandangan dari tatapan mata Lillyn. Dia garu kepala perlahan sebelum ketawa janggal.

"Aku..."

Ayat Luth terhenti saat sebuah Mercedes hitam tiba di hadapan mereka. "Ah, umi aku dah sampai. Aku pergi dulu. Thanks." Senyuman dihadiahkan.

"No. Thanks for this." Luth angkat patung beruang pemberian Lillyn itu sedikit. Lillyn ketawa. "Jangan pakai pulak. Buruk rupanya nanti."

Kelibat Lillyn semakin hilang dari pandangan.

Senyuman manis Luth bertukar keluhan.

Macam mana kita boleh jauh macam ni?

Macam mana kita boleh lupa janji kita?

Macam mana kita boleh lupa kenangan kita?

Macam mana perasaan ni boleh ada dalam hati aku?



yang hilang | ✓Where stories live. Discover now